30 December 2015

Korang Pilih Brunch Atau Linner?


Ada seorang kawan tu dengan bangga kata dia tak pernah ambik breakfast, dia selalu ambik brunch (breakfast yang dilewatkan hingga waktu lunch).

JR memang tak pernah skip breakfast. JR berpegang kepada kata-kata cikgu  masa sekolah dulu bahawa orang yang selalu skip breakfast akan mudah gemuk, mudah dapat penyakit.. Ini kerana orang yang skip breakfast akan  bantai makan cukup-cukup macam pengemis kebuluran waktu lunch. Lagi pun waktu pagi metabolisme tubuh tinggi berbanding tengahari bila metabolisme semakin mengendur. Rugilah jika waktu metabolisme tubuh tinggi kita biar perut kosong, waktu metabolisme tinggi pula kita bantai makan cukup-cukup.

Sebab itu sejak dulu JR tak pernah brunch. Cuma perut JR tak boleh terima breakfast terlalu awal. Selalunya JR breakfast antara pukul 10-10.30 pagi. 


Yang JR selalu buat ialah linner (lunch yang dilewatkan hingga hampir waktu dinner) sekitar pukul 6 petang ke atas. Maknanya waktu tengahari (12.00 tengahari - 2.00 petang) memang JR tak pernah makan, waktu itu waktu puncak yang JR sangat sibuk. Malam pula JR tak pernah ambik dinner. Kalau perut sedikit berdendang sekitar pukul 9.00 malam, JR pujuk perut dengan 5 sudu oat o (oat kosong) panas. Tapi kerana dah terbiasa makan pukul 6 petang, memang malam jarang sangat perut rasa lapar.

JR tau brunch tak bagus untuk kesihatan tapi JR tak pasti sama ada linner juga tak bagus. Mungkin pakar kesihatan boleh menerangkannya...


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. yang skip breakfast juga antara yang 'berpeluang' mendapat stroke. ibu_suri adalah contohnya...

    ReplyDelete
  3. sy mkn .... 4 atau 5 kali sehari .... selagi tak tidur selagi tu mkn ....
    4-5 kali tu mkn berat ... yg ringan ... kerap kali ....
    nasib baik jenis tak gemuk2 tp risau juga...skrg ni penyakit dtg dr mknanan kan

    ReplyDelete
  4. biasa pagi2 cume minum kopi je secawan..dalam kul 10 pagi baru makan pagi..

    ReplyDelete
  5. Rutin saya bila hari bekerja, saya sarapan antara jam 8:00pg hingga 8:30pg, paling lewat pun pukul 9:00pg. Jarang skip atas 2 sebab:
    1. Ikut kata sorang cikgu india dulu, sarapan tu penting sebab tu orang muslim boleh bertahan puasa sepanjang hari dengan bersahur je.
    2. Kos beli sarapan murah sikit berbanding tengahari, jadi...
    ...saya pun kerap skip tengahari. Bila makan pagi dengan kuantiti yang cukup, confirm bertahan sampai petang. Lagi pun kalau pergi lunch ni makan masa panjang, baik tidur je, sesekali boleh la. Bila takde kerja baru petang tu pergi cari makanan, atau makan malam kat rumah je.

    ReplyDelete
  6. selalu terlajak makan srapan pagi....paling lewat pukul 11

    ReplyDelete
  7. Bunda sarapan dalam pukul 7 pagi lebib kurang gitu lah...makan ringan2 jer...
    Lunch kul 11 keatas....baru makan yang berat...

    ReplyDelete
  8. Asalam..iya ke JR ada ya yang tak ambil sarapan..alamak Etuza hari2 kena sarapan tau apa lagi lah isteri masak..mee goreng huuu kan sedap tu..

    ReplyDelete
  9. saya ni kurus n low bp, so memang takkan skip breakfast, lunch n dinner..huhu.cuma kena pastikan dinner tak lewat sangat.orang kurus pun boleh kena macam2 penyakit gak kan kalau tak hati-hati

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....