Sekarang ada satu virus bawaan nyamuk yang jahat lagi bahaya. Namanya virus Zika. Sedap namanya. Maklumlah Zika tu nama wanita.
Sudah ramai yang dijangkiti virus Zika terutama di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Hingga kerajaan Malaysia keluarkan arahan kepada rakyat kita jangan pergi ke negara-negara Amerika Selatan. Bahaya!
Mengapa virus itu dinamakan Zika, tidak dinamakan Aduka? Atau dinamakan Paduka, Asoka, Tanaka? Kerana nama-nama itu nama lelaki? Mengapa perlu dinamakan wanita untuk virus jahat?
Seperti juga nama taufan ganas semuanya diberi nama wanita - Katrina, Rita, Barbara, Carol, Dolly. Tak cukup dengan nama wanita Inggeris, nama wanita Melayu juga digunakan, misalnya taufan Mawar, iaitu antara taufan yang paling ganas di lautan Pasific.
Sesuatu yang menarik tentang nama taufan, ia dinamakan oleh satu jawatankuasa yang terdiri dari pakar sains dunia yang turut dianggotai wanita.
Tapi mengapa kejahatan dan keganasan dikaitkan dengan nama wanita? Hanya mereka yang menamakannya saja boleh menjawabnya!
Mudah untuk orang ingat siapa yang terlibat dalam penyelesaian krisis tersebut kot.
ReplyDeleteboleh saya yang menjawab saja ya pak... karena wanita memang berbahaya :D
ReplyDeletebetul ke semua tu nama wanita ? ... ermmm
ReplyDeletebiasanya dinamakan ikut nama pengkaji terawal. Maksudnya, wanita ramai yg bijak! Ahaaaah..
ReplyDeletesebab wanita ni sekali dia dah marah dan mengamuk, macam tula..habis semua orang
ReplyDeleteNtahlah, nak... :)
ReplyDeletex sedap plak klu letak nama lelaki, 'virus bashah' misalnya... x sedap bang :-)
ReplyDeletewanita mampu menggegarkan dunia.
ReplyDelete.
hahahha