Kelmarin JR, isteri dan anak perempuan bongsu ke Perlis untuk hantar barang keperluan anak lelaki keempat JR yang sedang menuntut di UiTM Arau.
Lepas pergi Arau kami lencong jalan ke Padang Besar pula. Kelmarin orang agak ramai di bazaar Padang Besar, maklumlah hari Sabtu, musim cuti sekolah pula. Dari slang percakapan, sebahagian pembeli datang dari zon tengah dan selatan Semenanjung. Banyak kenderaan dengan nombor pendaftaran W,B dan A, menunjukkan dari mana mereka berasal.
Tapi JR dan isteri tak beli banyak barang di Padang Besar. Adalah sikit-sikit pakaian yang dibeli isteri dan anak dara JR. Nak beli pun tak bersemangat macam dulu lagi. Maklumlah zaman ini ekonomi Malaysia sedang jatuh merudum, duit Malaysia pun dah macam tak laku lagi di Padang Besar. Bila duit Malaysia jadi semakin kecil nilainya, barang Siam pun jadi mahal, tak semurah zaman kegemilangan ekonomi kita dulu. Sedih juga bila ada peniaga yang berasal dari Thailand di Padang Besar seperti mencemuh duit Malaysia yang semakin kecil nilainya menyebabkan perniagaan mereka semakin merosot.
Kami balik dari Padang Besar ke Alor Setar mengikut jalan Chuping, melalui ladang tebu yang terbentang luas hingga ke sempadan UniMap (Universiti Malaysia Perlis). Di sepanjang jalan balik dari Padang Besar ke Pauh banyak gerai yang menjual mangga. Isteri ajak berhenti untuk beli mangga harumanis.
Setahu JR yang pernah kerja di Perlis, harumanis cuma galak berbuah pada bulan April-Mei, kalau yang masih ada di bulan Jun cuma tinggal sisa-sisa atau orang Perlis kata "buah-buah hujung" saja..
Tekaan JR betul. Mangga harumanis memang masih dijual tapi harganya bukan lagi sekitar RM20 hingga RM28 sekilo seperti sebelumnya. Kerana sekarang buahnya semakin berkurang ia dijual agak mahal, rata-ratanya RM35 hingga RM40 sekilo. Itu pun buah yang dijual di gerai tepi jalan tu banyak yang dah lebam-lebam, tak secantik buah di masa kemuncak musim harumanis berbuah di pertengahan Mei lepas.
Kerana harganya yang agak mahal dan mutu buah yang tak begitu cantik, isteri kata tak payah beli harumanislah, beli mangga chokanan pun jadilah. Akhinya isteri cuma beli 3 kilo mangga chokanan dengan harga RM6 sekilo. Walaupun mangga chokanan (masa kecik-kecik orang kampung JR di Penang panggil 'pelam Siam') tak sesedap harumanis, tapi aroma dan kemanisannya memang boleh mencairkan air liur...
Tak dapat harumanis, chokanan pun jadilah....
tudia.... terliur mak buyong hihi... alhamdulillah tahun ni dapat merasa harumanis... memang sedap! harga pun memang patut dengan rasa, rupa paras... :)
ReplyDeleteSemoga baby yang dikandung oleh mak buyong akan lahir dengan wajah manis dan sentiasa harum tubuhnya kerana ibunya suka makan harumanis...
DeletePatutnya, dah hujung2 musim dan buahnya dah tak berapa cantik, dijual lebih murah...tapi itu tak terjadi di Malaysia...hahahaha
ReplyDeleteMangga chokanan ni mmg import dari Thailand ke JR?
Mangga chokanan memang berasal dari Thailand tapi ia juga banyak ditanam di Malaysia terutama di utara Semenanjung kerana cuacanya yang sesuai dengan tanaman itu.
DeleteTahun ni tak dapat merasa.. ada rezeki panjang umur.. try tahun depan pulak.. ;)
ReplyDeleteSibuk sana sini orang cerita harummanis...tengah musim ka...terasa2 tekak ni nak jugak...
ReplyDelete2 2 yan tak pernah rasa..jadi tak tahu..:-))
ReplyDeleteTerliur juga tengok mangga chokanan ni JR..
ReplyDeleteBuat jus manggo.. aduh nyamannya lalu ditekak ni JR..
Tambah musim panas ni :)