»

05 October 2012

Korang Masuk Dalam Grup 75% Atau 25% ????


JR nak tanya korang dan jawablah dengan JUJUR:  Korang selalu bersenam tak??

Maksud "selalu bersenam" ialah bersenam secara regular sekurang-kurangnya tiga hari seminggu dan setiap kali senaman mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit.

Ada tak??

JR bersenam lima hari seminggu (hari Ahad hingga Khamis), setiap kali senaman mengambil masa 60 hingga 75 minit. Cuma kalau hujan lebat JR tak pergi bersenam. 

Cara senaman JR paling murah dan mudah: JOGING. Joging tak perlu reket, tak perlu benda untuk dikayuh, tak perlu bola untuk dipukul atau ditendang. Yang perlu ada cuma seluar track suit, t-shirt dan kasut. Biasanya JR bersenam seorang diri, tak suka joging dalam kumpulan. Ini kerana berjoging dalam kumpulan kadang-kadang terkena kumpulan yang sangat slow menyebabkan rasa rugi saja turun padang sebab keringat yang keluar cuma setitik dua. Tak baloi!! Tapi bila terkena kumpulan yang laju kita pula termengah-mengah macam nak luruh jantung. Jadi lebih baik bagi JR berjoging sendirian, ikut masa dan keupayaan sendiri. Kalau hari tu "tak ada angin" kita boleh berhenti atau memperlahankan langkah seketika..

Hari ni JR ada terbaca mengenai berita bahwa 75% daripada rakyat Malaysia tak bersenam. Teruknya 75% yang tak bersenam!! Patutlah kes "orang bulat" semakin ramai di Malaysia, hari-hari nampak budak bulat, gadis bulat, pemuda bulat, wanita bulat dan lelaki bulat. Fenomena bulat ini ada di mana-mana kerana kebanyakan mereka jenis malas bersenam seperti kata mak Menteri kita:



BERITA

75 Peratus Rakyat Malaysia Tidak Bersenam - Rosnah
KUALA LUMPUR: Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata, sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh 'dalam diam' seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.
"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.
"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini Jumaat.
Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasaberumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada32.7 peratus pada 2011.
Rosnah berkata, peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.
"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - BERNAMA
Seperti yang korang baca di atas, yang menyatakan 75% rakyat Malaysia tak bersenam ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Seperti katanya di atas, rakyat perlu selalu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat bagi memastikan badan sentiasa sihat.

JR kira Timbalan Menteri yang menasihati rakyat supaya selalu bersenam  ini adalah dari jenis yang rajin bersenam dan selalu mengamalkan pemakanan sihat:  

Datuk Rosnah mungkin sedang menasihati murid-murid supaya rajin bersenam bagi mengelak obesiti...

3 comments:

  1. hahahaha..suka aku dgn ayat power terakhir tu...menyengat!!!

    ReplyDelete
  2. hahahahah..bisa sungguh ayat akhir tuu...saya dulu ,gemuk..makanya sll bersenam..jongging..tapi setelah kurus..saya dah malas..jongging ngan anak dalam rumah jer..

    ReplyDelete
  3. saya pun agak2 malas juga bersenam hahahaaa :))

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....