»

13 November 2014

Bila Google Jadikan Mokhtar Dahari 'Doodle'nya


Korang perasan tak bila korang buka Google hari ini, keluar doodle ini:


Jika korang perasan,   korang tau tak siapa hero hensem bermisai tebal itu?

Hero hensem bermisai tebal itu ialah legenda bolasepak negara, Mokhtar Dahari. Semua peminat bolasepak Malaysia mesti kenal Mokhtar Dahari. Siapa kenal bolasepak Malaysia tapi tak kenal Mokhtar Dahari seperti mengenali nasi tapi tak tau apa itu beras atau mengenali ayam tapi tak mengenali telur ayam  (peribahasa ciptaan JR!!)

Google sentiasa meletakkan perkara penting dalam sesuatu masa sebagai doodlenya. Masa Piala Dunia dulu misalnya Google meletakkan bola sebagai doodlenya. Sebagai menghormati 13 November  sebagai hari ulang tahun kelahiran legenda bolasepak Malaysia, hari ini Google meletakkan Mokhtar Dahari sebagai doodlenya. Terima kasih Google kerana memberi penghormatan tertinggi kepada Mokhtar Dahari yang mungkin ada orang Malaysia (bukan peminat bolasepak) tak mengenalinya.

Sedikit mengenai Mokhtar Dahari:

~Mokhtar Dahari dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur dan meninggal pada 11 Julai 1991 akibat penyakit berkaitan otot, mascular dystrophy.

~Mokhtar Dahari juga digelar sebagai Supermokh kerana ketangkasan, keajaiban dan kecemerlangannya di atas padang.

~Dia pernah menjaringkan gol ajaib semasa menentang England B - salah satu gol tercantiknya berkelas dunia -  pada tahun 1978 ketika Malaysia seri 1-1 dengan England.

~Mokhtar Dahari juga memainkan peranan penting ketika Malaysia muncul sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1974.

~Pada tahun 1975 Malaysia mengalahkan Arsenal 2-0 dalam pertandingan persahabatan di Stadium Merdeka di mana kedua-dua gol itu dijaringkan oleh Mokhtar Dahari. Keesokannya kelab terkenal dunia itu melamar Mokhtar untuk bermain dengan mereka tapi dia menolaknya.

~Mokhtar Dahari telah menjaringkan 125 gol di peringkat antarabangsa dan 177 gol peringkat Piala Malaysia sepanjang kerjayanya sebagai pemain bolasepak dari tahun 1972 hingga 1985.

~Mokhtar Dahari pernah membantu Selangor memenangi Piala Malaysia sebanyak 10 kali, kebanyakan kemenangan Selangor itu adalah berpunca dari gol tendangannya yang sangat deras dan kuat.

~Tendangan deras dan kuat Mokhtar Dahari pernah mematahkan 3 batang jari penjaga gol terkenal Malaysia, R.Arumugam.

~Sepanjang karier bolasepaknya dia bermain untuk pasukan Selangor dan beberapa kelab terkemuka semasa itu seperti PKNS, Kwong Yik Bank dan Kelab Sultan Sulaiman.

Kalau Mokhtar Dahari hidup dan menjadi  pemain bolasepak pada hari ini dia mungkin sudah dilamar oleh kelab-kelab bolasepak terkenal dunia....

Al-fatihah untuk hero negara. Semoga Allah meletakkan roh Mokhtar Dahari  di kalangan mereka yang beriman...

10 comments:

  1. ooo..mokhtar dahari..sy ingatkan JR tadi..sekali pandang ada iras2la..

    al fatihah buat allahyarham mokhtar dahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya, cikgu bukan orang pertama yang pernah berkata begitu.... hahahaha..

      Delete
  2. Al Fatihah buat arwah... Google pun mengenang beliau kan..

    ReplyDelete
  3. Khabarnya, arwah Mokhtar Dahari amalkan makan daging kuda..tu rahsia stamina & kekuatan nya :)

    ReplyDelete
  4. JR takde kena mengena dgn Arwah,kan..:)

    ReplyDelete
  5. Nurul baru tau latarbelakang Arwah ni.. mengkagumkan! sudah selayaknya menjadi Lagenda Bolasepak tanahair.. BTW, nice peribahasa.. hehee

    ReplyDelete
  6. Semoga rohnya tenang di sana...

    ReplyDelete
  7. Tahun 80an dulu tahun kegemilangan arwah....
    Semoga arwah tenang disana..

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihiraji'un.
    Saya x minat sukan jadi x kenal.sangat samada yang lagenda atau yang baru.

    ReplyDelete
  9. JM pun x kenal mokhtar Dahari ni huhuh...lepas baca entri ni rupanya legend

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....