»

12 February 2015

Perbezaan Lelaki Zaman Dulu Dan Sekarang


Idea nak menulis entri ini terhasil dari pembacaan JR terhadap entri Kakcik Seroja yang menulis mengenai hari lahir suaminya yang ke-55 dua hari lepas.

Bila sebut hari lahir ke-55, yang JR mula-mula ingat ialah 10 tahun dulu, bila saja umur 55 tahun kakitangan kerajaan wajib bersara. Zaman sekarang umur 60 tahun baru kakitangan kerajaan wajib bersara walaupun boleh minta persaraan pilihan sebelum umur 55 tahun.

Satu lagi yang JR masih ingat tentang angka 55 ialah aruah ayah JR yang pada usia 55 tahun masih gagah perkasa. Ayah cuma seorang kampung yang mempunyai sedikit tanah sawah dan kebun getah yang diusahakannya untuk besarkan kami anak-anaknya. Badan ayah kecil melidi tak sampai 60 kg tapi dia mampu mengangkat seguni padi 40 kilo dengan mudah.

Teringat pada usia 55 tahun ayah masih produktif. Pada usia ayah 55 tahun, emak lahirkan anak ke-5 mereka. Pada usia ayah 57 tahun pula, emak yang 23 tahun lebih muda dari ayah lahirkan anak ke-6. Kemudian emak lahirkan anak lagi seterusnya.. seterusnya.. seterusnya hingga pada usia ayah 63 tahun lahirlah adik bongsu JR. Adik bongsu JR itu adalah anak ke-9 ayah dan emak JR yang hidup. Kalau dikira semua anak yang dilahirkan emak termasuk yang mati masa bayi, ayah dan emak mempunyai 12 anak. 

Maknanya pada usia usia 63 tahun, ayah masih produktif. Pada usia 63 tahun ayah masih mampu hadiahkan anak ke-12 buat emak.

Orang lelaki sekarang pula (termasuk JR), ramai yang bersara dari menimang anak sebelum berusia 50 tahun lagi. Malah ada yang belum masuk 40 tahun pun dah surrender!

Bapa saudara JR lagi hebat. Selepas kematian emak saudara, bapa saudara JR kahwin lain pada usia awal 70an dengan seorang janda berusia awal 40an. Beberapa bulan lepas kahwin, isterinya mengandung. Dan akhirnya bapa saudara JR dapat seorang anak perempuan ketika usianya sudah menjangkau 75 tahun!

Mungkin gaya hidup orang zaman dulu dan sekarang berbeza. Orang zaman dulu banyak gunakan tenaga, saraf mereka sentiasa cekang dan padat dipenuhi darah yang mengalir panas akibat kerja keras. Dan bila darah berjalan lancar, segala-gala... urat saraf dan lain-lain akan turut berjalan lancar. Orang zaman sekarang? Di tempat kerja aircon, balik rumah aircon, tak banyak bergerak, banyak masa duduk mengadap komputer dan telefon, menternak lemak di sana sini.... Kemudian malas pula nak bersenam! Habis bagaimana darah nak berjalan lancar?? Bila darah tak berjalan lancar mulalah cari Tongkat Ali, produk Terlajak Laris, ubat Kak Ton dan lain-lain yang mungkin lebih banyak menjerit dari mujarab..

Cara pemakanan orang zaman dulu dan sekarang juga berbeza. Dulu makanan tak tercemar, mereka makan ikan yang dipancing dari sawah atau sungai, sayur dan ulam segar yang dikutip dari belakang rumah. Zaman itu tak ada KFC, pizza, burger, hotdog dan lain-lain makanan yang lemaknya meleleh-leleh.

Kehidupan zaman dulu tanpa laptop, telefon pintar dan TV juga lebih santai. Pukul 10.00 malam dah masuk tidur, tak tau nak buat apa suami isteri boleh cari hiburan dengan cara sendiri... Zaman sekarang balik rumah dekat maghrib atau kadang-kadang lepas maghrib dan isyak baru sampai rumah, ketika itu badan dah letih. Letak kepala di atas bantal esok baru terjaga.

Bezakan?? Kalau bapa saudara JR masih mampu menimang anak pada usia 75 tahun, JR tak pasti sama ada orang generasi kini masih produktif pada usia 75 tahun. Jangan kata produktif pada usia 75 tahun, bagi JR untuk menyambut hari lahir ke-70 pun belum pasti!!

Apa pun, soal zuriat, soal hidup adalah urusan Allah. Bila Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku, maka berlakulah ia... kun fayakun...

9 comments:

  1. Hebatkan orang dulu-dulu kan JR .. tenaga kuat.. boleh panjang umur hingga 70 tahun keatas.. orang sekarang byk sgt penyakit.. tu yg tak sampai 40 dah surrender...

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang bukan saja dari segi pemakanan, gajet tapi kekangan masa dan pekerjaan juga menjadi punca utama suami isteri kurang berinteraksi/produktif dan mesra alam... balik kerja dah penat...mungkin tak semua...segelintir jer kot...

    ReplyDelete
  3. Haha.sy ingt pasal ap... Byk beza dolu dan sekarang. Sebab gaya hidup pun ye kan. Zaman berubah.

    ReplyDelete
  4. orang dulu memang hebat...walaupun dah pencen..masih mahu bekerja..berbanding orang sekarang yang banyak habiskan masa di kedai mamak..

    .hubungan kekeluargaan nampak baik tapi hakikatnya renggang tanpa disedari...

    ReplyDelete
  5. Selain faktor gaya hidup yg busy tu JR, faktor lain yg saya nampak ialah KEKANGAN EKONOMI. Keluarga di kecilkan , atas desakan ekonomi.

    ReplyDelete
  6. Pemakanan dan cara hidup mempengaruhi tahap kesihatan.

    ReplyDelete
  7. cara pemakanan arwah ayah saya mudah je . hanya nasi dan satu jenis lauk . dia tak pandai nak campur campur . kalau nak mkn lauk lain , ikut giliran lah ... hasilnya arwah abah x ada penyakit dan badannya slim saja . angkat kelapa sawait sendiri pun x jadi masalah dan anak2nya seramai 9 org ...

    ReplyDelete
  8. Setuju 200%...lelaki zaman dahulu Dan sekarang memang byk bezenya. Life style, environment dulu dan sekrg memang totally berbeza.

    ReplyDelete
  9. betul cara makan minum yang terjaga..tak makan banyak lemak..zaman sekarang JR hadui..ada ja makanan merosakkan kesihatan..makanan manis masin pekat pun nak telan..makanan cara rebus stim tak nak makan..hebat ya ..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....