»

23 February 2016

Selamat Tinggal Dengue Bay, Alhamdulillah...

Dah lebih kurang seminggu juga JR tak buka blog. Sibuk sangat-sangat.

Yang jadi JR bertambah sibuk antaranya ialah kerana anak masuk wad selama 4 hari. Sehari 2-3 kali juga berulang alik tengok anak di hospital.
 
Anak nombor 2, Faez positif denggi minggu  lepas, selepas demam panas selama 2 hari. Maklumlah tempat kerjanya di tapak pembinaan memang banyak nyamuk. 

Lepas buat pemeriksaan darah di Klinik Jelutong, Penang, doktor sahkan dia positif denggi. Patutnya dia kena masuk hospital Pulau Pinang tapi dia minta kes itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Rumah JR pun tak jauh dari HSB, dalam 6 kilometer saja. Mudah kami sekeluarga nak melawatnya jika terima rawatan di hospital yang berdekatan rumah.

Pergi saja register di HSB, Faez terus diminta buat ujian darah. Bacaan pletelet darah ketika itu 126 dengan demam 39 darjah.

"Kena masuk wad ni" kata doktor wanita yang agak comel itu. Walaupun Faez macam tak suka masuk wad tapi dia tak ada pilihan. Jangan main-main dengan denggi, kata doktor..

Lalu berehatlah Faez di Dengue Bay A HSB selama 4 hari. Semua 4 pesakit di dalam Dengue Bay A terdiri dari pesakit denggi.

Bilik penginapan di Dengue Bay A...

Beberapa minit lepas masuk wad. Muka tak ceria kerana badan masih panas dan kepala macam disengat tebuan...

Hari ketiga di wad, panas sudah berkurangan, kepala tak pening lagi...

Selepas berpuluh botol air dimasukkan ke dalam badannya, alhamdulillah, mulai kelmarin Faez dah dibenarkan keluar wad. Dia diberi MC selama seminggu kerana badannya masih lemah-lemah akibat penangan sang aedes durjana...

Terima kasih Tuhan kerana menyembuhkan kami, setiap kesakitan adalah ujian...

Terima kasih juga semua pegawai perubatan dan staf wad Dengue Bay yang telah bertugas dengan penuh keramahan dan lemah lembut...

7 comments:

  1. Alhamdulillah .. dah sihat Faez..
    Memang sakit bila kena demam denggi ni JR..
    CH dah merasa..
    Sangat takut sekarang kalau demam...
    Cepat2 pergi klinik cek darah..

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah....
    tak penuh ke wad di sana?
    kalau kat sini, setakat bacaan platelet atas 90, mmg tak akan masuk wad

    ReplyDelete
  3. saya hampir 2 bulan batuk2
    selsema dan demam
    alhamdulillah dah ok sikit..tak p klinik pun hehe..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... semuanya ok...tgh musim demam sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ...musim panas ni lg byk nyamuk ... kitaran hidup makin pantas bila musim panas .... semoga cepat sembuh ....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semuanyer dah ok..

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah dah.ok

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....