Beberapa hari lepas heboh di media sosial tentang cadangan seorang Ahli Parlimen Belia untuk menghalalkan ganja. Alasannya ganja tak dianggap sebagai dadah oleh orang-orang muda. Yang lebih heboh bila seorang pemimpin tinggi kerajaan juga sokong idea itu.
Kata JR kepada isteri, di negeri lain termasuk Kedah mungkin ganja haram. Memiliki dadah dalam jumlah yang banyak boleh dihukum gantung mandatori. Tapi tidak di Perlis. Di Perlis ganja halal! Itu pengalaman JR masa kerja di Perlis 10 tahun dulu.
Di Perlis, tak kira di Kangar, Arau, Kula Perlis hingga Padang Besar, orang boleh makan ganja sambil minum teh ais di restoran atau gerai tepi jalan. Polis tak tangkap sebab polis sendiri pun suka makan ganja.
Kalau tak percaya, pergilah kedai nasi mamak di Perlis dan order 'nasi ganja'. Tak pernah ada orang yang tengok dengan pandangan curiga kerana nasi ganja memang halal di Perlis.
Sebenarnya di Perlis nasi kandar dipanggil nasi ganja. D Kedah nasi ganja dipanggil nasi mamak atau nasi kandaq.
Mengapa di Perlis nasi kandar dipanggil nasi ganja? Ada dua teori mengenainya:
~ Bila kerap makan nasi kandar boleh buat orang ketagih macam ketagih ganja.
~ Dalam nasi kandar ada campuran herba penyedap masakan dipanggil kas-kas yang diimport dari India. Kas-kas kononnya bukan saja bahan penyedap makanan tapi ia bertindak sebagai bahan yang boleh membuat orang ketagih bila kerap memakannya, kesan yang sama seperti orang yang selalu hisap ganja.
Sebenarnya nasi ganja bukan saja dijual di Perlis, di Ipoh juga ada restoran nasi ganja yang sangat terkenal. Cuma JR sendiri tak pernah makan nasi ganja Ipoh, tak tau sama ada ia lebih sedap dari nasi ganja Perlis...
Apa pun jika korang ke Perlis korang boleh order nasi ganja di kedai makan mamak tapi jangan sesekali cuba order ganja, nanti silap haribulan masuk lokap polis...
Di Ipoh juga ada nasi ganja yang popular...
ReplyDeleteBaru tadi kakcik tengok di TVi (saluran 180) ada mee racun! Mungkin sebab makan sampai 'pengsan' kot...siap ada tulang gear box...
Kalau dah suka, hari-hari pun sanggup makan.. ;) takde istilah jemu dalam diri.
ReplyDeleteJenuh ketagihh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Encik, Maaf saya tak tahu cara lain untuk menghubungi tuan. Saya ingin bertanya sekiranya tuan sudi review laman web kami, sebuah laman web bagi pencarian bilik sewa dan housemates/roommates yang baru dilancarkan awal Oktober 2015. Selain dari itu, adakah pihak tuan menyediakan ruang sekiranya kami menyediakan sebuah artikel untuk dikongsikan diruangan blog tuan? Terima kasih saya dahulukan.
ReplyDeleteSyahmi +6011-15359165
hahaha ok ..aku hampir tertipu di permulaannye.....
ReplyDeleteaahh mmg ada nasi ganja .... tp aku ni yg hilang ingatan ...lama x pi belah sana
Hello JR, I chanced upon your nice blog, this coming to you from Canada. Bahasa saya suda out of tune, but boleh faham 32%, ha ha...and yes, tu makan ganja chari pasal!
ReplyDeleteI am proud to say I have never tried it nor any other obat. Aspirin, minyak chap kapak bila otak ta'centre, itu sahajah.
And where we are, ada juga to ganjah problems, often being smuggled across from US, Mexico by Indian natives
But its more tu Mat Salleh's going for it. Chari pasal tu!
Me? My only sin, ha ha..itu Lucky Strike rokok lepas my iced coffee. But Ganjah, no way, man!
You have a nice day.
Best regards,
Lee.
suspen je..rupanya nasi kandar@nasi.ganja
ReplyDeletepusulabet
ReplyDeletesex hattı
https://izmirkizlari.com
rulet siteleri
rexbet
J0QW
ıldır transfer
ReplyDeletegüzelbahçe transfer
foça transfer
mordoğan transfer
aliağa transfer
ZFXEZ