»

18 September 2015

'Cina Babi' Dan 'Melayu Lembu'


Sehari dua ni heboh media sosial dengan cerita 'Cina babi'. Segalanya bermula lepas perhimpunan baju merah di KL dua hari lepas bila ramai pesertanya menjerit dan memaki hamun orang Cina sebagai 'Cina babi'. 

Ketua geng baju merah, Datuk Jamal Md Yunus kata orang Cina tak patut marah bila dipanggil 'Cina babi', kerana:

"Apa salahnya panggil mereka (orang Cina) sebagai Cina babi, itu memang makanan mereka"



Tapi betul ke babi itu memang makanan orang Cina, maka tak salah kita panggil mereka 'Cina babi' sebab mereka suka makan babi? Rasanya tak betul kot!!

~ JR mempunyai beberapa kenalan Cina, ada antaranya tak makan babi. Ia seperti orang Melayu juga bukan semuanya makan lembu, ayam, kambing atau itik. Malah ada kawan JR yang bukan saja tak makan babi tapi bersunat lagi, walaupun dia bukan beragama Islam.

 ~ Di Malaysia sendiri  terdapat orang Cina Islam yang membentuk 0.66% dari jumlah penduduk Malaysia. Jumlahnya mungkin sedikit tapi apa yang penting sebagai orang Cina Islam mereka tak makan babi.

~ Mengikut sejarah, orang Cina lebih dulu memeluk agama Islam lebih 700 tahun sebelum orang Melayu memeluk Islam. Orang Cina telah mula memeluk Islam pada tahun 651 Masihi apabila sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqqas menyebarkan Islam di China. Islam pula mula tersebar di Malaysia pada 1409 iaitu di zaman awal kerajaan Melayu Melaka. Maknanya orang Cina mula mengenali Islam 756 tahun sebelum orang Melayu lagi. Maknanya juga ketika sebahagian orang Melayu beragama Hindu dan animisme, makan makanan yang diharamkan oleh Islam tetapi ketika itu ada orang Cina yang sudah tak makan babi kerana mereka sudah beratus tahun beragama Islam.

~Mengikut perangkaan tahun 2010 terdapat seramai 23.3 juta orang Islam di China, berbanding cuma 19.5 juta orang Islam di Malaysia mengikut perangkaan tahun 2014. Maknanya lebih ramai orang Cina yang   tak makan babi jika dibandingkan dengan jumlah orang Islam yang tak makan babi di Malaysia.

Kalau geng baju merah kata orang Cina tak perlu marah bila dipanggil 'Cina babi' kerana mereka suka makan babi, agaknya marah tak orang Melayu kalau orang bukan Melayu pula panggil Melayu sebagai 'Melayu lembu' kerana ramai orang Melayu suka makan lembu? 

Mungkin bagi geng baju merah mereka tak marah jika orang Melayu dipanggil 'Melayu lembu' tapi bagi JR sangat marah!! JR marah bukan sangat kerana Melayu suka makan lembu tapi kerana lembu itu melambangkan kebodohan!!!

5 comments:

  1. Tak tahu apa hala tuju sebenarnya si baju MERAH dan si baju KUNING ni JR..
    Tak lama lagi kata geng si baju HIJAU pula berhimpun... !!!!

    Saya juga marah jika dipanggil LEMBU...!!!

    ReplyDelete
  2. baju merah ni saja nak cari isu utk pernag perkauman ke ... ikut nafsu ,lesu ... ikut hati , mati ... gunakanlah akal tu lbh baik ...

    ReplyDelete
  3. tersenyum membaca entri jr ni....ada betul nya juga...

    dan yan baru tahu sejarah islam tentang bangsa cina :-))

    ReplyDelete
  4. Kenapalah dorang suka sangat buat provokasi.. eemm.. rugi masa dan tenaga je.. akhirnya tetap sama..

    ReplyDelete
  5. Jamal jamban ini suka mencari publiciti murah dengan membuat bermacam macam bentuk perbuatan. Ada seketika dia dan kuncu2nya telah memecah botol minuman keras di hardapan pejabat MB Selangor. Dia ingin menarik perhatian orang ramai yang dia lah yang berjuang menegakkan keadilan di negara ini. Bertindak cara begitu agresif menentang kerajaan Selangor maka Jamal Yunus di kenakan tindakan mahkamah. Bagaimana Zahidi Hamidi memilih dia menjadi salah seorang calon BN mewakili DUN Selangor. Kalau saya menjadi mengundi di DUN itu maka saya akan tolak dia awal2 lagi. Tolak Jamal Yunus

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....