Malam
Khamis lepas, si-Teja gelisah tak tentu pasal. Sekejap-sekejap
dia menjerit macam berada di puncak miang, kemudian mengikut ke mana
kami pergi, lepas itu Teja masuk setiap bilik seperti mencari-cari
sesuatu.
Yakin 95% (berdasarkan pengalaman sejak kecil) sebagai tanda
si-Teja hampir beranak, JR cari kotak, hamparkan kain bersih di atasnya
untuk tempat Teja beranak. Kotak itu JR letakkan dalam bilik anak
lelaki kami yang kini sedang belajar di UiTM. Lampu bilik ditutup kerana
kucing betina selalunya suka tempat gelap dan tersembunyi untuk
beranak.
Kemudian dengan gaya lembut dan romantik JR masukkan Teja dalam kotak. Tapi tak lama lepas berada di
dalam kotak, Teja berlari keluar dari kotak. Dia masih gelisah, mengiau tak
henti-henti, berlari ke sana sini seperti kucing gila. Ketika itu, keyakinan JR Teja
nak bersalin dah sampai tahap 99.9%.
Tapi hingga jam
11.45 malam Teja masih belum beranak. Sekejap dia masuk dalam kotak yang JR
sediakan, sekejap lagi keluar kotak dan masuk bilik-bilik lain, kemudian masuk
kotak balik, keluar lagi..
Akhirnya JR tinggalkan Teja yang masih resah gelisah. Tak kuasa lagi layan kerenahnya...
Bila
bangun pagi esok nampak Teja mengiau manja. Kalau malam tadi bunyi
ngiauannya umpama kucing betina galak jantan, sekali ini bunyi
ngiauannya seperti lapar. Lalu JR hulurkan Friski dan Teja makan dengan
lahap.
Tiba-tiba JR teringat kotak yang disediakan
untuk Teja beranak semalam. Kalau Teja tak beranak lagi, nampaknya kotak itu perlu
disimpan dulu di tempat lain.
Bila mendekati kotak itu, JR ternampak...:
Ohhhh... rupanya malam tadi Teja dah selamat beranak dua orang ekor anak kucing yang sangat comel.
Selama
2-3 hari ini Teja banyak habiskan masa bersama 2 anaknya, menyusu mereka.
Hari ini hari ketiga kelahiran, mata 2 ekor anak kucing itu masih tertutup rapat. Biasanya bayi kucing cuma akan membuka mata selepas seminggu
dilahirkan, kadang-kadang ada juga yang cuma buka mata lepas berumur 10 hari ke 14 hari.
Teja bersma 2 anaknya
JR tak tau siapa bapa kandung kepada 2 ekor anak kucing
itu. JR harap bapa mereka ialah Jebat, kucing jantan JR yang dah lebih 3
bulan hilang. Tapi memandangkan tempoh kucing mengandung cuma 2 bulan,
sahlah kedua-dua anak kucing itu bukan anak dari benih Jebat. Sebulan saja lepas
Jebat hilang Teja dah pandai main kayu tiga dan terus mengandung!!
intim, mereka tak pernah berenggang..
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Kenangan Teja bersama Jebat (bulu oren) yang sedang tidur...Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
tahniah...dapat cucu baru...hehehhe
ReplyDeleteTahniah jr...semoga si kembar membesar dengan sihat...
ReplyDeletesedap ja baca..haha..dah beranak teja..begitulah hendaknya kita dah menjangkkan tau2 belum lagi..tau2 esok dah ada anak teja..comel..
ReplyDeleteWow muke garang je time kene skodeng dating dengan Jebat.
ReplyDeleteSaya pun ada juga anak kucing baru lahir, tapi yang hidup seekor je, yang lain semuanya mati.
Seronoknya dapat anak kucing.....kucing di rumah mak saya dah tinggal ibunya semula....kelima-lima anaknya pergi dulu...seekor telah diberikan kepada tok ngah (tak tahu hidup ke tak)....seeokor mati akibat dilanggar...dua ekor mati akibat penyakit hawar...seekor lagi saya tak ingat....sedih....
ReplyDeleteManjanya pasangan kucing dalam gambar di bawah sekali itu... :)
ReplyDeleteJR hari tu tak namapk anak cat tu sekarang nampak..comel kan....
ReplyDelete