»

09 October 2012

Rahsia Panjang Umur Hingga 170 Tahun


Semua orang kalau boleh mahu usia panjang. Mengapa nak usia panjang?

Ahhh...bukan sebab nak usia panjang untuk tambah ibadat kerana belum puas beribadat selama 60 tahun, 70 tahun atau 80 tahun. Bukan. Sebahagiannya nak usia panjang kerana belum puas hidup, belum puas cari kekayaan untuk dihabiskan anak-anak, belum puas menjadi orang yang ada kuasa dan dihormati di dunia ini.

Rekod manusia paling lama hidup di dunia setakat ini mengikut Guinness World Records ialah Maria Gomes Valentim, seorang wanita dari Brazil yang berusia 114 tahun 


Manakala lelaki tertua di dunia ialah Jirouemon Kimura juga berusia 114 tahun dari Jepun.

Itulah rekod manusia paling lama hidup di dunia...114 tahun. Tapi jika ada orang mahu usianya lebih daripada 114 tahun, dia perlu mengambil petua panjang umur dari Galapagos. Ini kerana usia Galapagos diketahui sekurang-kurangnya 170 tahun.

Tapi siapa Galapagos??



Galapagos

Galapagos ialah sejenis kura-kura gergasi terbesar di dunia yang hidup di kepulauan Galagos, Ecuador. Berat badan setiap seekor kura-kura Galapagos ialah 400 kiligram (6 kali berat badan JR!!) dan panjangnya 1.8 meter. 

Apa yang menarik mengenai kura-kura gergasi ini ialah usianya yang menjangkau sekurang-kurangnya 170 tahun. Maknanya dalam masyarakat Galapagos sesiapa yang mati pada usia 170 tahun dikira pendek umurlah, kerana rata-ratanya berusia lebih dari 170 tahun.

Jadi sesiapa yang mau umur panjang pergilah menuntut ilmu dengan Galapagos di Ecuador. Korang tau kan Ecuador di mana? Bagi yang lemah geografi, Ecuador terletak di Amerika Selatan berjiran dengan Peru, Colombia dan Brazil..

4 comments:

  1. Rasanya spesis ni wujud pada zaman pruba lagi kot.... mmg uzur sungguh nampaknya si Galapagos ni :)

    ReplyDelete
  2. Galapagos hidup lama mana pun takpe, sebab kalau dia mati dah tak kena soal amal ibadah dia. Kita ni manusia kalo idop lama cenggitu, makin bertambah la soal jawab kita nanti. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Panjangnya umur Galapagos nie...baru tahu...

    ReplyDelete
  4. cian kura-kura tu tentu dah penat..hikhik...kita kalau hidup lama sangat menyusahkan org lain buat apa kan...dosa pula dok menambah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....