»

26 August 2015

Antara Main Golf Dan Main Kayu Tiga


Malam tadi JR terbaca tajuk berita ini: 


Berita selanjutnya:


Ada banyak kes sangat ke ketika isteri bersalin, suami pergi main golf? Kalau tak banyak kes tak kan sampai Datin Seri kita tu terbuka mulut untuk berkata begitu?

JR yang punya 6 anak (tak masuk 4 keguguran), maknanya isteri JR 10 kali bersalin sama ada matang atau pra-matang, tapi tak sekalipun dalam 10 kali bersalin itu pernah terlintas di hati ini untuk pergi main golf ke, hoki ke, tenis ke, bowling ke. Tempoh 7 hari pertama rasa macam tak cukup masa, mana nak urus isteri, nak urus baby baru, nak urus anak-anak lain yang perlukan perhatian, nak masak, basuh pakaian.... Jadual padat, sangat-sangat padat, sampai tak ada masa untuk pikirkan kayu golf, bola golf dan lubang golf!!! 

Malah kalau terpikir tentang kayu golf, bola golf dan lubang golf pun buat apa... JR bukan saja tak reti main golf, malah benci dengan sukan golongan orang lemah fikiran itu!!

Tapi JR pernah juga dengar ada suami nafsu iblis mata keranjang yang masa tempoh isteri berpantang, mereka pergi main kayu tiga. Tapi itu main kayu tiga, bukan main kayu golf. Main golf perlu ada kayu, bola dan lubang. Kalau tak ada 3 benda itu tak sahlah main golf.

Main kayu tiga pula JR tak pasti sama ada perlu kayu, bola atau lubang kerana JR sendiri belum pernah main kayu tiga!!

13 comments:

  1. Kalau kaki pancing tegar pun lebih kurang jugak bang, menggigil je tunggu bini abis pantang. Bila selesai je terus cari lubuk... Maklum la lama berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. setuju dengan komen ni.. en. suami siap kena bebel dengan abah beliau dok suka nau memancing waktu ai mengandung.. tapi dalam pantang.. dia jaga bebetul.. syukur.. ;)

      Delete
  2. wahh,,, tahniah JR adalah salah seorang suami dan ayah yang hebat,, dalam pada isteri berpantang,, tugas ibu digalas sehingga isteri kembali sihat,, moga ramai lagi suami di luar sana seperti JR,,

    teringat masa saya berpantang sendiri,, suami lah yang buat air kunyit dan air halia dan urus semua benda ketika dalam pantang,, terima kasih buat para suami yang kasihkan isteri dan anak2 ^_^

    saya tak terfikir langsung pasal kayu golf tu sebab saya tahu tak semua suami macam tu kan,,

    ReplyDelete
  3. pernah melawat padang golf je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu biasa pergi kerja lalu depan kelab golf Subang tu.. hehehe.. time mengandung lak tu..

      Delete
  4. tahniah jr jadi hubby mithali..
    :-))

    ReplyDelete
  5. bukan semua lelaki mampu main golf pun... ntah pada sape lah amanat tu kak mah cuba sampaikan... bagi nasihat x kena langsung.

    ReplyDelete
  6. Si suami teringin nak main golf, tapi bila asyik anak bertambah tak de chance nak rasmi-rasmi set golf second hand pun hehehe....
    Lagi-lagi kalau bini surirumah. Bini dah beberapa hari sakit pun terpaksa juga suami ambil cuti sebab keadaan rumah dan anak tak terurus.
    Hairan juga bila ada suami ada masa nak main golf bila bini baru bersalinkan.

    ReplyDelete
  7. Bertuahlah isteri2 kalau dapat suami macam JR....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. nk tau jugak kenapa golongan lemah fikiran

    ReplyDelete
  10. main kayu tiga perlu ada 3 kayu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....