Korang pernah disengat tebuan? JR pernah sekali disengat tebuan masa kat sekolah rendah dulu. Sakitnya cuma Allah yang tahu.
Ramai orang ingat binatang berbelang kuning hitam tu cuma serangga biasa. Kalau kena sengat cuma bubuh minyak gamat atau minyak angin bisanya akan hilang. Tapi ia tak semudah itu!
Ramai yang terlupa gigitan tebuan dan lebah boleh membawa maut. Di Amerika JR pernah baca antara 40-50 orang mati setiap tahun akibat gigitan lebah. JR tak tau tebuan ada ke tidak di Amerika tapi 2 serangga ini (lebah dan tebuan) mempunyai gigitan yang sangat berbisa.
Tadi JR baca kisah seorang kanak-kanak yang mati kelmarin akibat
disengat tebuan. Alfatihah buat allayarham adik Nur Iman. Semoga
keluarganya tabah hadapi ujian Allah:
Di dunia ini ada kira-kira 5,000 spesis tebuan yang semuanya mempunyai bisa yang kuat. Di Malaysia 2 jenis tebuan yang paling berbisa ialah tebuan tanah dan tebuan kunyit.
Tips jika disengat tebuan:
- letakkan ais di tempat terkena sengatan tebuan untuk membeku tempat sengatan dan seterusnya menghalang racun sengatan merebak ke tempat lain.
- jangan sesekali sapu minyak angin di tempat gigitan tebuan kerana ia akan menambah kesakitan dan memburukkan lagi keadaan.
- bawa pesakit ke hospital atau klinik terdekat dalam tempoh 2 jam selepas sengatan bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kejadian tak diingini.
Jangan pandang mudah jika disengat tebuan. Bukan saja tebuan hidup, tebuan yang dah mati pun masih ada bisa di dalamnya. Masa kecil dulu, adik JR pernah terpijak seekor tebuan yang sudah mati. Beberapa jam lepas itu kakinya merah dan membengkak. Mujur cepat dia dibawa ke kilinik..
Tips berguna tapi bila dah panik apapun tak ingat dah.. huhuhu..
ReplyDeleteTerima kasih.. tips yang berguna.
ReplyDeletebahaya kalau kena sengat tebuan tanah...
ReplyDeletejiran depan rymah yan baru kena petang semalam...walaupun dah p klinik kena suntikan..tapi badan still mengigil
kat kawasan umah kite pun banyk jugak tebuan..kalau duk siang ayam ke ikan ke depan pintu dapur..memang penuh lah mari nak hurung...
ReplyDeletesatu lagi petua kalau kena gigit tebuan..ambik tebuan lenyek kan dia pahtu sapu kat bekas dia gigit,..inshaa allah...
Tak pernah lah kena sengat tebuan tapi lebah ,penyengat ,lipan tu pernah lah masa budak2 dulu .baguslah tips yang diberi ni ,mungkin berguna satu hari nanti utk membantu pada yg kena sengat tebuan
ReplyDelete