»

04 September 2015

Kembara Melaka 2 - Sepetang Di Gurun Sahara

Dalam entri semalam JR dah kata kalau ada masa nak sambung cerita mengenai kembara kami ke Melaka beberapa hari lepas. Sebab sekarang ada masa, JR nak cerita sikit mengenai hari kedua kami di Melaka. 

Lepas pendaftaran Fitri selesai, JR bersama isteri dan 3 anak kami - Faez, Farhan dan Sha ke DP (Dataran Pahlawan). Sha dan ibunya membeli beberapa aksesori wanita di shopping complex itu.

Lepas ke DP, masih ada banyak masa sebelum maghrib tiba. Nak ke mana lagi..tak kan balik ke hotel kot?

Kebanyakan tempat bersejarah di Melaka  - A Famosa, Kota St John, Istana Melaka, bangunan Stadhuys, replika kapal Flor de La Mar, Menara Taming Sari, semuanya pernah kami sampai sebelumnya.
 

Seorang anak yang minat bola mengajak kami ke kampung Portugis, kononnya nak tengok-tengok budaya hidup keturunan Christiano Ronaldo, pemain bolasepak Real Madrid berketurunan Portugal yang diminatinya itu. Kerana JR sendiri belum pernah sampai ke kampung Portugis, ikut jugalah kehendaknya. 

Tapi tak ada apa sangat yang menarik tentang kampung Portugis. Orang Portugis Melaka pun dah tak putih dan setinggi macam macam orang Portugis di Portugal, rumah-rumah mereka juga bukan rumah ala-Portugal lagi... tak banyak yang menariknya.

Kemudian kami ke pantai Kelebang. 


Sebelum ini dah banyak kali dengar tentang pantai Kelebang ini. Kata orang kalau nak menikmati suasana gurun Sahara, pergilah ke pantai itu. Malah ada satu kumpulan nasyid kononnya (entah betul entah tidak), buat video berlatar belakangkan pantai itu yang nampak seolah-olah mereka sedang berada di padang pasir..


Dan ini beberapa gambar kenangan kami sekeluarga di gurun Sahara versi Melaka. Tapi kerana masa terhad sebelum waktu maghrib tiba, kami tak sempat pergi ke tempat paling hujung gurun Sahara yang suasananya betul-betul macam gurun. 

Kalau dalam entri kelmarin tak ada gambar tukang ambik gambar, kali ini tukang ambik gambar warga emas yang tak hensem itu sudikan dirinya untuk abadikan gambarnya di sini:


                     Pasangan warga emas bergaya di gurun Sahara


                       Pasangan warga emas dan anak bongsu mereka 


Hero tua bersama anak no.2 (kanan) dan no. 5 (kiri)
 
Hero tua mengenang masa silam di gurun Sahara

11 comments:

  1. Ye la JR.. mcm di gurun nmpk suasana tu.. saya yg suami org melaka pun tak smpi sana lagi hihihi..
    Best baca entri hari ini ada gambar tukang cerita.. ;)
    Tengok gmbr dgn anak teruna tu.. mcm Abg dgn adik JR ni.. kira awet muda juga ni..

    ReplyDelete
  2. pasangan warga emas tu jarang tunjuk wajahnya dalam entri sblm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum 60 lagi...belum taraf warga emas lagi kamsiah...

      Delete
  3. Anak no 2 tu ada macam rupa Hero Tua tu ekk.... hensem...

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi Melaka tak pernah singgah pun situ lalu je... Pasangan warga emas meniti hari bahagia...emas lah sangat kannn...

    ReplyDelete
  5. Sekadar lalu je dekat Pantai Klebang tu.. nanti ada masa nak singgah bergambar kat situ.. ;)
    Akhirnya dapat juga mengenali JR.. ;)

    ReplyDelete
  6. Wah tetap hebat ya JR

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah..dapat juga mengenali siapa j dan r sebenarnya..kecik aje orang nya...

    ReplyDelete
  8. dah mc balik thn 80an ... heheheee ... pasirnya putih . rugi lah x dpt tgk yg mcm gurun tu ...

    ReplyDelete
  9. Bila ada kelapangan nanti, datanglah Melaka lagi. Orang Melaka sedia menanti.. :)

    ReplyDelete
  10. hero tua? kih kih kih still macho

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....