»

11 October 2012

Selamat Datang Cikgu Lembut


JR selalu melihat lelaki lembut dengan pandangan kasihan. Kadang-kadang mereka didiskriminasi hanya kerana mereka lelaki lembut. Ada yang punya ijazah berjela tapi susah dapat kerja. Alasan majikan kerana mereka lelaki lembut.

Akibatnya ada lelaki lembut membuat kerja-kerja yang masyarakat gelar  'kerja tak bermoral'. Salah merekakah buat kerja 'tak bermoral' jika kita tak beri mereka peluang membuat kerja 'bermoral'?? Mereka bukan pun minta ibu bapa lahirkan mereka lembut, tapi ketidak seimbangan hormon telah menjadikan mereka begitu (kecuali yang pura-pura buat-buat lembut).

Tapi semalam JR terbaca berita baik untuk lelaki lembut: Kementerian Pelajaran tidak pernah menghalang lelaki lembut jadi guru sekolah. Baca berita baiknya di sini....


Lepas ni sesiapa lelaki lembut yang berminat nak jadi cikgu bolehlah apply jawatan itu. 

Cuma ingatan untuk bakal-bakal cikgu lelaki lembut ni, di sekolah sekarang ramai budak-budak nakal. JR pernah mempunyai rakan bernama Abdullah, kawan-kawan panggil dia Dolah. Dia agak lembut, tapi lembut-lembut dia pun mampu menghamilkan isterinya hingga dapat empat orang anak. Yang lucunya di sekolah budak-budak gelar cikgu Dollah sebagai cikgu Dolly! Jahatnya mereka!!!

Oleh itu cikgu-cikgu lelaki lembut ni kena banyak sabar di sekolah. Mak bapa dah beri nama yang elok-elok dalam surat beranak, tapi bila sampai sekolah takut pula budak-budak nakal kat sekolah tukar nama cikgu mereka:

Cikgu Faiz ----------> Cikgu Faizah
Cikgu Farhan -------> Cikgu Farhana
Cikgu Shafiq --------> Cikgu Shafiqa
Cikgu Amin ---------> Cikgu Aminah
Cikgu Aliff ----------> Cikgu Alifah
Cikgu Adam --------> Cikgu Adama -----> Cikgu Hawa

Selamat mengajar cikgu
tanpa guru siapalah kami.....

8 comments:

  1. salam
    haha...pepandai ja ubah nama cikgu jadi cikgi ..

    ReplyDelete
  2. blm pernah cikgu lelaki saya yg lembut. tapi kalau ada pun, dia mmg kena kuat jiwa..bdk2 kan nakal. Cikgu2 lain pun kenalah support cikgu lembut ni.

    ReplyDelete
  3. Lama tak datang tempat JR ni. Ermm.. Kadang-kadang mereka tak tahu yang hormon boleh dibetulkan dengan perubatan. 'Kecenderungan' menjadi perempuan itu sebenarnya hanya alasan. Takut juga cikgu lembut-lembut sebab kuat emo.. Hahahah.

    ReplyDelete
  4. ha ha ha jangan menilai dari kelembutannya... kekadang disebalik kelembutan itu tersimpan kekerasaan sifat.. entah la... sbb ramai jer sepupu PPP yg jenis mcm ni.. sayang pangkat besar, duit banyak tapi masih tiada ura2 untuk berdamping dgn wanita sejati :P

    ReplyDelete
  5. Salam JR dari bumi fiji...

    lembut sahaja kalau tak memakai pakaian perempuan boleh diterima lagi..tp kalau lembut dah lebih2 mmg haram menyerupai pompuan kan....blog berinfo, akan selalu mengingtai2 blog nie..inshaallah..

    ReplyDelete
  6. cikgu lembut..penyayang...suka..

    ReplyDelete
  7. kikiki...lawaklah..bila tukar nama tue...

    ReplyDelete
  8. hehehee....tp betul juga...kena buka peluang pada mereka. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....