Isteri selalu marah JR kerana tak percaya dengan makanan tambahan. Ia cuma supplement, bukan ada drug di dalamnya, kata isteri. Bila usia sudah menganjak lebih setengah abad, kata puan isteri, supplement boleh membantu tubuh mengimbangi kekurangan yang ada.
Walaupun isteri seorang jururawat kanan di sebuah jabatan kerajaan, tapi kalau mengenai makanan tambahan JR tak pernah terpengaruh dengan hujahnya. JR selalu kata dalam makanan asli - beras, sayur, buah-buahan, daging, telur, ulam, ikan dan lain-lain - sudah ada segalanya yang diperlukan tubuh, mengapa nak cari supplement yang entah dicampur dengan bahan apa?? Bagi JR yang penting makanan perlu seimbang dan regular exercise juga perlu ada, insyaallah tak perlu habis duit beli supplement bagai..
Satu-satunya supplement yang JR pernah gunakan hingga kini ialah glucosamine & chondroitin, itu pun atas nasihat doktor yang merawat sakit lutut JR dulu. Alhamdulillah berkat pengambilan glucosamine & chondroitin, sakit lutut dah hilang. Sekarang dah boleh joging 6 km sehari seperti biasa...
Tapi itulah saja, itulah satu-satunya supplement yang pernah JR izinkan memasuki tubuh. Kalau supplement untuk tenaga luar dalam, supplement untuk jaga kulit, supplement untuk lancarkan peredaran darah, dan lain-lain supplement walau terlajak laris bagaimana pun supplement itu JR tak pernah percaya.
Beberapa tahun kebelakangan ini banyak sungguh JR tengok iklan mengenai kolagen di TV dan akhbar. Kononnya rumpai laut adalah antara bahan yang sangat kaya dengan kolagen. Sejak dua tahun lepas isteri selalu bawa balik ke rumah rumpai laut yang dibeli dari kawan-kawannya. Sekali tu bila balik dari Sabah dia bawa balik rumpai laut dalam kuantiti yang agak banyak kerana katanya harga rumpai laut di sana lebih murah dari Semenanjung.
Kelmarin baru JR tau segala yang berkaitan dengan kolagen itu rupanya cuma dongeng. Dalam rumpai laut mana ada kolagen pun! Yang ada dalam rumpai laut cuma protin dan bukannya kolagen. Dah dua tahun isteri aku kena tipu rupanya, kesian dia........
Jadi kolagen tak ada dalam rumpai laut. Kolagen cuma ada dalam tubuh haiwan. Tapi kolagen yang ada dalam tubuh haiwan itu juga perlu berhati-hati bila mengambilnya. Silap pengambilan boleh merosakkan fungsi hati dan buah pinggang. Ketahuilah, kolagen adalah agen pembunuh senyap yang sangat bahaya:
Kena menuntut ilmu ye JR utk mengambil sebarang supplement ni..
ReplyDeleteJangan main belasah jer.. diri sendiri juga yg menanggung kemudian hari..
Terima kasih berkongsi info JR..
betul..nak jual supplement kene ada ilmu...nak makan supplement kene ada ILMU. ada tanda 'HALAL' tak semestinya 'SELAMATl' digunakan,,,,perkongsian yang sangat baik :)
ReplyDeleteSinggah blogwalking ;)
Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html
saya dah agak dah...tu sebab saya x terpedaya dengan trick kolagen rumpai laut tu.saya amalkan vitamin C je..makan sebelum tidur.
ReplyDeletejr suplement apa yg jr makan untuk lutut jr...
ReplyDeleteSaya ambik supplement glucosamine + chondroitin. Di farmasi banyak dijual supplement glucosamine + chondroitin dari pelbagai syarikat dengan harga yg berbeza. Tapi yang paling sesuai dengan saya ialah glocosamine keluaran syarikat CS BioActive dari Spain. Harganya RM80 sebotol mengandungi 100 capsule. Kalau nak sembuh cepat, kena makan ikut peraturan yang diberi. Dalam kes saya dulu ambik masa sebulan juga untuk pulih sepenuhnya. Nanti saya nak tulis satu entri khas mengenai supplement ini, insyaallah....
Deleteterima kasih share info ni.kita semua perlu tahu apa yang kita makan.
ReplyDeleteKakcik selalu prejudis terhadap supplement ke kolagen ke yang dijual secara berleluasa di pasaran. Bagi kakcik, semuanya sama dari satu 'kelompok', cuma ditukar label mengikut apa yang dinamakan kononnya 'Pengasas'...
ReplyDeleteShaklee aku tak was-was sbb dah ade dipasaran dunia sejak 100 tahun yang lepas lagi .... bukan syarikat kecik2 ...so aku makan supplement yg aku yakin je
ReplyDeletePernah gak beli dulu sebab tengok kengkawan beli.. hehehe.. tapi bila dah beli satu masalah pulak, nak telan kembang membang tekak dibuatnya.. tapi takdelah taksub mana pun, sekadar nak mencuba masa tu..
ReplyDeleteHahahaha...
ReplyDeleteTerbaik lah JR...
Zaman sekarang ni, terus terang saya katakan, masyarakat kita lebih mudah percaya 100% cakap penjual, dari cakap doktor & saintis. Bila kita tegur, mereka kata kita dengki, kita tak tau, kita katak bawah tempurung...Tapi bila buah pinggang dah rosak, hati dah rosak, masa tu pergi hospital...doktor jugak dimarahnya sebab tak mampu nak rawat..Padahal mereka sendiri yg menjahanamkan tubuh badan sendiri..
Terlalu banyak pembohongan dijalankan oleh penjual ni, samada mereka bohong secara nyata( mereka tahu auta yg mereka kata fakta), atau penjual membohong secara tak nyata, tak sedar ( mereka sendiri jahil tak kenal produk mereka)..
Menyedihkan, orang kita malas membaca. Dah la malas membaca sumber ilmiah, malas bertanya pada orang yg pakar/ ada ilmu.
Zaman saya sekolah rendah dulu saya rajin ambil suppliment. Naik sekolah menengah sampai sekarang, saya sudah tak amalkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik setakat ni.
Saya setuju dengan pendapat ni, cukup dengan khasiat yang ada dalam setiap pengambilan makanan seharian kita.
Nurul kadang makan kadang tak supplement ni.. bersemangat menunggu entry ttg supplement sakit lutut tu.. pernah belikan mak dulu tapi lupa brand ape, dah 4 botol tak baik2.. mak dah frust.. Dr. cakap, gel lutut dah abis.. bole juga ke kalau makan supplement yang Jay makan ni?
ReplyDeleteDah macam2 jenama produk kolagen macam cendawan tumbuh, baik yang terlajak laris dan putih2 bagai...tak tau yang mana nak pilih...
ReplyDeleteTapi setakat ini hanya ubat doktor kajian saintis dan produk berasaskan makanan sunnah sebagai supplement pilihan...