»

19 November 2011

Panas...Perlukah Aaron Aziz dan Jasmin Hamid Melakonkan Aksi Berahi?


JR terkedu menatap gambar-gambar ghairah dan berahi Aaron Aziz dan Jasmin Hamid dalam teater "Badai Semalam" yang kini  sedang dipentaskan di Istana Budaya. Mengapa daring sangat wahai Encik Aaron dan Ciki Jasmin? Perlukah menggeliat ghairah wahai Cik Jasmin sekadar untuk membuktikan kepada penonton begitulah realiti dan lagak sebenar  seorang perempuan miang yang sedang menggoda lelaki yang sedang berahi? Tanpa aksi-aksi ghairah tu teater tu tak nampak real ke?? Tanpa aksi-aksi berahi tu cacatkah jalan cerita "Badai Semalam"?

Dalam pementasan teater itu, Aaron yang berlakon sebagai Karim turut melakukan aksi menari disko dan  berlakulah beberapa adegan ghairah yang membabitkan Aaron dan Jasmin Hamid yang melakonkan watak Dora. Dora dalam teater itu cuba memikat Karim dengan melakukan aksi tarian ghairah bagi menarik perhatian  lelaki yang ketika itu sudah sangat rapat dengan Mazni yang dilakonkan oleh Erra Fazira.








Soalnya sekali lagi, perlukah aksi-aksi berahi itu? Jangan cakap pasal hukum agama, kerana semua orang tau hukumnya beraksi sebegitu. Tak ada cara lainkah wahai Sang Sutradara bagi menggambarkan watak seorang perempuan miang dan seorang  lelaki berahi?
JR kadang-kadang nak tergelak dengan telatah artis-artis Melayu kita yang memang mudah menunjukkan alur-alur objek yang seharusnya disembunyikan dalam baju atau kain mereka. Mungkin bagi pengarah dan artis-artis kita, itu namanya 'kemajuan', semua boleh dipertontan, termasuk bahagian-bahagian aurat yang patut ditutup. Sayangnya bila ada anugerah-anugerah filem antarabangsa nama artis-artis yang suka berpakaian ghairah itu jarang muncul sebagai pemenang untuk mengharumkan nama Malaysia. Yang setiap tahun filem mereka sering menang ialah filem-filem Iran yang pelakonnya tidak pun mendedahkan aurat mereka. Pelik kan? Orang putih dan orang bukan Islam yang mengadili filem nampaknya lebih menghargai jalan cerita dan mutu lakonan yang menggetar jiwa, sebab itulah tanpa aksi ghairah dan tanpa perlu menyelak  pakaian pun, filem Iran sertra aktor dan aktresnya sering menang dalam anugerah antarabangsa...

(Sumber foto: Bulan Purnama)

15 comments:

  1. artis malaysia kan nak gempak jer... oopst!

    ReplyDelete
  2. entahlah, memang tak perlu pun

    ReplyDelete
  3. tak perlu kan semua tu..filem melayu dh xde modal lain..padahal kalau buat cerita agama lagi baik..

    ReplyDelete
  4. Eeeei!! memang dasyat la...jasmin Hamid....Sokong gan Arra Ahmad...buat la...cerita pasal Agama mesti ramai yang tengok...

    ReplyDelete
  5. Entah la. nak komen rase macam dah letih la die org ni. Mcm ni la LU PIKIR LA SENDIRI....

    ReplyDelete
  6. biler agma diketepikan....

    ReplyDelete
  7. Azmie: Oops...setuju!!

    ReplyDelete
  8. Nurulhanif: Memang dahsyat!!

    ReplyDelete
  9. Sharinginfoz: Sesetengah artis kata ia perlu utk publisiti!!

    ReplyDelete
  10. Arra Ahmad: Setuju, kita perlu berpijak di bumi nyata

    ReplyDelete
  11. Ciki Rose Cute: Memang setuju perbanyakkan cerita agama...

    ReplyDelete
  12. Pena Rozie: Masalahnya artis kita ni jenis tak mkn saman...

    ReplyDelete
  13. L: Bila agama diketepikan, tunggulah pembalasan drpd Allah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....