»

11 December 2013

Jom Makan Dadah!!


JR tak malu beritau korang yang JR memang suka makan dadah

Juga pada yang belum tahu, JR juga suka menghebahkan di sini yang semua orang Utara memang suka makan dadah. Malah kalau tanya Dr Mahathir, Dollah Badawi, Anwar Ibrahim dan Jamil Khir Baharom Menteri yang jaga agama itu pun depa mesti mengaku depa pun pernah makan dadah. MESTI!

Tak percaya?

Ahad lepas JR pergi ke rumah adik di Pulau Pinang kerana dia buat kenduri. Biasalah baru sampai dalam perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang sejauh kira-kira 100 km, perut JR memberi isyarat tak boleh makan lagi kerana perut masih kepenatan selepas 1 jam lebih terhentak-hentak atas highway..Kerana perut belum lapar, JR asyik bersembang dengan beberapa tetamu sehingga terlupa anak isteri mungkin sedang kelaparan.

"Laa Abang Caq ni (adik-adik panggil JR Abang Caq maksudnya Abang Besar, kerana JR anak sulung keluarga kami) pi la makan dadah, kesian kak Im dengan anak-anak tu. Makan dadah kan senang.." kata adik perempuan JR.

"Hari ni Abang Caq tak mau makan dadah, takut polis tangkap!" jawab JR disertai ketawa beberapa tetamu.

Bagi kami orang Utara, makan dadah perkara biasa. Ya...terus terang, sejujurnya makan dadah perkara biasa!

Ini kerana dalam dailek Utara 'makan dadah' bukan bermakna makan benda haram bernama heroin, morfin, shabu, ecstacy dan lain-lain benda yang mengkhayalkan. Bagi kami makan nasi, makan bihun, makan mee, makan laksa, semua yang dimakan boleh menjadi makan dadah.

'Makan dadah' dalam dailek Utara berasal dari perkataan 'makan dah-dah' yang bermakna 'makan siap-siap, makan dulu atau makan awal-awal'. Itulah makna makan dadah....

Sebab itu JR kata semua orang Utara termasuk Dr Mahathir, Pak Lah dan Anwar Ibrahim pernah makan dadah, sebab mereka pernah makan awal-awal sebelum membuat sesuatu kerja....

11 comments:

  1. Mula2 ingatkan dadih tu disebut dadah kat sana, rupanya...

    Lama jugak tak baca entri belajar dialek utara ni.

    ReplyDelete
  2. Betul, mati-mati ingat dadah betul tadi...

    ReplyDelete
  3. Tak biasa pulak IM dengar istilah itu di Penang ni...

    ReplyDelete
  4. awat cheq tak pernah dengaq hehe..:)

    suami saya suka mengajuk cakap Samy Vellu dulu
    "pemuda2 jgn suka menghisap dade..."
    "pemudi2 diminta menderma dare.."hehe..

    ReplyDelete
  5. JR bikin panas jer...dah baca abis baru tau...

    ReplyDelete
  6. Hehehe..makan dadah sebelum masuk gheja..

    ReplyDelete
  7. lol JR , bolat pun taktau !!

    hahahaha

    ReplyDelete
  8. Owhhh..makan dah dah...makan siap2....makan selalu kata org kelantan...kalau selalu di perak adalah bermakna kerap tp selalu di kelantan adalah sekarang atau segera...makan selalu...makan dah dah...hehe....

    ReplyDelete
  9. mcm2 la JR ni. ingatkan betui2 la makan najis dadah.

    ReplyDelete
  10. Ish ish suspen tol.....dah dah.....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....