»

07 October 2012

Catatan Buat Seorang Matahari


Ketika berjoging pagi tadi di Taman Rimba Alor Setar, JR terlihat kelibat seseorang yang JR kenali. Dia dulu pernah bekerja dalam satu agensi yang sama dengan JR tapi di bawah jabatan yang berbeza. Kami cuma mengangkat tangan sambil berbalas salam. Sebenarnya kami bukan kawan rapat, cuma kenal-kenal begitu saja.

Cuma yang istimewanya tentang kawan ni ialah kononnya dia dari famili Matahari. Korang pernah dengar mengenai orang Matahari?? 

Matahari ni adalah satu mazhab agama yang berasal dari Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Masa JR kecik-kecik di Pulau Pinang dulu ramai yang beragama Matahari di Pulau Pinang. Pengikut agama Matahari ini juga ada di Kedah dan biasanya mereka tinggal dalam kelompok mereka sendiri. 

Kerana JR sendiri berasal dari Pulau Pinang, banyak juga cerita mengenai agama Matahari ni yang JR tau, cuma disebabkan penganut agama itu melaksanakan ajaran agama mereka secara agak tersembunyi, JR sendiri tak dapat pastikan apa yang JR tau mengenai agama itu memang sahih 100%.

Agama Matahari diasaskan pada tahun 1870an oleh Haji Muhammad Shafie atau orang panggil Haji Muhammad Matahari. Mengikut ustaz yang mengajar JR di sekolah menengah dulu Haji Muhammad Shafie digelar Muhammad Matahari kerana dia dapat meramalkan dengan tepat bila matahari terbit dan tenggelam. 

Agama Matahari ini juga dikenali di Utara sebagai agama Taslim. Mereka menganggap diri mereka sebagai orang Islam, kerana kata mereka, mereka tak pernah keluar dari Islam. Haji Muhammad Matahari menggelar dirinya sebagai "khalifah" dan bila dia meninggal keturunannya diangkat menjadi "khalifah" yang seterusnya untuk penganut agama itu. 

Semasa JR di kampung dulu ada satu keluarga agama Matahari yang tinggal di hujung kampung kami. Si-bapa asalnya seorang guru Quran yang disegani di kampung kami, tapi akhirnya dia disisihkan oleh orang kampung bila mengetahui dia menganut agama Matahari selepas dipengaruhi oleh isterinya yang berasal dari Bayan Lepas, tempat bermulanya agama Matahari. 

Anak pasangan agama Matahari ini bernama S adalah rakan baik JR. Walaupun ibu bapanya beragama Matahari, S tidak pernah menunjukkan ciri-ciri seorang penganut agama Matahari. 

Apa yang JR tau semasa kecik-kecik dulu dari orang kampung terdapat beberapa ciri-ciri ajaran agama Matahari:

. Mereka mengucap dua kalimah syahadah dengan menukar Muhammadul Rasullullah kepada Muhammad Shafie Rasulullah.
.  Mereka juga berpuasa, tapi puasa mereka hanya bersandarkan niat, lepas niat boleh makan seperti biasa sepanjang hari.
.  Mereka juga bersolat lima waktu, tapi cuma memakai niat tanpa perlu melakukan gerakan-gerakan solat seperti rokok, sujud dan sebagainya seperti orang Islam biasa.
.  Mereka juga mengerjakan haji seperti orang Islam lain di bulan haji, tapi ibadah haji mereka bukan di Mekah, tapi dilakukan di Kampung Seronok, Bayan Lepas. Di sana disediakan replika Kaabah untuk mereka melakukan haji.
.  Setahun sekali mereka yang beragama Matahari akan berkumpul di markas mereka di Kampung Seronok untuk perjumpaan batin. Mengikut cerita selepas tengah malam tibalah kemuncak perjumpaan batin di mana lampu dipadamkan dan setiap suami isteri boleh melakukan seks dengan sesiapa saja yang mereka tersentuh pada malam itu. Mengikut ustaz yang mengajar JR di sekolah menengah dulu, setiap anak yang lahir dari hubungan seks itu dianggap sebagai "anak yang soleh".

JR tak pasti sama ada cerita di atas benar-benar tepat untuk menggambarkan penganut agama Matahari. Itulah apa yang JR tahu, kerana walaupun rakan JR yang bernama S itu sangat rapat dengan JR, tapi JR tak pernah tanya lebih lanjut mengenai cara beribadat ayah dan ibunya.

Malangnya bagi rakan JR yang bernama S itu ialah bila ayahnya meninggal dunia. Orang kampung enggan menerima ayahnya sebagai orang Islam dan kerana itu mereka tak membenarkan mayat ayahnya dikebumikan diperkuburan Islam kampung kami. Anak-anak mereka yang tidak mengamalkan ajaran Matahari seperti kedua ibu bapa mereka  merayu kepada Jawatankuasa Masjid (adik beradiknya yang perempuan merayu sambil menangis terisak-isak) supaya ayahnya dikebumikan juga di kawasan perkuburan Islam. Akhirnya Jawatankuasa Masjid memutuskan jasad ayahnya dibenarkan dikebumikan di kawasan perkuburan Islam, tetapi hendaklah di luar pagar tanah perkuburan...

Beberapa tahun selepas ayah S meninggal, ibunya iaitu wanita yang bertanggung jawab memesongkan agama suaminya, bertaubat dan kembali semula kepada ajaran Islam sebenar. Dia kemudian pergi ke Mekah dan kembali dengan title hajah....

Sampai sekarang JR tak tau sama ada agama Matahari ini masih diamalkan oleh pengikutnya. Apa yang JR tau di Alor Setar ada kelompok masyarakat yang dulunya adalah pengikut agama Matahari tapi generasi muda mereka hari ini tidak lagi mengamalkannya, alhamdulillah...

Dan bagaimana dengan markas agama Matahari di Kampung Seronok, Bayan Lepas?? Semasa JR di sekolah menengah atas dulu JR pernah melalui Kampung Seronok yang kelihatan sangat bersih, tersusun dan aman hingga selama beberapa tahun sentiasa menjadi kampung contoh terbaik di Pulau Pinang. 

Sama ada masih ada penduduk Kampung Seronok yang menganut agama Matahari, JR tak pasti. Mungkin seperti generasi muda keturunan pengikut agama Matahari di Alor Setar, mereka yang tinggal di Kampung Seronok, Pulau Pinang juga sekarang tidak lagi mengamalkan ajaran agama itu

Biarlah yang lepas menjadi sejarah.....

61 comments:

  1. memang bila IM lalu di Kg Seronok, IM rasa tenang dan damai kerana kampungnya bersih dan damai,

    Sayangnya, penduduk sana kuat dengan politik pembangkang!

    ReplyDelete
  2. tak pernah tau tentang agama matahari... 1st time baca ni...

    ReplyDelete
  3. JR..

    Suatu ketika dulu kakya lama tinggal di Kuantan. Beberapa keluarga yang kakya kenal juga mengamalkan perkara yang lebih kurang sama dengan matahari. Ketua yang di anggap sebagai Nabi Muhammad itu tinggal di Singapura.

    Yang banyak terpengaruh ialah Dari gulungan intelek Dan cerdik pandai yang Ada Nama Dan berharta.

    Amalan lebih kurang sama. Semua dengan niat sahaja.
    Bagaimana mereka ini boleh terpesong Dari landasan.. Ermm .. Nauzubillahiminzalik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua nye dipanggil Pak Tuan. Sy pnh duduk p pinang 15 tahun dan selalu pg kg seronok mlwt pakcik sblh wife. Memang kg yg bersih

      Delete
  4. Msih ada lg smpai skrg wlupn skrg zaman serba cnggih.. kt kedah pn msih bnyak lg kelompok taslim trmasuk kt kg sy sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot alor setar pokok sena pendang banyak tuan.

      Delete
  5. Agama Matahari adalah agama tertua di bumi, yang dianut oleh nabi adam s/d awal datang nya islam Nabi Ibrahim. Agama matahari masuk dalam kelompok agama bumi(fisik), berkembang menjadi agama Hindu, Amun RA(mesir kuno), budha, helios(yunani), shinto, sunda, kejawen. Agama matahari ini di sebut Sundayana (sunday).

    Kitab nya dalam bahasa jawa ( sunda kejawen )disebut , Sastra Djendra Hayuningrat Pangruwating Diyu, bertuhan kepada Sanghyang Tunggal( YME).

    Setelah Konsep Tuhid Islam hadir yang di bawa oleh Nabi Ibrahim, maka agama Matahari ini tidak dilanjutkan oleh Ibrahim as. Namun aturan dan hukum-hukum tata cara peribadahan dalam islam mengacu seluruhnya kepada perhitungan Matahari.

    Islam Nabi Ibrahim lebih menjelaskan agama bukan dari segi kekuatan bumi dan alam semesta, namun kepada pembentukan keselamtan jiwa (Muslimun). Disebut agama langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpaham... Kenapa nabi adam.. Bkn ke nabi adam yg pertama dan dicipta bkn dibumi.. Dia pasti tahu siapa tuhan yg patut disembah dan sudah tntu bkn matahari...

      Delete
    2. Karut. Bila si jahil bercerita

      Delete
    3. kaum matahari lettew 💆🏻💆🏻💆🏻

      Delete
  6. Nabi Adam tak pernah menganut agama Matahari. Nabi Adam sehingga Nabi Ibrahim dan kesemua nabi2 sebelum Nabi Muhammad S.A.W menganut agama Tauhid iaitu mengEsakan Allah atau selepas kedatangan Nabi Muhammad ianya dinamakan Islam.

    Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 25: �Dan tidaklah Kami utus seorang rasul sebelum kamu (Muhammad), kecuali telah Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada ilah (sesembahan yang benar) kecuali Aku, maka sembahlah Aku.�

    Pengertian Islam itu ialah " berserah diri kepada Allah dengan tauhid dan tunduk kepada-Nya dengan taat dan berlepas diri dari perbuatan syirik dan pelakunya." Itu ialah Islam. Ataupun dengan bahasa yang mudah, orang Islam adalah orang yang menyerah diri pada Allah, sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam surah al-Imran ayat 64:
    "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."

    Cumanya,syariat berbeza-beza mengikut kepada kaum yang diturunkan, contonya solat, puasa, zakat, haji dan lain2.
    Namun Akidahnya tetap sama iaitu menyerah diri kepada ALlah dan mengEsakan Allah.
    Kesimpulannya Nabi Adam dan nabi2 sebelum ini agamanya adalah Islam

    ReplyDelete
  7. Dengar dr mlut org..JR ni tk pernah solat..betul ke?

    ReplyDelete
  8. saya ni jahat, slalu mengata orang, tapi alhamdulillah saya cuba ubah diri saya, alhamdulillah diri kini rasa selamat ,aman damai sejahtera dan senang dgn cara memperbaiki diri sendiri dari jaga tepi kain orang, kalau teringat masa dok fitnah org, rasa hati saya cukup kotor kdg2 rasa mcm dah jadi sifat syaitan.satu jari saya telunjuk org 3 jari kembali menunding saya. solat sendiri x tentu hala, macamana nak hukum org, kalau diri sendiri x lari dr berbuat dosa spt dosa fitnah mcmn saya nak hukum org... lucu sungguh dunia ini, tertawa melihat cicak, melihat dunia dr sudut terbalik tapi cicak kata org yg terbalik.

    ReplyDelete
  9. Kalu mengiakan yg salah (fitnah) dh dosa besar..apapun selidik dulu sb jab agama islam pulau pinang xbuat sebarang tangkapan..kalu dh lama mesti dgr mcm2 mcm arqam tp ni senyap ja

    ReplyDelete
  10. Mereka ini pandai berpura2 sampaikan jabatan agama pun xdpt nk buktikan. Mereka akan beramal sama mcm ahli sunnah yg lain bila bersama2 masyarakat tp kembali dgn amalan kumpulan itu apabila bersendirian atau bersama2 ahli mereka. Bayangkan ada di antara yang telah menjadi ustazah dan mengajar anak2 kita di sekolah tapi hakikatnya mereka adalah agama matahari. Kesian sahabat saya, anaknya menikahi perempuan matahari kerana pada zahirnya perempuan ini nampak warak. Selepas kahwin, si suami dilarang bertemu keluarga.

    ReplyDelete
  11. jr, apa yg ang tuleh tu semua betoi.
    sampai la ni kepercayaan ni masih wujud. depa masih dgn cara hidup xcamopur org, cuma adv, dah p smayang jumaat, dah ngaji quran lagi hebat dari islam yg tak ikut ajaran matahari ni. and mostly pengikut ajaran syiah sekarang ni adalah depa. so watch out when u speak of this. aku duduk kg yg 40% org matahari, depa ni tau yang kita tau tapi depa rilek. aku seniri kecik sampai nak dekat 40 dah umoq, tak penah tanya direct. tapi amalan yg depa buat sejak 100 tahun++ tu masih ada.
    dan kalau ada yg dari golongan tu yg baca komen aku ni, aku mintak maaf. bukan niat nak dedah baik buruk org. semua kita islam cuma kadang2 ketaksuban kita dengan seseorang, buat kita tersasar. dan macam muslim2 lain berbangsa melayu kat malaysia ni jugak, maaaf kata la, semua islam atas ic saja.
    semua atas diri kita sendiri, kalau kita ikut apa yg nabi muhammad saw tinggai utk kita (quran & hadis), insyaallah kita tak tersasar. assalamu'alaikum....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang masih da lg..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. Kalau apa yang disebutkan oleh JR itu betul, kenapa tidak dilaporkan saja kepada Jabatan Agama. Lebih menarik kalau dapat dibuktikan hubungan seks beramai-ramai dan replika yang ada di Kg Seronok untuk menunaikan haji supaya hal ini jelas dan tidak menjadi tanda tanya sama ada masih wujud atau tidak.

    Adakah anda yakin dengan apa yang ditulis sedangkan anda tidak melihat semua yang didakwa.

    Saya pun sebahagian daripada mereka, demi Allah tidak ada satu pun itu benar.

    Solat, puasa, dan segala bentuk ibadah lain tidak ada yang berbeza.
    Sebelum kita menunding jari kesalahan orang lain, silalah tunjuk bukti terlebih dulu.

    Awalludin Makrifatullah, Awal Agama Mengenal Allah.
    Apakah maksud awal agama mengenal Allah?

    Begitu juga dengan firman, barang siapa yang tidak mengenal dirinya, maka dia tidak mengenal Tuhannya?

    Apa yg dibangkitkan oleh saya ini bukanlah direka-reka tapi itulah yang ada di dalam al-quran. Tapi bagaimana utk kita mendapatkan jawapannya kerana ulama kita hanya menerangkan feqah. Hukum dalam sesuatu tindakan.

    Sedangkan, dalam melaksanakan ibadah itu perlunya kita mengetahui hakikatnya setiap ibadah itu.Bukan berniat mengumpul pahala supaya dapat masuk syurga semata-mata.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... saya setuju....

      Saya pun sebahagian daripada mereka, demi Allah tidak ada satu pun itu benar.

      Solat, puasa, dan segala bentuk ibadah lain tidak ada yang berbeza.
      Sebelum kita menunding jari kesalahan orang lain, silalah tunjuk bukti terlebih dulu.

      Delete
    2. Kecik-kecik (45 tahun dulu) aku dari alor setar sering dibawa kesana bersama kakak aku ( oleh saudara aku diasana).Aku ikut pi masjid..Aku tengok solat tak da bezanya dengan orang lain.

      Delete
    3. Betul aku pon setuju... Harap x jadi fitnah... Fitnah tu besaq dosanya...huhu

      Delete
    4. Betul aku pon setuju... Harap x jadi fitnah... Fitnah tu besaq dosanya...huhu

      Delete
  13. nie org kg seronok mai dah.. skang kt kg nie dh xda k ajaran tu.. yang lepas biaq lepas.. x perlu nk ungkit2.. kg seronok dok aman lani..yg kata kg seronok kuat parti pmbangkang tu rasanya silap kowt.. so.. peace yoo.. salahkan pengasas ajaran tu..bukan salahkn org kg n nama kg nie.. tq

    ReplyDelete
  14. Sembang dgn seorang pakcik...dia memang mngenali JR..trkejut sy pabila pakcik tu mngatakan yg JR ni anak luar nikah hasil hubungan sulit ibu JR dgn kekasih lamanya...benarkah perkara ni JR???

    ReplyDelete
  15. KaNcHa HaKiKaT8/1/14 11:31 PM

    Lol br tau ea..JR ni ank luar nkah???dah heboh satu malaya pn hal ni.!!!

    ReplyDelete
  16. Fadzil Zainol jgn jd bodoh..aku anak jati kg sronok...kalau dlu ad..mesti smpai skrg ad..tp masalahnya..dr dlu smpai sekrg x pernah kna tangkap pn ngn JAIP...klau rsa2 btoi ad ajaran tu..mai masuk kg seronok...kg seronok dr dlu smpai skrg semua sokong kerajaan,,tp skrg goyah skit sebab kerajaan kdg2 suka lupa daratan..org yg undi dibiarkan org yg x undi p sibuk bodek...tp masih BN...kpada penulis..stakat dgr crita tanpa bukti yg kukuh...jgnlah mcm tu...allah taala maha adil...

    ReplyDelete
  17. Qutubul Akwan Syed Muhammad Shafie..

    ReplyDelete
  18. Assalam...sesiapa yang di sini anak jati Kg Seronok atau masih tinggal di sana, boleh tak kalau saya minta no contact? Atau hubungi saya di email ibnatie.aziza@gmail.com. Terima kasih

    ReplyDelete
  19. Aku pnah p sembahyang kat masjid sana dri zaman aku kcik sampai besaq.. Depa sembahyang elok ja...bab perkara batin tu semua tipu...mna ada bt seks bebas...harap benda x jadi fitnah.. Klau tak besaq dosanya...

    ReplyDelete
  20. salam, sy tertarik dengan artikel dan komen2 yg diberi. walaupun sy bukan sbhgn dr warga kg seronok/pengikut tetapi sy tahu serba sedikit tentang hj muhammad shafie /matahari. Menurut allahyarham bonda sy hj muhammad matahari adalah rakan kepada datuk sy yg sama belajar di mekah sekitar tahun 1860. Semasa zaman tersebut ramai dikalangan orang melayu menghantar anak2 mereka mendalami ilmu agama ke mekah dgn kapal laut termasuk datuk saya sendiri. Menurut cerita dari datuk sy kepada bonda beliau merupakan seorang yang warak dan pandai dalam ilmu falak. Disebabkan beliau pandai dalam ilmu falak org2 kg menggelarkan beliau hj muhammad matahari kerana pada masa itu kurang cerdik pandai yang ada. Sama seperti datuk sy beliau adalah guru agama yang mengajar ilmu tesawuf dan usuluddin pada masyarakat kampung. Tidak semua orang dapat memahami ilmu yang disampaikan oleh guru2 mereka dengan berkesan. Kerana kecetekan fikiran mereka mengambil mudah ajaran yang disampaikan dengan mendakwa ajaran hanya berdasarkan niat dan tidak perlu mengikut kehendak syariat. Bayangkan seorang yang alim menolak perkara syariat sedangkan beliau tahu ilmu hakikat tanpa syariat itu hukumnya hampa dan tidak mendatangkan faedah. Golongan yg tidak dapat menguasai ilmu lah yang memanjangkan fahaman yg tidak betul dan mendatangkan fitnah kepada beliau. Sebab itu lah nabi pernah berkata aku lebih takut sahabatku yang bodoh dari musuhku yang cerdik. Menurut datuk sy tidak ada perkara yang pelik berlaku di kampung seronok. Kadang2 masyarakat tidak dapat menerima teknik pengajaran yg lebih advance pada masa itu. Replika kaabah dibuat adalah utuk menunjuk cara bagaimana untuk tawaf dan sebagainya ketika pergi menunaikan fardhu haji. Mungkin kaedah mengajar secara simulasi ini telah menimbulkan fitnah dalam masyarakat pada masa itu. Dan ilmu tasawuf adalah ilmu yang tinggi sanggupkah kita mendakwa golongan ulama seperti sheikh abdul samad al falambani, sheikh daud al fatani, al baghdadi, imam abu yazid, imam ibnu athoillah dan ramai lagi adalah tergolong dalam orang2 yg sesat. Berhentilah dari membuat tomahan kepada perkara yang kita tidak pasti dan biarkanlah hanya Allah yg menentukannya. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sbb selama ini cerita yg dikemukakan adalah fitnah.

      Delete
  21. salam, sy tertarik dengan artikel dan komen2 yg diberi. walaupun sy bukan sbhgn dr warga kg seronok/pengikut tetapi sy tahu serba sedikit tentang hj muhammad shafie /matahari. Menurut allahyarham bonda sy hj muhammad matahari adalah rakan kepada datuk sy yg sama belajar di mekah sekitar tahun 1860. Semasa zaman tersebut ramai dikalangan orang melayu menghantar anak2 mereka mendalami ilmu agama ke mekah dgn kapal laut termasuk datuk saya sendiri. Menurut cerita dari datuk sy kepada bonda beliau merupakan seorang yang warak dan pandai dalam ilmu falak. Disebabkan beliau pandai dalam ilmu falak org2 kg menggelarkan beliau hj muhammad matahari kerana pada masa itu kurang cerdik pandai yang ada. Sama seperti datuk sy beliau adalah guru agama yang mengajar ilmu tasawuf dan usuluddin pada masyarakat kampung. Tidak semua orang dapat memahami ilmu yang disampaikan oleh guru2 mereka dengan berkesan. Kerana kecetekan fikiran mereka mengambil mudah ajaran yang disampaikan dengan mendakwa ajaran hanya berdasarkan niat dan tidak perlu mengikut kehendak syariat. Bayangkan seorang yang alim menolak perkara syariat sedangkan beliau tahu ilmu hakikat tanpa syariat itu hukumnya hampa dan tidak mendatangkan faedah. Dan malangnya ilmu jika tidak beramal, malangnya amal jika tidak ikhlas dan malangnya ilkhlas jika tidak sabar, ini adalah kata-kata dalam menuntut ilmu supaya beristiqamah dengannya. Amalan syariat adalah perlu dan tidak boleh niat sahaja. Golongan yg tidak dapat menguasai ilmu lah yang memanjangkan fahaman yg tidak betul dan mendatangkan fitnah kepada beliau. Sebab itu lah nabi pernah berkata aku lebih takut sahabatku yang bodoh dari musuhku yang cerdik. Menurut datuk sy tidak ada perkara yang pelik berlaku di kampung seronok. Kadang2 masyarakat tidak dapat menerima teknik pengajaran yg lebih advance pada masa itu. Replika kaabah dibuat adalah utuk menunjuk cara bagaimana untuk tawaf dan sebagainya ketika pergi menunaikan fardhu haji. Mungkin kaedah mengajar secara simulasi ini telah menimbulkan fitnah dalam masyarakat pada masa itu. Dan ilmu tasawuf adalah ilmu yang tinggi beranikah kita mendakwa golongan ulama seperti sheikh abdul samad al falambani, sheikh daud al fatani, al baghdadi, imam abu yazid, imam ibnu athoillah dan ramai lagi adalah tergolong dalam orang2 yg sesat. Berhentilah dari membuat tomahan kepada perkara yang kita tidak pasti dan biarkanlah hanya Allah yg menentukannya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  22. Ajaran Taslim Atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari
    Akidah

    Tarikh Keputusan: 9 Dec, 2010
    Keputusan:
    1. Bahawa Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/ Muhammad Matahari didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang mengamalkannya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di antara ciri-ciri ajaran ini ialah:
    (i) Menyerah diri, anak, isteri dan harta kepada Rasul atau penggantinya yang berada di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang;
    (ii) Tidak perlu sembahyang, kerana Allah akan bersama-sama/beserta tubuh badan kita iaitu manusia apabila mengucap;
    (iii) Menolak lapan buah hadis mengenai perkara Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w iaitu mengenai pensyariatan atau kewajipan menunaikan solat 5 waktu dan menganggap hadis tersebut adalah bohong dan rekaan ulama semata-mata;
    (iv) Islamnya seseorang itu, hanya sah apabila dia berjumpa dengan Rasul di Kampung Seronok;
    (v) Menganggap dirinya (Haji Ahmad Matahari atau Haji Muhammad Shafie) sebagai pengganti Rasulullah s.a.w. setelah baginda wafat;
    (vi) Menganggap Kitab Al-Quran adalah karangan manusia dan mushaf yang sebenar dan asli hanya dimiliki oleh Rasul di Pulau Pinang;
    (vii) Beranggapan bahawa hari Jumaat merupakan hari pertemuan Nabi Adam dan Hawa yakni waktu berjimak pada waktu Zohor;
    (viii) Melakukan upacara ratib;
    (ix) Menunaikan haji hanyalah cukup atau sah sekadar dengan mendaki Bukit Payong di Bayan Lepas, Pulau Pinang;
    (x) Bernikah secara batin;
    (xi) Beriktikad bahawa dalam diri manusia mempunyai 2 perkara iaitu diri batin dan diri zahir;
    (xii) Percaya bahawa alam ini bersifat qadim dan bukannya baru;
    (xiii) Ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan mengikut nafsu dirinya sendiri;
    (xiv) Menolak beberapa perkara ghaib seperti wujudnya syurga, neraka dan hari kiamat;
    (xv) Sembahyang dilakukan secara niat dan tidak perlu kepada perbuatan dan bacaan (fe’li dan qauli);
    (xvi) Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum dan;
    (xvii) Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
    2. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripda Allah s.w.t.
    3. Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    ReplyDelete
  23. HAJI MUHAMMAD MATAHARI sejarah beliau secara ringkas berdarah keturunan daripada saidina hassan dari sebelah ayahnya dan berdarah keturunan saidina hussain disebelah ibunya.Nama sebenar beliau Syed Muhammad Syafie Bin Syed Sailuddin Al Jamalullail berasal dari Madura dari keturunan Sunan Bonang dan berjalur keturunan dari Syed Nuruddin Al Maghribi seterusnya kepada Saidina Hassan RA cucunda Rasulullah saw yang amat kita kasihi.Beliau lahir pada tahun 1825 M dan pergi ke Mekah pada tahun 1844 M untuk menunaikan ibadat haji dan seterusnya berguru dengan Syeikh Hassan Al Yamani dalam ilmu tasawuf dan ilmu falaq.Beliau cukup terkenal kerana arif dalam 4 mazhab,fekah,usuluddin malah amat arif dalam bidang astronomi yakni falaq.Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1868,beliau mula mengajar di pulau pinang dan seluruh tanah melayu dan pada waktu itu nama beliau menjadi amat masyur sehinggalah beliau diajak berdebat oleh para alim ulama yang kesudahannya mereka mengakui ilmu yg dibawa oleh beliau adalah benar,tetapi ada segelintir alim ulama telah melabel ajaran Haji Muhammad Matahari sesat tanpa usul periksa memfitnah beliau,dan pada tarikh 13 mei 1913 bersamaan 21 rejab 1321 Syed Muhammad Syafie Bin Syed Sailuddin Al Jamalullail telah kembali kewarahmatullah kenegeri yang bakhor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila disebut jamalullail, itu maknanya keluarga saidina hussain, bukan saidina hassan. keturunan mesti ikut sebelah bapak. bukan sebelah ibu. nak sebar dakyah atau apa2 kena kaji mendalam dulu. baru senang nak tipu orang. ni jadi macam Shiah Ahmad al-Hassan...siap ada salasilah keturunan al-Mahdi yang hilang di Sarandib. Aku rasa agak lucu dengan pengakuan sebagai ahlul bayt ni. nak tipu mereka yang buta nasab boleh lah.

      Delete
    2. bila disebut jamalullail, itu maknanya keluarga saidina hussain, bukan saidina hassan. keturunan mesti ikut sebelah bapak. bukan sebelah ibu. nak sebar dakyah atau apa2 kena kaji mendalam dulu. baru senang nak tipu orang. ni jadi macam Shiah Ahmad al-Hassan...siap ada salasilah keturunan al-Mahdi yang hilang di Sarandib. Aku rasa agak lucu dengan pengakuan sebagai ahlul bayt ni. nak tipu mereka yang buta nasab boleh lah.

      Delete
    3. Aku stuju...jenis sondol belagak pandai ni yg bahaya..apa orang cakap semua telan,..kena klentong mengaku nabi pun pecaya..islam ni asasnya adalah alquran dan sunnah rasulluah,bukan pandang keturunan..

      Delete
  24. aku ingat aku ja kena bash dgn orang2 mcm kat atas tu...tapi kau pun kena jugak...lagi dasyat lagi siap kata anak luar nikah bagai...mostly anonymous yg komen...hurmmmmm....

    ReplyDelete
  25. Bagi org2 yg tidak mengenal ilmu hakikat akan mempercayai cerita2 fitnah yg diceritakan zaman berzaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Special sngt ke ilmu hakikat kau??kalau betul benda ni fitnah penulis ni tangung lah..tapi x pyh nk angkat sngt ilmu hakikat kau kt sini mcm agama ni istimewa untuk kumpulan kau saja..islam ni x der ilmu untuk satu kumpulan saje..islam agama dakwah..bwk org kenal tuhan berasaskan alquran dan sunah nabi..please jgn rendahkan org lain..

      Delete
  26. Bagi org2 yg tidak mengenal ilmu hakikat akan mempercayai cerita2 fitnah yg diceritakan zaman berzaman.

    ReplyDelete
  27. Dimana kubur hj muhamad shafie. Sy nak ziarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuburnya berada di Kg Seronok, Bayan Lepas.

      Delete
    2. Kuburnya berada di Kg Seronok, Bayan Lepas.

      Delete
    3. Dah Pergi ziarah kg tu memang cantik tenang jer solat Kat masjid tp kuburnya tak tahu lokasi yg tepat nak tanya org kg situ segan.

      Delete
    4. Kalau ada info lokasi kubur hj Muhammad shafie Minta email sy helmios@petronas.com.my

      Delete
  28. Hidup ini janganlah berprasangka,jika tidak benar apa yang disampaikan oleh JR..ia tergolong dalam dosa besar (fitnah).....biar bicara apa yang dilihat,jangan membawa cerita apa yang didengar....ingat....tidak ada paksaan dalam islam...

    ReplyDelete
  29. Bila hati masih berlandaskan syariat semata-mata mula la nak menghukum orang tak tentu pasal..Belajar la dulu, ilmu Allah yang kita tuntut ibarat setitik air di laut, kalau boleh hadap semua tu tak berbunyi tomahan-tomahan seperti di atas..Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Special sngt ke ilmu hakikat kau??kalau betul benda ni fitnah penulis ni tangung lah..tapi x pyh nk angkat sngt ilmu hakikat kau kt sini mcm agama ni istimewa untuk kumpulan kau saja..islam ni x der ilmu untuk satu kumpulan saje..islam agama dakwah..bwk org kenal tuhan berasaskan alquran dan sunah nabi..please jgn rendahkan org lain..

      Delete
  30. Pakai dengar cerita orang saja tanpa usul periksa akhirnya diri uang rosak.aku dok kawan dengan sebahagian dari mereka ni takda satu pun ada persamaan dgn cita bro JR.ini dah kira fitnah besar dosanya .kalau betul cita bro JR dah lama JAIS ambil tindakan.apa pun nak kepastian sebenar-benarnya tengok dan pesiksa dengan mata kepala sendiri.kalau bro berada di tempat mereka apa perasaan bro JR dengan cerita tu wasalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy stuju...lebih baik pergi betul diri sdri dari menghukum org xtentu pasal

      Delete
  31. hm... sy pengkaji kitab agama lain.. sy perlukan kitab taslim untuk di kaji.

    ReplyDelete
  32. Kembalilah ke pangkal jalan. Tiada tuhan selain allah nabi muhammad itu pesuruh allah.. moga moga bertaubat..

    ReplyDelete
  33. apa mksud taslim ? pernah kah kalian pergi dan lihat dengan pancaindera sediri? atau sekadar dgr mulot org je? lau sy pon pernah dgr org ckp korg ank luar nikah?? sy dgrr je...sy xthu la btul ke x ...maaf la lau sy ckp..tp tu sy dgr..maaf la lau sy ftnah ye ...assalammualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Tak tahu apa itu taslim? Taslim ialah salah satu drpd ajaran sesat yg ada d malaysia. Kaitannya dengan Haji Muhammad Matahari ialah merupakan ciri kesesatan bgi Ajaran Taslim. Buktinya mereka menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yg maksum. Selain tu mreka solat secara niat tanpa rukun qauli (perbuatan) dan fi'li (perbuatan). Bukti jelas bahawa Taslim merupakan salah satu ajaran sesat yg wujud di Malaysia sama seperti Qadyani dan Bahai. Maka, Taslim itu wujud, tetapi pada era 1870-an dan rsanya skrg org tk pandang lgi disebabkan ksedaran sbgai seorang umat Islam yg sedar akan hukum Allah. Alhamdulillah jika ajaran sesat ini tidak berlanjutan lagi��

      Delete
  34. kejam nye manusia kita sebagai umat islam . patut ke buat mcm ni menghina dan menfitnah orang sebangsa sendiri .
    apa la akan jadi padi diri kamu apabila kamu keluarga kamu dihina difitnah sebegini . org mcm kamu la yg merosakan nama islam . renungkan lah kaum islam dan kalau nak tahu kg seronok tu adalah kaum org yg berjiwa tolong menolong sesama kaum .setiap bulan ada je program ada aktiviti yg seronok bergotong royong bersama2.kampung seronok jugak telah byak kali memenangi kg terbersih tak nak la cita byak2 pergi sana dulu baru tahu mcm mana kaum nye ya .

    ReplyDelete
  35. Ya betul....amalan agama matahari...pecahan dri tarekat naqshabandi...menurut guru naqshabandi...perpechan ni berlaku dek kerana inginkan kehebatan..maka lahir lah ajaran matahari....jika inginkan keberan lagi sila rujuk dgan shaikh2 tarekat naqshabandi di pondok upeh...

    ReplyDelete
  36. seronok dengar cerita kg seronok tu... kalau cam tu saya pun nak join ler.. jadi apa caranya? ada borang nak kena isi ke atau kena temuduga dulu ke atau ada nak kena ujian bertulis dulu ke? silalah maklumkan... saya betul berminat ni... dan rasanya ramai juga yang se kata dengan saya... yang lain bagaimana? nak join gak ke?

    ReplyDelete
  37. kalau betul kisah ni kenapa x ada yang ditangkap seperti ajaran sesat yang lain? atau ini fitnah saja?

    ReplyDelete
  38. Masalah ya bukan fitnah tapi fakta. Kalau tidak jakim tak fatwakan yang ajaran matahari/taslim ni sesat

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....