»

26 November 2012

Malware Oh Malware: Sapa Shima Ni Erk...?


Baru sebentar tadi buka blog..tiba-tiba terbaca amaran dari pakcik google chrome bahwa blog JR dah kena virus Malware!! Baru tiga minggu lepas kena Malware, ni kena sekali lagi!  Grrrrr....geramnya aku, sapa yang bawa pelesit haram jadah tu ke sini?

Bila check balik rupanya dia datang dari:

www.shima.com

Mengikut petua barisan blogger-blogger yang bijak pandai, kalau dah tau sumber Malware tu datang dari mana, remove saja link sumber Malware tu. Itulah yang JR buat bila terkena Malware tiga minggu lepas. Lepas removed  link dari sumber berkenaan, berambuslah Malware tu.

Tapi masalahnya dengan www.shima.com ni, JR gagal mengesannya dalam link-link yang ada di blog JR..mungkin JR buat kerja mengesan tu tergopoh-gapah...overlook kot? Nak ulang sekali lagi dah malas pula..sebab mata dah sakit check one by one..

Ni yang buat marah dan frustrated ni, sebab JR bukan cekap dan terrer sangat benda-benda teknikal berkaitan blog dan virus...setakat taip entri bolehlah.. 

Oleh itu, jika kawan-kawan blogger kenal siapa www.shima.com tu  beritau lah JR, sebab JR buat carian dalam google pun masih tak jumpa siapa dia. Jika ada gadis yang baik hati dan selesaikan masalah ni, JR janji akan kawin dengannya...

Akhirnya sebab dah susah sangat nak tempeleng removed blog tu, JR pun buat penyucian virus Malware dengan menggunakan Sucuri SiteCheck Malware Scanner, ia percuma saja. 

Selepas buat penyucian, inilah jawapannya:


Sucuri
web site:mycuteshoppe.blogspot.com
status:Verified Clean
web trust:      Not Blacklisted
*This site was just scanned a few minutes ago.

Security report (No threats found):
check   Blacklisted:  No
checkMalware:No
checkMalicious javascript:  No
checkMalicious iFrames:No
checkDrive-By Downloads:  No
check   Anomaly detection:  No
check   IE-only attacks:    No
checkSuspicious redirections:    No
checkSpam:No


Alhamdulillah......

Tapi walaupun mengikut laporan Sucuri SiteCheck, masalah Malware dah tak berbangkit lagi, JR masih tak puas hati. Lalu JR pi mengadu pula dengan pakcik google:

Mula-mula pergi Google Webmaster Tools.  Pada Dashboard Webmaster Tools, klik  Health dan kemudian Malware...

Dan inilah jawapannya dari pakcik google:


Malware

Google has not detected any malware on this site.

Sekarang dah puas hati, kedua-dua pihak dah sahkan Malware dah tak ada  dalam blog JR. Bila buka blog sekali lagi dah tak nampak amaran ada Malware di blog ni ..... alhamdulillah...

6 comments:

  1. harap harap ni buka SHIMA yg rockers popular yg penah menyanyi lagu SETELAH AKU KAU MILIKI tu ye... ha ha ha ^_^

    ReplyDelete
  2. dah okey ya...cr jarang kena virus nie..

    ReplyDelete
  3. erm..agak2 blog tirana aduka ada malware tak? Tolog cek kan.thanks

    ReplyDelete
  4. kalau masuk ikut google chrome mmg peratus nak kn tinggi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....