02 December 2015

Bateri Henfon Cepat Habis..Ada Penyelesaiannya!


Dah beberapa bulan (sejak bulan puasa dulu lagi) JR hadapi masalah ini. Bateri henfon Asus Zenfon 5 yang JR pakai hampir 2 tahun lepas cepat sangat habis. Ia berlaku sejak bulan puasa lepas lagi.

Bayangkan ketika nak tidur JR charge penuh 100% tapi bila bangun pagi bateri cuma tinggal 50-60%..Ia nampak sangat mengarut apabila dalam keadaan henfon tidur pun tenaga bateri masih digunakan. Kalau sedang main game atau layan internet bateri makan kuat JR tak heran tapi tanpa penggunaan pun makan berpuluh peratus ia sangat luar biasa!

Keadaan itu berbeza sekali dengan keadaan sebelum ini - dulu kalau kalau sebelum tidur charge penuh 100%, bangun pagi bateri masih ada dalam lingkungan 95%-98%.

"Tukar ke iPhone lah bah.." kata anak perempuan bongsu, "Tengok iPhone tak ada masalah.." sambil menunjukkan iPhonenya.

Memang iPhone yang dipakai anak bongsu, anak no 2 dan isteri boleh dikatakan tak pernah hadapi masalah. Tapi JR yang agak kedekut berkira untuk menukar henfon baru tak mengindahkan cadangan anak. Lagi pun selain dari masalah bateri cepat habis, Zenfon 5 yang JR pakai ini tak pernah hadapi masalah lain, dah 2 tahun pakai tak pernah lagi hang, dengan 2 Ram dan prosessor Intel di dalamnya, kelajuannya sangat memuaskan hati...

Cuma masalahnya bateri! Tapi kalau masalahnya bateri, tukar bateri ajelah, tak perlu tukar henfon!

Lalu minggu lepas JR bawa Zenfon 5 ke kedai henfon yang JR beli dulu. Kata pekedai harga bateri baru ialah RM70 tapi kerana stok habis dia akan order bateri baru untuk JR.

Sehari lepas itu JR ke kedai assesori telefon untuk beli kabel henfon kerana kabel yang JR pakai sejak beberapa bulan ini selalu sangat tertinggal di bilik. JR cadang nak beli satu lagi kabel untuk diletak di ruang tamu. Kabel ori Asus Zenfon pula dah lama rosak sejak bulan puasa dulu lagi.

Inilah kabel Remax yang JR beli minggu lepas:


Penutup kabel Remax
Kabelnya tebal dan kukuh

Harga kabel Remax itu cuma RM20. Memang ada kabel Remax pada harga lebih murah (RM15), malah ada kabel dari jenama lain yang harganya cuma RM10 tapi JR takut ia tak tahan lama dan lambat charge.

Anehnya lepas tukar kabel baru, masalah bateri cepat habis tak berlaku lagi. Masalah selesai! Kalau sebelum tidur charge penuh 100%, bangun pagi masih ada baki 96-98%. Kembali seperti sediakala, alhamdulillah...

Sampai sekarang JR tak tau apa kaitan bateri cepat habis dengan kabel yang digunakan. Mungkin kabel murah seperti yang dipakai sebelum ini bagi menggantikan kabel ori yang rosak mengeluarkan bacaan kuasa bateri yang tak betul?

16 comments:

  1. Kabel high speed charger tu JR...logiknya, dia cepat charge. Cuma utk kuasanya maintained dlm bateri ( setelah di cas), bergantung pada bateri...itu pun secara logiknya lah.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak komen JR..
    Sebab tak mahir dgn HP ni..
    Mungkin betul jwpn DZ tu..

    ReplyDelete
  3. Hp saya dah berusia 3 tahun, nak tukat bateri tak tahu bila.. jangka hayat bat sedia ada semakin perlahan.

    ReplyDelete
  4. HMMMtapi mmg penah tgk kat astro tp ingat channel mana ... guna kabel bukan org atau bkan dr jenama yg sama mmg boleh rosakkan bateri dan bateri cepat weak

    ReplyDelete
  5. tuker battery je tu.. sama problem dgn i.. dah tukar dah..

    ReplyDelete
  6. Cemana anak dara JR bleh pakai iphone ni. Nampakyna ayahnya hanya kedekut dan berkira utk beli henfon kepada diri sendiri je. Tapi untuk keluarga tercinta dia pemurah. terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Anak dara saya tu pakai iPhone 5 aje, bukan iPhone 6, hadiah kecemerlangan exam tahun lepas... Mak dia dan abang dia juga pakai iPhone 5..

      Delete
  7. Bunda beli hp baru Asus Zenfon 6 dalam bulan april aritu...mula2 pakai cargernyer macam biasa... tak sampai berapa bulan...lepas raya haritu, tengah dok caj henfon, tiba2 carger boleh meletop... berapi kat suis tu... ingatkan habislah rosak henfon n tv yang sedang on dalam satu plug... rupanyer carger tak boleh pakai dah... rosak...so sekarang bunda guna untuk caj henfon zenfon 6 bunda pakai carger samsung lama...nasib baik ngam...

    Sekarang ni masaalah bateri lambat nak penuh masa caj n cepat habis pulak ...Tang mana silapnyer tu?... nak kena tukar pakai carger zenfon jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Bunda pakai charger remax yg high speed mcm saya pakai tu..bateri cepat penuh..

      Delete
  8. itu ok lagi . saya punya fone pd dah padam wpun baru berusia sethn lebih . mcm x berbaloi je dgn harga membelinya ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  9. JM un ada masalah yg sama...dah tukar bateri baru un sama je hurmmm

    ReplyDelete
  10. pernah alami benda yang sama...tapi punca bateri hp yan cepat habis...bateri kembung...

    ReplyDelete
  11. Smlm pn dah tukar bateri baru asus z5..katanya ori 80 siap pasang..balik2 cas tngk sama mcm bateri lama ketahanannya..xtahu apa masalah..dah guna remix cable harga 30henggit dah..poning den dibuatnya..apa yea masalahnya..bateri cepat hbs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm memamg bateri zenfone5 ni bateri problem.. sama je mcm saya. nak tukar bateri baru ni mcm gamble.. mungkin ok atau tak lepas tukar. penyelesaian sy tukar hp baru..zenfone5 tukar bateri & harap ok balik & sebagai 2nd phone :)

      Delete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....