»

20 May 2015

Doa Dan Nombor Plat


Masa belajar di Tahun Satu di U dulu, JR ambik Bahasa Cina (Mandarin) sebagai salah satu subjek pilihan. Beberapa perkara yang JR pelajari tentang Bahasa Cina ialah perkataan Cina tak dieja mengikut huruf, ia cuma berdasarkan karakter (simbol). Satu lagi Bahasa Cina mempunyai banyak perkataan yang bunyinya sama tapi maknanya berbeza. Contohnya "ma" dalam Bahasa Mandarin boleh membawa makna ibu, kuda dan pengakhiran ayat berbentuk soalan seperti perkataan "kah" dalam Bahasa Melayu.

Begitu juga bilangan 1 hingga 9 semuanya ada makna lain dalam Bahasa Cina. Satu masa dulu JR pernah beli satu kereta yang nombornya cukup cantik: 4444. Tapi 4 dalam Bahasa Cina disebut 'si' yang juga bermakna 'mati'. Jadi bila disebut 4444 (si si si si), ia juga bermakna mati mati mati mati.. Bila dah pakai kereta itu 5 tahun dan kemudian JR nak menjualnya masalah mula timbul. Banyak kedai kereta terpakai tawarkan harga yang lebih murah dari pasaran sebab kereta JR pakai nombor yang bermakna 'mati mati mati mati'. Taukeh kereta terpakai beri alasan orang Cina tak nak beli kereta itu kerana ia bawa maksud tak baik (mati).

Bagi orang Cina setiap nombor plat kenderaan adalah seperti doa untuk diri mereka. Bila ada nombor kereta yang membawa maksud "mati mati mati mati" ia adalah satu doa untuk kematian pemanduya. Tapi jika bawa kereta nombor 8888 yang bermaksud "kaya kaya kaya kaya" ia adalah satu doa agar pemandunya jadi kaya raya. Sebab itu ada orang Cina yang sanggup beli nombor plat 8888 dengan harga berpuluh ribu ringgit kerana ia adalah doa untuk kejayaan mereka. 

Sekarang cuba korang tengok nombor kereta atau motor yang korang pakai sekarang, apa maknanya dalam Bahasa Cina?


Dalam sejarah hidup JR, JR, isteri dan anak-anak dah pakai banyak kereta dan motor. Ini antara kereta dan motor yang JR, isteri dan anak-anak pernah pakai (ada yang masih pakai hingga sekarang):

2222 bermakna: lapar lapar lapar lapar  (nombor ini paling lawak, asyik merungut lapar aje!!)
1848 bermakna: dijangka kaya mati kaya (nombor ni bagus juga, dijangka kaya dan mati pun dalam keadaan kaya)
9072 bermakna: lama tiada terus lapar (lama tak makan kot sebab tu terus lapar?)
7738 bermakna: terus terus hidup kaya (nombor ini ada makna bagus, terus hidup kaya!)
8844 bermakna: kaya kaya mati mati (maknanya lepas kaya dan kaya, kemudian mati. OK lah juga, mati dalam keadaan kaya..)
426 bermakna: mati lapar guling (nombor ini bawa maksud agak teruk - mati kerana lapar dalam keadaan berguling!)
353 bermakna: hidup tidak hidup (nombor ini juga bawa makna kurang baik - hidup tapi macam tak hidup...malangnya!

Tapi kalau sesiapa yang pakai nombor 6674 lagi malang - maknanya guling guling terus mati!!

7 comments:

  1. hahahhaa..

    jap, no plet kereta saya:
    Hidup - Lapar - Mati - Tiada.

    Hahahaha...

    ReplyDelete
  2. :-)) no plat hubby

    dijangka - lama - kaya - lapar

    ReplyDelete
  3. adoi.... malaslah nak cakap apa bunyinya no plat kereta saya... huhu

    ReplyDelete
  4. tak tahu apa makna, dah lama tinggalkan dunia 'mandarin'..hihi

    ReplyDelete
  5. no. plate kereta saya ada no. 4.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Mcmna kalau 8745??
    Org cina selalu ckap gigi..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....