»

04 November 2014

Mengapa Tulisan Doktor Sangat Berseni Dan Unik?


Bukan hodoh, teruk atau buruk seperti tohmahan orang. Bagi JR ia cuma berseni dan unik!

Idea menulis entri ni timbul bila JR ke klinik 2 hari lepas. Melihat tulisan doktor, sejak dulu selalu hati tertanya-tanya mengapa tulisan doktor biasanya 'sangat berseni' dan 'sangat unik' hingga bagi orang biasa seperti kita susah  nak paham? 

                          Contoh tulisan doktor (ihsan Google)...siapa paham..?

Tiba-tiba JR teringat tentang anak dara bongsu JR, Sha, yang bercita-cita nak jadi doktor. Pernah timbul dialog ini antara kami berdua:

JR: Abah rasa Sha tak layaklah jadi doktor.....
Sha: Awat pulak tak layak?
JR: Tulisan Sha tak sama dengan tulisan doktor.
Sha: Nak jadi doktor kena ada style tulisan special juga ka?
JR: Kena laaa ada.. kena nampak unik, stylo dan berseni. Sebab tu tulisan doktor ramai orang biasa tak paham..


Tengok tulisan Sha di atas. Doktor ada masa ke nak tulis sebiji-sebiji macam ni?

Pernah terbaca diskusi mengenai mengapa tulisan doktor begitu:



Walaupun tulisan doktor orang biasa macam JR susah nak paham, tapi jururawat yang membantu doktor dan  farmasis yang memberi ubat mesti paham. Kalau farmasis sendiri tak paham memang masalah besar kepada pesakit:


Jika ada doktor yang terbaca entri ini, mereka tentu ada penjelasan mengapa tulisan doktor biasanya mempunyai style dan keunikannya yang tersendiri...

14 comments:

  1. Bunda dah lama perasan benda ni...ingatkan bunda sorang jer...bukan bidang kita kan, sebab tu tak kisah pun nak cuba faham tulisan doktor2 yang terlebih berseni tu...nurse ada...kerja dia untuk fahamkan... kan kan..

    ReplyDelete
  2. hhahaha...

    antara sebab tulisan buruk:

    1- takde masa, especially di hospital...patient ramai..kena kejar masa tulis laju2

    2- memang tulisan semulajadi buruk even sebelum masuk sekolah perubatan

    3- self ego. Ya, ada yg sengaja buat tulisan buruk, sebagai manifestasi ego nya...nak beritahu orang " heyyy..aku doktor tau"...hahahaha..saya ada kenal kawan saya yg macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... jawapan nombor 3 tu yg paling saya nak tergelak...

      Delete
    2. hahah..lawak toi jawapan ke3 tue..

      Delete
  3. Tu diaa..doktor dah komen. ekekeke. Masa ana jadi pembantu doktor dulu pun ana tertanye2 gak, nape tulisan macam cakar ayam? Jawapan doktor senang je, mana sempat nak cantik2. Nak kejar masa. Patient ramai kat luar tu. Dalam hati cakap, ye tak ye gak kan. Hehe

    ReplyDelete
  4. Jap.saya tolong fahamkan.
    Saya pun x faham.
    Tulisan saya pun macam tu.
    Haha..
    Klakar lah entri JR ni.

    ReplyDelete
  5. Paling atas tu mmg tak faham.
    Oversea punya kot.
    Ada certain short form yang doc buat sendiri sukahati dia..

    ReplyDelete
  6. haha...jawapan DZ tu sangat kelakar...

    ReplyDelete
  7. Masalah timbul kalau nurse tak mampu baca.. Dr. prescribed lain, nurse faham lain.. bagi ubat yang salah.. ishhhh

    ReplyDelete
  8. saya dulu2 terpikir gak kenapa la unik sgt tulisan doc nie...

    ReplyDelete
  9. Deno pernah share kat blog gambar2 tulisan doc deno.. heee mmg susah nak bc, lg2 tulisan pakar

    ReplyDelete
  10. Senior driver hospital private yg terkenal di Malaysia ni ada bgtahu aku knp doktor tulis buruk ..bkn sbb malas atau nak cepat la apa...tapi krn setiap maklumat pesakit dan ubat2 adalah rahsia sulit pesakit dan pihak hospital sahaja...utk elakan org awam ambk kesempatan atau gunakan nya sebagai peluang utk apa2 kepentingan peribadi dari maklumat pesakit itu...sbb tu lah tulisan doktor buruk dan hanya dpt dipahami oleh nurse dan ahli farmasi sahaja.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....