»

07 March 2016

Kalau Dah Tamak, Tamak Juga....


Sifat tamak tak kira bangsa dan kaum. Juga tak kira warna kulit dan agama. Walau pun setiap kita kata agama kita adalah yang terbaik tapi si-tamak terlupa agamanya bila melakukan kejahatan.

Tamak juga tak kira latar belakang taraf sosial seseorang. Anak orang kaya yang duit berlambak pun kalau dah tamak bila jumpa rezeki terpijak dia akan sapu juga. Sebaliknya si-pengemis jika berhati mulia tak akan ambil kesempatan walaupun rezeki terhidang di depan mata.

Kejujuran seseorang bergantung pada hati nuraninya. Ia bukan kerana bangsa, warna kulit, agama dan taraf hidupnya. Lihat video ini bagi membuktikannya:


(Kalau video tak jelas, untuk tonton klik di sini....)

Nota: Walaupun video Jason Lim ini baru 3 hari berada di Youtube tapi sudah lebih 300,000 menontonnya. Ada sesuatu yang menyentuh hati bila menontonnya...

11 comments:

  1. Itulah manusia JR..
    Bila berbuat kejahatan ..
    Lupa agamanya..
    Huhuhu tak dapat pulak tengok video tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau video tak jelas boleh tonton di:

      https://www.youtube.com/watch?v=N-idHfPoBOE

      Delete
  2. awat video nya tak keluar..cakap pasal tamak, saya tengok kalau orang tu tamak mesti dia ada sifat kedekut.nak bagi kat orang bertagak-tagak je..tapi kalau dapat kat dia, dia suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau video tak jelas boleh tonton di:

      https://www.youtube.com/watch?v=N-idHfPoBOE

      Delete
  3. sedih plak tengok orang yang curi duit tu. nasib dikaburkan kalo tak bertambah malu la

    ReplyDelete
  4. Sedih tengok. Lagi sedih bila pengemis pun tahu pulangkan balik duit tu. Entah la. Macam tu la realiti masyarakat sekarang.

    ReplyDelete
  5. agak menyentuh hati di penghujungnya. Di awalnya terasa malu pulak... sbb ada yang terang-terang masuk dalam poket sendiri

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya, orang tamak atau tak bukan berdasarkan bangsanya, tapi diri org tu sendiri.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....