»

05 May 2011

Awek Ini Umur 30, Tapi Wajah Seperti 14 Tahun..Ikuti Rahsianya......



Xia Da adalah salah seorang penulis kartun yang cukup terkenal di Jepun. Yang menjadikan dia terkenal ialah kerana wajahnya yang tak makan tua dan keanak-anakan.  Xia Da kelihatan seperti dara sunti berusia 14 tahun dan tidak ada yang menyangka usia sebenarnya ialah 30 tahun.

Korang pembaca blog JR ni nak tau apa rahsia keremajaan Xia Da? Ah, malang sekali kerana sebenarnya mengikut Xia Da yang berasal dari Hunan, China itu, dia tak punya rahsia apa-apa!!
 
Sebenarnya dibandingkan dengan  orang Barat, orang Asia seperti Xia Da  selalu nampak lebih muda meskipun umurnya sebaya. Bagi orang Barat, wajah orang Asia umur 30-an tahun kadang-kadang terlihat seperti remaja umur belasan tahun. Sebab itu kot orang Barat bila datang ke Timur (termasuk Malaysia) suka mencari awek yang kulitnya kuning atau sawo matang untuk dibuat teman tidur!!
 
Korang tau tak apa yang membuat wajah orang Asia nampak awet muda?
 
Sebenarnya  bukan hanya orang China seperti Xia Da saja yang awet muda, sebagian besar orang Asia (termasuk korang...tapi jangan perasan tau...) punya keistimewaan genetik yang membuatnya selalu nampak lebih muda dibandingkan orang Barat.

Perbezaan itu terletak pada struktur wajah berikut ini, seperti yang diperolehi dari sumber Methodsofhealing:

1. Komposisi Lemak Wajah 
Beberapa ahli meyakini perbezaan komposisi lemak di wajah menyebabkan orang Asia tidak mudah mengalami kulit kerepot. Bagi orang Asia, penumpuan lemak lebih banyak terjadi di sekitar mata, sehingga kantung mata tidak mudah mengendur.

Lemak di sekitar mulut juga lebih banyak, sehingga garis tawa (kerutan yang timbul ketika tertawa) tidak mudah terbentuk pada wajah orang Asia. Orang Barat sebaliknya memiliki lemak yang  sedikit di bahagian tersebut sehingga lebih cepat mendapatkan garis-garis atau kerutan di wajahnya.

2. Warna Kulit 
Orang Asia terutama yang berkulit kuning langsat atau sawo matang punya pigmen yang melindunginya dari efek buruk radiasi sinar ultraviolet. Berbeza dengan kulit wajah orang Barat yang cenderung putih pucat, pigmen yang melindunginya adalah sedikit sahaja.

Selain memiliki lebih banyak pigmen atau zat yang memberi warna kulit, kulit orang Asia memiliki tekstur yang lebih lembut. Kulit yang lembut cenderung lebih cepat mengalami regenerasi, sehingga kulit mata cepat digantikan dengan sel-sel kulit baru.

3. Bentuk Wajah 
Kesan lebih muda juga dipengaruhi oleh bentuk serta tata letak berbagai komponen wajah, misalnya darjah  kemiringan mata yang membuat wajah orang Asia tampak agak sayu. Bibir tipis juga memberi kesan keanak-anakan, sementara orang Barat umumnya memiliki posisi mata yang tegas dan bibir yang tebal.

Orang Asia juga memiliki posisi tulang pipi yang agak tinggi, yang jika dikombinasikan dengan tebalnya lapisan lemak di pipi akan memberi kesan wajah yang bulat. Ditambah dengan dahi yang rendah, maka wajah orang Asia kelihatan seperti anak patung yang comel!

Kesimpulan
Kesimpulannya bagi JR, wajah orang Asia lebih menarik dari wajah orang Barat. Hanya kita yang tak bersyukur dan selalu mahu menjadi kebarat-baratan...hingga rambut yang hitam pun diwarna perang..

(Digarap JR Dari Info Ikada News)

7 comments:

  1. 14? macam umor apple . . tpi orang ingat da umor 20!

    ReplyDelete
  2. go go orang asia. hehe tapi memang muke perempuan nampak sangat muda

    ReplyDelete
  3. Mish Apple: Si-manis 14...

    ReplyDelete
  4. farahroslan: Yesss...amazing..Dan bersyukurlah dengan apa yg ada...

    ReplyDelete
  5. Freaky: Wajah Freaky pun sentiasa muda seperti 15 tahun....

    ReplyDelete
  6. sama mcm aku umur dah 31 anak sorg tp muka mcm umur 20...ada bgs n tak bgs muka budak nie...yg bgs sentiasa nampak muda yg tak bgsnye tak de org nak tackle(ms blm kawin dl) coz org sangka msh sekolah menengah tak blh nak buat nikah pd hal umur dah 25thn...sedih huk3x

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....