11 February 2016

Filem Deadpool: Alahai..Teruknya Bahasa!!


Sejujurnya JR lebih teruja nak tengok filem Ola Bola dari Deadpool.

Mengapa Ola Bola? Mungkin kerana publisiti terhadap Ola Bola sungguh hebat!  Kononnya Ola Bola adalah filem pertama yang lari dari tema lapuk filem/drama Melayu yang asyik-asyik berkisar tentang cinta bodoh, berebut harta cara tak masuk akal, gangsterism, polis baik lawan gangster jahat, rempit tak guna otak, mesti ada watak Datuk/Datin yang meloyakan, bla, bla, bla....



Kononnya Ola Bola filem Melayu pertama yang dapat kutipan RM2.5 juta lepas 4 hari masuk panggung dan dapat kutipan RM8 juta lepas 2 minggu masuk panggung. Sesuatu yang hebat untuk sebuah filem Melayu yang diarahkan oleh seorang pengarah bukan Melayu dengan pelakon berbilang bangsa yang tak pernah dikenali sebelum ini.

Jadi JR sangat teruja nak menikmati kehebatan filem ini di panggung dan bukan tengok video di rumah. Kebetulan Isnin dan Selasa lepas semua anak-anak berkumpul dan bercuti di rumah sempena Raya Cina.

Dan Isnin lepas (8 Februari) anak-anak ajak tengok Deadpool dan bukannya Ola Bola. Mereka tak nak tengok Ola Bola kerana kata mereka ia mungkin sama dengan drama Melayu lain yang mereka anggap sebagai drama badut dan sampah. Kononnya ramai yang teruja menunggu filem Deadpool yang akan mula masuk panggung wayang Amerika pada 12 Februari. Kata mereka beruntunglah orang Malaysia yang dapat tengok Deadpool 4 hari sebelum ditayangkan di negara pengeluar filem itu sendiri.


Sebelum masuk panggung, JR dah review Deadpool dan ramai yang kata ia memang filem terbaik tapi terteruk. Sebab teruklah kerajaan China yang mengamalkan komunisme itu mengharamkan Deadpool. Faham-fahamlah negara komunis, semua yang teruk diharamkan, hanya benda-benda yang baik dibenarkan di negara komunis.

Sampai saja di kaunter tiket (kami beli tiket melalui online), petugas dah tanya: "Ada tak yang berumur 18 tahun ke bawah?". 

"Tak ada...". kata JR sambil menjeling anak bongsu perempuan yang umur belum genap 17 tahun.

Patutlah kerajaan China mengharamkan filem ini. Ia filem yang tak patut ditonton bukan sangat kerana aksi ganas dan ngerinya tapi dialog seksis dan mencarut dari awal hingga akhir yang dituturkan oleh para pelakonnya  terutama  Ryan Reynolds yang memegang watak utama sebagai Wade Wilson. 

Deadpool mengenai kisah seorang pesakit kanser tahap akhir yang berperwatakan gila-gila yang teramat gila yang gemar menggunakan bahasa kasar lagi gila bernama Wade Wilson. Hanya ada satu cara bagi menghilangkan kanser yang dihadapi Wade Wilson iaitu dengan melakukan eksperimen sains yang menyakit dan mencacatkan tubuhnya. Eksperimen sains itu mengubah rupa bentuknya menjadi Deadpool, sebuah mesin pembunuh yang tangkas dan kebal berwajah hodoh hingga memaksa dia memakai topeng bagi melindungi kecacatan tubuhnya. 

Rasa dendam terhadap saintis yang menyiksa fizikalnya hingga menjadikan wajahnya hodoh, Wilson bertindak balas untuk menghapuskan mereka. Dan di situlah bermulanya aksi-aksi ganas tapi melucukan dengan bahasa pertuturan yang teruk, lucu, seksis dan mencarut. Pertarungan si-jahat melawan si-jahat!!

JR tak boleh bayangkan jika filem ini ditonton di rumah dalam bentuk video yang tak ditapis oleh Lembaga Penapis Filem, entah tahap manakah lagi teruknya aksi dan pertuturan  Deadpool

Selamat menonton...

8 comments:

  1. ooo.. bukan tontonan umum rupanya.. fuh.. selamat, sebab dak Kakak ajak tengok filem ni.. fuh.. selamat..

    ReplyDelete
  2. Ohhhh... macam tu ceritanya. Hari ini anak kakcik yang memasuki usia 19 tahun bawa adiknya yang berusia belum 15 tahun dan sepupunya yang belum 16 tahun menonton filem itu... Alamak!

    ReplyDelete
  3. Urmm.. tak layan movie sangat tp macam menarik juga deadpool tu

    ReplyDelete
  4. last skali tengok movie 'the martian' itupun kat astro best.... anak kecik lagi ni mmg susah nak ke panggung wayang.

    ReplyDelete
  5. dah lama tak layan wayang...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Saya & family dh tengok Ola Bola. Rasanya lebih baik Ola Bola dari Deadpool. Jalan cerita dan setiap watak yang dibawakan dlm OB sungguh menarik dan hidup walaupun majority bkn pelakon popular (except BP). Thumbs Up!!

    ReplyDelete
  7. Ada kawan saya yang warning awal-awal sebelum saya pergi tengok cerita tu.

    Rupa-rupanya...

    ReplyDelete
  8. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....