»
Showing posts with label bangsa johor. Show all posts
Showing posts with label bangsa johor. Show all posts

10 December 2014

Bangsa Johor, Bangsa KL, Bangsa Kedah..


Selama ini JR ingat JR ini berbangsa Melayu berasal dari Pulau Pinang. Rupanya JR bukan berbangsa Melayu!

Selama ini JR ingat anak saudara JR berbangsa Melayu kerana kedua ibu bapanya Melayu (walaupun ibunya Melayu-Jawa dari Johor). Rupanya anak saudara JR bukan berbangsa Melayu!

Selama ini JR ingat apa yang cikgu ajar kat sekolah dulu tentang suku bangsa di Malaysia yang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli dan lain-lain itu semuanya benar, rupanya apa cikgu ajar di sekolah dulu tu salah!