Tadi JR terbaca dalam satu blog, cik blogger tu kata bertuahnya mereka yang dapat melihat entiti paranormal. Dia kata dirinya malang kerana tak berpeluang nampak entiti paranormal.
Bertuah? Bertuah kau kata?
Bertuah dapat tengok jin, iblis, syaitan dan mereka yang satu spesis dengannya?
Allah dah cipta kau cantik-cantik, tutup pandangan kau dengan hijab supaya tak nampak alam ghaib, yang kau minta dibuka hijab untuk nampak alam ghaib tu..apa pasal pulak?
Kalau kau nak tengok sangat segala macam jin dan iblis kau pergilah jumpa mereka yang mahir alam ghaib, mungkin mereka boleh tolong buka sekejap hijab di minda kamu. Lepas hijab dibuka kau akan nampak macam-macam. Lepas tu baru kau tau seronok tak seronok nampak alam ghaib.
Bayangkan lepas hijab terbuka, sedang makan kau nampak makhluk bertanduk dan bermata merah sedang menjelirkan lidah berkongsi makanan kau. Kau pergi masuk bilik air nak kencing nampak makhluk itu sedang mencangkung dekat lutut kau tersenyum melihat kau sedang kencing. Nak tidur pula tengok makhluk hitam berkilat sedang menyeringai di sebelah kau. Amankah hidup kau jika hari-hari ada saja benda pelik yang kau nampak?

JR sendiri ditakdirkan Allah seperti terselak sikit hijab..Terselak sikit aje, kadang-kadang boleh nampak alam ghaib, tapi bukan selalu. Sebab itu JR pernah jumpa macam-macam benda ghaib (ada yang pernah diceritakan dalam blog ini). Pernah nampak entiti berbentuk perempuan tua, lelaki tua, objek putih panjang dan besar bergolek dan berhenti di tengah jalan, bola api terapung di udara di depan mata dan macam-macam lagi. Pernah juga dengar bunyi benda-benda pelik tanpa wajah.
Yang paling kerap nampak di rumah JR tinggal sekarang (kelmarin pun nampak) adalah sesuatu (seperti manusia) yang melintas cepat di depan mata dan hilang sepantas kilat. Kadang-kadang ada seperti yang memerhatikan JR, bila toleh muka nak tengok, dia hilang. Nasib baik cuma JR yang kerap nampak (biasanya di dapur bila berseorangan), ahli keluarga lain tak pernah nampak.

Bagi JR, kebolehan melihat alam ghaib bukanlah satu kelebihan, ia satu kecacatan, satu ketakutan abadi. Ia agak menggganggu, walaupun bila dah biasa melihatnya rasa takut semakin kurang, tapi rasa takut itu tak pernah hilang 100%.
Sebab itu lepas solat antara doa JR ialah agar Tuhan menutup hijab itu, tutup serapat-rapatnya!
Sebab itu lepas solat antara doa JR ialah agar Tuhan menutup hijab itu, tutup serapat-rapatnya!
Oh...kakcik pun tak mahu hijab yang itu terbuka...
ReplyDeleteBab bayangan melintas di dapur memang selalu kakcik 'nampak', tapi cukuplah setakat itu... (meremang pulak bulu roma waktu menaip ni)...
yan pun tak nak hijab dibuka.
ReplyDeletecukuplah pengalaman yang ada...tak nak nampak lagi
Ada pulak kata bertuah ye JR..
ReplyDeleteTak tahu betapa takutnya jika terlihat wajah2 yg menakutkan tu..
CH pun minta di tutup serapat-rapatnya hijap tu utk CH..
Kekadang tido malam terasa org menarik ibu jari kaki pun dah terasa takut dan terganggu tido..
Apa tah lagi jika terlihat..
kite pun tak nak hijab terbuka..huhhuhuhu
ReplyDeletebetui sy pun tak mahu .... gile ke ape ...sy nk hidup aman ... karang mcm2 pulak yg dtg minta tlg sy mcm cerita ghost tu ....
ReplyDeleteTak mau ..tak mau....
ReplyDeleteTak mau ..tak mau....
ReplyDeleteItulah namanya manusia, tak pernah puas dan bersyukur dgn apa yg Allah bagi, padahal apa yg Allah bagi tu itulah yg terbaik buat dia..
ReplyDeleteSaya tak nak.. cukuplah dengan keadaan semasa ni., dah bersyukur sangat2.
ReplyDeleteada pulak?orang yang senang nampak tu selalu mintak hijab tertutup,tak larat dah nak mengadap, sampai tahap dah biasa.
ReplyDeletesaya pun sama, semoga tak akan terbuka..aku tak kacau kau, maka janganlah kacau aku ye
saya ada seorg anak buah . umur 17 thn lelaki . hijabnya dibuka dari kecik lagi . seksa tau . naik motor malam2 nampak pontianak ata pokok petai , nampak pontianak bertenggek atas jambatan , masa dia 12 thn , nampak pontianak mata tergantung merah menyala sebelah bilik air time maghrib dan byk lagi . tu belum lagi terjaga dari tidur nampak suster ngesot ke arah dia ... tapi sbb dah biasa , dia jadi kuat dan ada juga amalkan rukyah ... jgn diminta benda camtu , nanti Allah makbulkan , jadi kes lain pula ...
ReplyDeleteAstagfirullah menakutkan..kadang kala kata itu suatu doa, jika makbul padah jadinya tu..inilah kelebihan kita manusia hambaNya..Allah jaga kita sebaik kita ingat Allkah di man2 ni JR. hebat infor ni saya suka dapat pengajaran..
ReplyDelete