Cuba korang teka.. sapa Perdana Menteri (PM) paling hensem di dunia?
Yang pasti dia bukan Najib kan..?
Dua hari lepas dunia terutama wanita (bukan wanita di Malaysia kot!!) agak gempaq apabila Justin Trudeau dari Parti Liberal memenangi pilihanraya Canada menewaskan PM Parti Konservatif sebelum ini, Stephen Herper.
Yang dunia jadi gempaq kerana Parti Liberal yang dicop sebagai 'pro-Muslim' boleh menang di Canada apa lagi ia dipimpin oleh seorang yang masih muda - Justin Trudeau.
Kedua, yang bakal menjadi PM Canada itu ialah Justin Trudeau, lelaki yang telah diangkat oleh beberapa akhbar dunia sebagai "PM terkacak di dunia":
Sedikit maklumat mengenai Justin Trudeau:
1. Justin Trudeau adalah anak kepada bekas PM Canada era 1980an - Pierre Trudeau. Sama macam Najiblah yang juga anak bekas PM.
2. Dia dilahirkan pada tahun 1971..umur dah 44 tahun tapi nampak macam berusia 30an.
3. Meminati sukan tinju dan pernah menang banyak kejuaraaan tinju di Canada. Patutlah badannya macam abang sado!
4. Mempunyai seorang isteri dan dua anak (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang masih kecil.
5. Kerjayanya sebelum menjadi Perdana Menteri ialah seorang guru. Jarang-jarang cikgu boleh jadi PM kan? Di Malaysia pun belum pernah ada cikgu jadi PM..
6. Dalam pilihanraya Canada 2 hari lepas, Justin Trudeau dan Parti Liberal yang dipimpinnya mendapat banyak undi orang Islam Canada. Dalam kempennya dia menjanjikan untuk membela nasib orang Islam dan menghapuskan prejudis masyarakat kepada komuniti itu. Apabila diisytiharkan menang dia berkata kemenangannya kerana di bantu undi komuniti Islam negaranya.
7. Musuhnya dari Parti Konservatif memberi amaran kepada orang Yahudi jangan mengundi Parti Liberal kerana jika Parti Liberal di bawah Justin Trudeau menang orang Yahudi akan kehilangan PM yang menjadi rakan Israel.
8. Justin Trudeau terkenal dengan sikapnya yang mesra komuniti Muslim. Dia pernah beberapa kali kelihatan dalam masjid berpakaian seperti orang Islam, bersila mendengar ceramah agama, tanpa kekok makan dengan tangan sedulang bersama komuniti Islam dan tak kedekut bergambar bersama mereka:
8. Terakhir dan paling gempaq..PM baru Canada ini berketurunan Malaysia...Mungkin ada orang Malaysia yang teruja, mungkin ada yang berkata tak dapat PM yang hensem di Malaysia, dapat PM hensem berkerunan Malaysia di Canada pun jadilah, hahahaha...
Tapi apalah yang ada pada wajah yang hensem jika cara kerja tak hensem kan..?
Nota Kaki: Jerebu di Utara Semenanjung bertambah teruk! Semua tempat di Utara mencatatkan IPU melebihi 200 - bacaan tak sihat, ada yang dah lebih 240. Ketika jerebu di Lembah Kelang cuma mencatatkan bacaan lebih 100, di Utara pula semakin teruk. Nampaknya angin telah membawa jerebu di Lembah Kelang ke Utara.
Memang hensem sangat...tak padan dengan usia....yang penting ketuturunan dari Malaysia...berjiwa Muslim...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMudah2an cara kerjanya juga 'hensem'...
ReplyDeleteBoleh pulak berketurunan Malaysia ye JR..
ReplyDeleteKerja pun smart lah hendaknya..
Pandai dia mengambil hati monoriti Islam ni JR..
Patutlah boleh menang.. Moga satu hari diberikan hidayah utk menganut agama Islam..
cara pengamatan aku mungkin kerja PM canada baru ni sangat hensem mcm muka die hahaha
ReplyDeletehensem giler tu
ReplyDeleteTPM Malaysia yang paling hensem... DSAI.. betul tak?
ReplyDeletememang hensem...:)
ReplyDeleteharap2 suatu hari nanti terbuka hatinya masuk islam.insyallah
ReplyDelete.amim
Asalam JR ya hensem dia tu..lelaki idaman wanita. But dah ada anak kan ..PM kena adil sebenarnya..baru bertahan jawatan
ReplyDelete