25 December 2015

Islam Vs Kristian: 5 Cerita Teladan Menarik


Semalam hari Maulidur Rasul, hari ini pula hari Krismas. Sempena 2 perayaan penting penganut Islam dan Kristian itu JR nak kongsi 5 cerita menarik untuk korang:

Cerita 1
Pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad, orang-orang Islam di Mekah semakin terancam oleh orang-orang kafir Quraish. Akhirnya kerana keadaan menjadi semakin tak terkawal, Nabi memerintahkan orang-orang Islam Mekah berhijrah ke Habshah. Walaupun Habshah sebuah negara Kristian tapi Raja Najashi yang memerintah Habshah mengisytiharkan orang-orang Islam sebagai kaum yang akan dilindungi dan sentiasa selamat di negaranya. Apabila satu rombongan pemerintah kafir dari Mekah datang ke Habshah untuk membawa balik orang-orang Islam ke Mekah, Raja Najashi tidak membenarkannya. Raja Najashi berkata orang Islam adalah sahabat-sahabatnya dan mereka akan sentiasa dilindungi sepanjang berada di negara Kristian Habshah.


Cerita 2
Kejadian ini berlaku pada bulan Mei 2013. Sebuah masjid di Aberdeen, Scotland tidak dapat menampung solat jemaaah kerana bilangan penganut Islam yang semakin berkembang di Scotland. Simpati dengan masalah orang Islam yang terpaksa bersolat di luar masjid, pihak gereja St John Episcopal  yang terletak di sebelah masjid itu menawarkan sebahagian dari bangunan gereja yang tidak digunakan untuk kegunaan jemaah Islam bersolat. Paderi gereja memberitahu dia bersimpati melihat jemaah terpaksa bersolat di luar masjid ketika suhu berada di paras beku. Akhirnya masalah orang Islam di kawasan tersebut selesai...

Cerita 3
Kejadian ini berlaku pada tahun 2012 di Hebron, Palestin. Askar-askar Israel mengejar sekumpulan remaja Palestin yang membaling batu ke arah mereka. Dalam keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan diri, sebahagian remaja itu menghampiri sebuah gereja. Paderi gereja segera membuka pintu gereja dan meminta kumpulan remaja tersebut bersembunyi di bilik khas di dalam gereja. Apabila askar Israel memasuki gereja mereka gagal menemui kumpulan remaja tersebut yang dijaga dengan baik oleh kakitangan gereja.

Cerita 4

Ketika terjadi rusuhan Islam-Kristian terbesar di Mesir pada Ogos 2013, sekumpulan remaja Islam menubuhkan skuad khas melindungi gereja-gereja Kristian dari ancaman pihak militan Islam. Mereka berkawal 24 jam melindungi gereja terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai penganut Kristian seperti di Iskandariah dan Naga' Hamdi.

Cerita 5: Kejadian ini berlaku 3 hari lepas di Kenya. Pengganas al-Shabaab yang terkenal dengan aktiviti pembunuhan penduduk bukan Islam menyerang sebuah bas di Mandera, Kenya. 10 pengganas al-Shabaab yang lengkap bersenjata meminta orang Islam memisahkan diri daripada orang Kristian kerana mereka mahu membunuh semua orang Kristian dalam bas. Tetapi orang-orang Islam di dalam bas menghalang perbuatan penganas al Shabaab dan berkata mereka tak akan menyerahkan rakan-rakan Kristian mereka kepada pihak pengganas dan jika perlu mereka akan mati bersama penumpang-penumpang Kristian di dalam bas. Akhirnya pengganas al-Shabaab meninggalkan bas itu.

5 comments:

  1. Terima kasih kongsi cerita ini JR..

    ReplyDelete
  2. thanks share cerita ni abang JR..dunia akan lebih aman kalau ramai pihak toleransi dan saling memahami

    ReplyDelete
  3. Maknanya hanya yg berfahaman extremist shj yg sering terjebak menjadi pengganas tanpa mengira apa agama anutannya.

    ReplyDelete
  4. mana2 agama pun tahu membunuh itu salah dan menyelamatkan orang itu perlu ...

    ReplyDelete
  5. Tiap agama ada larangan tu JR..tetapi nafsu manusia yang langgar larangan itu. Contoh mencuri semua agama larang tu tau..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....