»

14 November 2014

Pengakuan Posmen Cinta Monyet


Sejak awal pagi tadi, lepas bangun tidur, JR sentiasa teringat nama F. F adalah rakan lama sekolah rendah dan menengah JR di pekan kecil TG (Tasek Gelugor), Pulau Pinang. JR dan F tinggal di kampung yang berbeza tapi bersekolah di sekolah yang sama.

Dah lama tak jumpa kawan lama sejak sekolah rendah dan menengah bernama F ini. Kali terakhir jumpa F di Masjid Abu Bakar Al-Sidiq, Bangsar 20 tahun lalu. Itu pun perjumpaan tak sengaja ketika sama-sama bekerja di KL tapi di tempat yang berbeza. Lepas itu tak pernah jumpa F lagi hingga sekarang.

Apa yang pasti malam tadi JR bermimpi tentang F. Dan yang peliknya dalam mimpi itu kami sama-sama memakai pakaian sekolah rendah dan berwajah budak sekolah rendah. 

Sebenarnya JR punya beberapa kenangan manis bersama F. Salah satunya tentang kisah cinta monyet F dengan Sal

Satu hari, ketika itu JR dan F masih dalam darjah 5 (umur 11 tahun), F minta JR sampaikan sepucuk surat kepada Sal. Sal adalah anak perempuan kepada jiran sebelah rumah JR. Ketika itu Sal dalam darjah 4 (umur 10 tahun). Sal adalah rakan baik JR, maklumlah jiran sebelah rumah.

JR pun hantar surat itu kepada Sal. Tak beberapa hari kemudian Sal membalas surat itu dan meminta JR sampaikannya kepada F.

Banyak kali juga mereka berbalas surat. JR sendiri tak tau apa kandungan surat antara mereka kerana tugas JR cuma menjadi posmen.

Tapi satu hari kerana rasa ingin tahu yang terlalu membuak-buak, JR curi baca surat F kepada Sal. Kemudian bila Sal membalas surat kepada F, JR juga curi membacanya. Ini kes tak amanah ni... kalau kerja posmen di Pejabat Pos mesti dah kena pecat! 

Yang peliknya surat F kepada Sal dan surat Sal kepada F cuma dipenuhi dengan angka 1 hingga 26, tanpa ada satu huruf pun. Pelik sungguh!!  Tak paham betul, mengapa mereka berutus surat cuma gunakan angka-angka yang memenuhi satu atau dua muka surat?? 

Hingga satu hari JR dapat idea.. mungkin angka-angka dalam surat mereka itu menggantikan huruf kot?

Beberapa hari kemudian bila F hantar surat lagi kepada Sal, JR cuba buat eksperimen kandungan surat F. JR tengok banyak sangat angka 9  12 15 22 5 25 15 21 dalam surat F itu, mengapa...?

Betul sangkaan JR, rupanya kedua kawan JR itu sedang bercinta! Rupanya angka-angka yang ditulis oleh F dan Sal  itu menggantikan huruf: angka 1 untuk huruf A, angka 2 untuk B, angka 3 untuk C, 4 untuk D, 5 untuk E, 10 untuk J dan seterusnya... Patutlah banyak sangat angka 9  12 15 22 5 25 15 21 kerana angka 9  12 15 22 5 25 15 21 bermakna I love you!!

Bila terkenang balik kisah cinta monyet antara F dan Sal itu dan peranan JR sebagai posmen cinta monyet mereka, memang rasa kelakar sangat. Ya lah.. zaman tahun 1970an bukan ada henset, SMS, WeChat, WhatsApp dan aplikasi lain. Kalau bercinta zaman itu pakai surat sajalah..Kalau nak berutus surat guna khidmat posmen Pejabat Pos takut surat itu jatuh ke tangan ibu bapa. Kalau surat cinta jatuh ke tangan ibu bapa, siaplah...rotan mesti naik belakang... cissss, baru saja bersunat dah pandai nak bercintan-cintan pulak..? Jadi terpaksalah guna khidmat kawan rapat sebagai posmen untuk hantar surat...

Korang nak tau apa kesudahan kisah cinta monyet F dan Sal?

Nama pun cinta monyet kan..? Ia tak bawa ke mana-mana pun. Bila sampai ke sekolah menengah, F yang sejak kecil ada bakat sebagai playboy berkawan dengan budak pompuan lain pula. Akhirnya bila masing-masing berusia 20an, F dan Sal bertemu jodoh dengan perempuan dan lelaki lain...

Bila teringat mimpi bertemu F malam tadi, tiba-tiba rasa macam nak cuba menjejakinya pula. Entah di mana F sekarang? Teringin nak bersembang dengannya. Teringin nak buat pengakuan dan memohon maaf kerana pernah menjadi posmen cinta monyet yang tak amanah!

Sekian untuk malam ini. Salam dari: 

16 15 19 13 5 14   3 9 14 20 1   13 15 14 25 5 20....

10 comments:

  1. hehe..kreatifnya mereka walaupun umur tersangat2 muda lagi...
    dah cuba jejaki F kat fb ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba..tapi namanya tak ada.....

      Delete
  2. Lama tak jumpa tu, JR.
    Sampai 20 tahun.
    Erkkk..umo JR berapa sekarang?
    Samada kene panggil bro atau uncle tak ni?
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc nak panggil apa pun tak apa - pokcik, uncle, pa, grandpa - semua boleh panggil. Yang tak boleh panggil cuma 'abe' sebab itu panggilan hak eksklusif isteri saya, hehehehe...

      Delete
  3. pandai sumgguh budak2 zaman dulu.tulis pakai kod supaya rahsia mereka org len x tau..

    ReplyDelete
  4. hahahaha...rupa rupanya sampai la ni F tak tau JR selalu baca surat depa!

    ReplyDelete
  5. asalam Jr nini entry posman cinta tu...menarik kod nombor tu

    ReplyDelete
  6. Bro JR...pueh JM nk cari apakah di sebalik 16 15 19 13 5 14 3 9 14 20 1 13 15 14 25 5 20.... tu mahu 30 minit baru settle hahah rupanya POSMEN CINTA MONYET!!

    ReplyDelete
  7. hehe nakal juga posmen yg bernama jr ni...terima kasih tinggal kan tajuk ni kat blog yan..jarang ada cinta monyet di sekolah rendah sampai ke jinjang pelamin..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....