»

07 May 2014

Pak Cik Jamal Meninggal.....Al-Fatihah


Mungkin bagi generasi berusia belasan tahun korang tak ingat siapa Jamal Muhammad. Tapi bagi yang berusia 30an, 40an dan ke atas tentu pernah dengar nama besar di sebalik tubuh kecil ini.

Dia lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal atau Jamal Kerdil. JR mendengar namanya di radio sejak di darjah satu lagi. Masa itu kalau ada rancangan lawak tak sahlah jika susuk tubuh kecil Pak Cik Jamal tidak berlawak sama. Paling JR ingati ialah program Mini Parlimen yang tersiar di TV yang 'YB-YB' terdiri dari kanak-kanak  dan Speakernya ialah Pak Cik Jamal sendiri.

Kini Pak Cik Jamal  75 tahun sudah tak ada lagi. Kelmarin Aziz Sattar pergi, hari ini Pak Cik Jamal pula dijemput Allah menemuiNya. Pak Cik Jamal menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

                              Hari-hari terakhir Pak Cik Jamal...Al-Fatihah (Sumber foto: TheRakyatPost)

Pak Cik Jamal dimasukkan ke Hospital Putrajaya tengahari semalam selepas mengadu sesak nafas.  Allahyarham turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) kerana dia baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu. Kata anak perempuannya keputusan ujian MERS cuma akan diketahui kira-kira 3 hari lagi, tapi Allayarham telah pergi sebelum keputusan ujian itu diketahui.

Al-fatihah. Semoga roh Pak Cik Jamal ditempatkanNya di kalangan mereka yang beriman....

11 comments:

  1. Al fatihah ... semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
    Ye masih ingat Mini Parlimen tu JR.. masa akak kecik2 lagi tu..

    ReplyDelete
  2. Innalillah wa innalillahirojiun.. Alfatihah buat arwah. Walaupun tak kenal sape arwah pacik Jamal, tp mndoakn org yg telah pegi tu adelah kemestian bg stiap org islam..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah..
    Ya, bila JR mentioned pasal "mini parlimen" tu, saya terus igt akan kelibat arwah

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah.. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. Al fatihah....tahun ni ramai artis veteran pergi temui pencipta. Semoga mereka di kalangan orang2 yang dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  6. memang saya ingat lagi gelagat arwah dengan kanak2 lain dalam rancangan mini parlimen dulu. tak silap, rancangan tu nak dihidupkan semula...

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah..bila JR sebut mini parlimen baru sy dapat gambaran ...semoga aruah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman di sana.

    ReplyDelete
  8. innalillah. dulu mini parlimen tu saya tak suka tgk sbb tak faham. hehe.

    ReplyDelete
  9. Inalilahiwainalilahirojiun masa pp tadika lagi selalu arwah jadi pengacara dimajlis2 yg di kelolakan oleh DBKL (baba pp kerja di dbkl) semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman. Budak2 sekarang rasanya tak kenal pun siapa dia kan JR?

    ReplyDelete
  10. Dengar berita tv tadi macam tu lah....arwah baru sahaja pulang dari Mekah...mengadu sesak nafas...

    Al -Fatihah .... salam takziah untuk keluarga arwah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....