Pagi tadi bangun pagi nampak ada selungguk buah kuinin yang luruh di depan rumah. Awal pagi tadi hujan agak lebat. Sebab itu ada buah kuinin yang jatuh berguguran atas tanah. Rezeki tuan tanah le ni....
Kuinin yang luruh pagi tadi
JR kutip semua 6 biji kuinin yang jatuh itu dan hantar ke rumah jiran sebelah. Elok juga berkongsi rezeki.
Kelmarin dari pagi hingga ke petang 15 biji buah kuinin yang luruh ke tanah. Memang tahun ni pokok kuinin nan sebatang di depan rumah kami itu betul-betul menjadi. Sampai nak makan pun dah tak larat...
Kuinin yang luruh sepanjang hari kelmarin..
Masih banyak lagi kuinin atas pokok yang belum luruh
Kuinin ialah spesis mangga yang bila masak mengeluarkan aroma yang sungguh kuat. Kalau letak kat dapur, bila orang buka pintu rumah mesti terhidu baunya yang dahsyat itu dengan mudah dari luar rumah lagi. Kalau dibandingkan dengan mangga harum manis rasanya buah kuinin ini lebih kuat keharumannya.
Berbeza dengan mangga biasa, kuinin bukan saja sedap dimakan begitu saja, tapi kuinin juga sedap dimakan jika dibuat sambal. Silap-silap boleh tambah nasi 2 pinggan hasil penangan sambal kuinin. Cuma ikut orang tua-tua, kuinin ini agak berbisa untuk mereka yang ada luka ditubuh. Kalau makan kuinin kononnya luka lambat baik. Selain itu sesiapa yang badan mudah berangin, makan kuinin akan menambahkan isi padu angin dalam tubuh. Itulah kata orang tua-tua. JR yang sudah tua ini pun tak tau sama ada ia satu fakta atau cuma andaian...
Diracik-racik, dimakan bersama dengan santan+gula+sedikit garam+ais : sedapppppp....
ReplyDeletesetuju dengan kak cik...yan pun selalu buat macam tu :-))
ReplyDeleteFuhh..fberet sy jugak ni. Sedap baunya. Pos ke sy sikit... Mau berbau sepanjang jalan.huhi
ReplyDeleteSaya confuse sikit dengan buah kuinin ni. Kuinin hat ni ka yang selalu orang selalu kata boleh buat ubat sakit demam malaria?
ReplyDeletekat kg ada satu pokok . bila berbuah mmg sgt lebat sampai tak termakan ... dah rasa beberapa hari lepas ... alhamdulillh .
ReplyDeletepenah mkan sekali kot dulu ... tp tekstur lebih berserat kan ....
ReplyDeletesaya suka.. sedap.. kalau dekat mahu saya mintak..
ReplyDelete