Jika akulah penderma itu
tak akan ku dermakan RM2,600,000,000 itu untuk dia seorang
kerana ku tahu dia sudah terlalu kaya
bukan seorang fakir yang perlu terima derma
Jika akulah penderma itu
lebih baik ku dermakan RM2,600,000,000 itu
untuk bina sekolah, hospital, klinik
atau bina rumah mampu milik
jika kos bina rumah dan tanah RM200,000
dengan wang RM2,600,000,000
sudah 13,000 unit rumah dapat dibina
Pelik kan...penderma ke r##uah ???
ReplyDeletePenderma dari dunia ghaib manalah yg sebaik itu kan...? Kalau tanya orang gila di wad gila pun mereka mesti tak percaya ada orang sanggup derma berbilion2 kpd seorang hartawan, kecualilah penderma itu baru lepas mabuk ketum...
ReplyDeleteviral giler perkataan DERMA kebelakangan ni kan...apa nak jadi daa...huhu...
ReplyDeleteSalam Aidilfitri JR..
ReplyDeleteSaya baru keluar gua...baru ber blog..hahaha..
Derma?
Saya tak sabar nak menantikan berita kelakar selanjutnya..
Jangan main silap mata la kawan, rakyat bikan bodo lagi. Skrg SPRM kata duit 2.6 bilion didermakan ke akaun PM, tapi dulu PM sndiri pernah kata dlm akaunnya tak pernah masuk duit 2.6 bilion. Sapa yg menipu skrag PM atau SPRM? Kemudian Bank Negara kata akaun PM sudah ditutup, kalau ditutup duit 2.6 bilion tu meresap ke mana? Lepas itu beberapa pegawai SPRM yg siasat duit 2.6 bilion tu pun ditangkap polis apa hal pula? Nak sembunyikan apa? Kalau nak tipu rakyat pun pada-padalah, jgn menipu dengan cara gila & bodo....
ReplyDeleteTerima kasih TS Muhyiddin Yassin yg mendedahkan percakapan dgn Najib yg mengaku duit itu masuk akaunnya. Jika TS Muhyiddin tak dedahkannya tertipulah rakyat Malaysia seumur hidup. Sebelum itu Najib dah nafikan duit bilion-bilion itu masuk ke akaunnya. Mat Maslan kata PM tak bodoh utk masuk duit sebanyak itu dlm akaunnya. Mursyidul Am Pas, Haron Din kata tak mungkin Najib ambik duit sebanyak itu, kalau dia ambik mesti tak masuk akaun peribadi. Tapi sekarang SPRM dah sahkan memang duit RM2.6 bilion masuk akaun Najib.
ReplyDeleteKalau TS Muhyiddin tak dedahkannya agaknya SPRM pun akan kata Najib tak pernah simpan duit sebanyak itu dlm akaunnya. Malaysia memang kelakar...
Betul JR.. dengan duit sebanyak tu kita bina rumah.. dah tentu ada keluarga dapat tempat berteduh terutama bagi mangsa2 banjir yang kehilangan tempat tinggal..
ReplyDeletebina rumah utk mangsa banjir yg masih dok dlm khemah . saham akhirat tu ... ada kata dana tu dtgnya dr timur tengah ... x pe , Allah ada ... kebenaran akan terbongkar jua ...
ReplyDelete