Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang menikmati Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi...
Di Kedah hari pertama Ramadhan adalah cuti umum. Itu yang bestnya, tentu berbuka nanti ada masakan-masakan istimewa dari sang isteri akan hadir di dapur kami.
Kepada rakan-rakan blogger, JR ucapkan salam Ramadhan dan semoga kita dapat sempurnakan puasa sebaiknya hingga ke hujung Ramadhan ini, insyaallah...
Bagi keluarga JR sendiri puasa tahun ini kurang meriah kerana 3 anak JR berpuasa di perantauan di IPTA masing-masing. Tahun lepas dan tahun sebelumnya hanya seorang anak JR yang belajar di UiTM Arau tak dapat berpuasa bersama, 2 anak lagi dapat berpuasa bersama kerana kebetulan Ramadhan jatuh ketika mereka cuti akhir semester.
Ada juga yang melucukan di hari pertama Ramadhan ini. Ada seorang anggota keluarga bila JR gerakkan untuk bangun sahur pagi tadi sambil mengeliat dia berkata, "ABC".
Bila digerak lagi mulutnya masih menyebut ABC, ABC dan ABC..
Rupanya dia tak dapat berpuasa: ABC (Allah Bagi Cuti)...
Begitulah untungnya wanita, mereka makhluk terpilih yang Allah beri cuti ibadah. Cuma kalau puasa Ramadhan, ABC itu perlu diganti, kalau solat ABC tak perlu diganti. Malangnya lelaki, tiada ABC untuk mereka, hehehehehe...
Sekali lagi selamat berpuasa untuk semua.....
Selamat berpuasa buat JR sekeluarga..
ReplyDeletePetang ni buka puasa boleh pekena ABC (air batu campur) JR :)
Hari pertama Ramadhan..
ReplyDeleteTak sabar nak balik nak tengok reaksi dak Kakak dengan dak Adik tentang ketaklaratan dorang tentang berpuasa.. hehehe..
selamat berpuasa jr :-))
ReplyDeletehehe yan ingat anak jr ngigau :-))
Selamat menyambut puasa Ramadhan AlMubarak untuk JR dan keluarga...
ReplyDeleteheheheh dh2 besar dh anak incej JR
ReplyDeletehahaha..ini mmg lawak.
ReplyDeleteorg lelaki wpun x de abc , ramai je yg ambil abc ... heee ... utglah cuti . blh balik kg berbuka dgn ibu bapa ...
ReplyDeleteuntung sekarang la... masa nak ganti balik nanti lebih besar dugaannya sebab masa tu orang lain selamba je makan anytime..hehe
ReplyDeleteYang lelaki jangan tiru tau... hahaha...
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga buat bro JR..wahh...bro JR yag kejutkan isteri...bkan isteri yg kejutkan bro JR...susah nk cari lelaki mcm ni
ReplyDeleteitulah kelebihan wanita Allah Bagi Cuti cumanya Cuti itu perlu di ganti...ABC utk kebahagian si suami jugak..tanda kesuburan giteww
ReplyDelete