»

10 December 2011

Seram...Melihat Kepala Langsuir Berpusing Ke Belakang

Bukan tujuan JR nak takutkan korang di malam-malam buta begini dengan cerita-cerita seram. Masa JR kecil-kecil dulu cerita seperti ini suka diceritakan rakan-rakan pada waktu malam. Untuk mewujudkan suasana lebih thrill,  lebih menarik jika ia diceritakan ketika rumah dalam keadaan gelap..black-out!!

Baca seterusnya......:

KULIM HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZUIVQbWPxuax5e0sTRDvsmF5SBFksgjTmB5psUEy-STyt27ATW-PWL9TNTWSdXb1S1bEdqXvvahWNs8riifMPhvZQNaCATUCzhrPviSRdXkaviiq3ArfOP8xYCpnz2_pJI2bK2XSHhSiU/s1600/New+Picture+%25288%2529.bmp 

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. “Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.  “Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.  “Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir. “Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.  “Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya. Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.

(Sumber: sinarharian)

8 comments:

  1. alamak, tak tahu nak cakap apa

    ReplyDelete
  2. Untung kalau dapat ambik gambar.. langsuir cacat tak? hihihi...

    tak nak terlalu takut dgn mende2 cmni..takut tahap geli2 sudah..hihihi.. boleh ke?

    ReplyDelete
  3. tak pnah ag jumpe hantu..mcm mnrik je..

    ReplyDelete
  4. Sharinginfoz; Cakap ajer la takut...hehehehe

    ReplyDelete
  5. a.samad jaafar: Memang tak takut kalau tak berada di depan mata..

    ReplyDelete
  6. Zora: JR dah banyak kali jumpa..memang menyeramkan!!

    ReplyDelete
  7. pena rozie: Kalau teringin nak jumpa dipersilakan ke Kulim!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....