Kononnya selipar ini selamat dari pencurian. Sapa yang ada niat nak mencuri atau mengambil selipar ini akan membatalkan niat itu lepas terlihat jenamanya.
Begitulah kata pengeluar selipar CuriDose (curi dosa), Jimmy Shanley. Mudah-mudahan apa yang dikatakannya itu benar. Mudah-mudahan pencuri akan terkesan dan takut kepada dosa bila nak mencuri selipar CuriDose. Ceritanya ada di sini....
JR sendiri dah banyak kali mengalami insiden selipar kena kebas ketika bersolat di masjid. Memang sakit hati bila terpaksa menapak jauh berkaki ayam atas simen dan tar sebelum sampai ke kenderaan, apa lagi kalau tengahari, macam nak melecur tapak kaki.
Cuma kadang-kadang JR tak yakin pencuri akan terkesan dan takut dosa hanya kerana melihat jenama sesuatu selipar. Kalau seseorang itu dah ada niat untuk mengambilnya, mencurinya, dia tak peduli lagi tentang dosa pahala. Biasanya begitulah. Seperti juga seorang perompak, penyamun, perasuah, perogol, mereka mesti tau apa yang mereka buat itu berdosa, tapi kerana nafsu dilakukannya juga. Kalau di mesin ATM diletakkan pelekat 'Memecah Berdosa' bolehkah kita yakin mesin ATM tak dipecahkan?
Mungkin jika selipar CuriDose ini dipasarkan di Alor Setar JR akan membelinya. Tapi JR beli bukan kerana nak elakkan selipar itu dicuri tetapi kerana tertarik kepada rekabentuknya yang memang cantik dan nak menyokong industri Bumiputra...
Bagus juga idea pengeluar seliper ni JR..
ReplyDeletewarna seliper ni pun cantik..
Kat mana jual ni JR..
Takde maknanya, takde dia nk fikir mcm tupun, tapi kita belilah bagi sokongan pada sesama Islam
ReplyDeletesokonglah bisnes anak tempatan :-)
ReplyDeletekaler hitam merah tu cantik..
ReplyDeletemoga pencuri selipar dimasjid tak curi lagi
Ramai dah ceriter pasal selipa ni,,,, tapi bunda belom pernah tengok n jumpa lagi, nak jugak sepasang rasanyer.....
ReplyDeletekih kih kih kalau curi waktu mlm tak nampak perkataan tu camne
ReplyDelete