07 December 2015

Aku Mahu Jadi Novelis!!


Beberapa hari lepas terdengar perbualan anak perempuan bongsu JR - Sha - mengenai novel yang sedang disiapkannya.

Apa...Sha dah jadi penulis novel? Bukan novel Melayu tapi novel omputih pula tu? Aku tersilap dengar ke??

Tak dinafikan, memang Sha sangat minat subjek English sejak sekolah rendah hingga sekarang. Menulis esei dalam bahasa Inggeris, masuk pertandingan pidato bahasa Inggeris dan baca novel Inggeris adalah antara minatnya sejak sekolah rendah hingga di Tingkatan Empat sekarang (2016 Tingkatan Lima).

Tapi setakat dia suka baca novel Inggeris tak mengejutkan JR kerana dah jadi tren remaja masa kini yang suka baca novel. Yang JR sedikit tersentak bila terdengar Sha bercakap dengan abangnya tentang novel sulungnya yang terbit di Wattpad. Terkejut juga JR bila anak jadi penulis novel online di laman yang mempunyai 1.2 juta pembaca sehari. Bukan senang nak tulis novel, JR pun tak pernah tulis novel walaupun cerpen pernah masuk akhbar masa zaman muda-muda dulu..
 
Bila JR tanya, Sha beritau, novel sulungnya itu belum siap lagi, kini baru sampai chapter 7. Dia jangka novelnya akan siap sebelum Krismas ini.


Sha: mencari idea di airport..

Tapi kata Sha, walau belum siap dan baru 6 hari berada di Wattpad, setakat ini sudah lebih 700 pembaca seluruh dunia membaca novelnya. Ramai yang lepas baca novel Sha yang belum siap itu kata mereka setakat ini berpuas hati dengan apa yang ditulisnya. Ada yang kata tak sabar nak tunggu sambungan chapter seterusnya! Bangga sungguh dia, konon-kononnya rasa glamerlah tu bila omputih kata novelnya bagus...

JR juga sangat teringin nak baca novelnya tapi Sha terlalu berahsia. Dia enggan dedahkan apa nama novelnya dan nama yang dipakainya dalam Wattpad. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya dari melepak tak tentu pasal sebelum masuk Tingkatan Lima tahun 2016, elok juga dia gunakan masa terluangnya untuk cuti panjang ini menulis sesuatu yang diminatinya...Mana tau nanti kalau tak dapat jadi doktor atau ahli farmasi seperti yang dicita-citakannya, Sha dapat jadi novelis seperti JK Rowling, Barbara Cartland atau Jackie Collins pula...

Sedikit tentang Wattpad:

~Wattpad adalah laman yang  berpengkalan di Toronto Canada yang menawarkan penulisan novel, puisi dan artikel secara online yang dibaca oleh 1.2 juta pembaca (unique visitors) sehari.
~Setakat ini terdapat lebih 2 juta penulis yang dilahirkan oleh Wattpad di seluruh dunia. 
~Ada juga novel yang dihasilkan melalui Wattpad  telah diadaptasi menjadi filem bertaraf dunia.

Kalau korang mempunyai idea untuk diketengahkan kepada masyarakat antarabangsa, korang juga boleh menulisnya dalam Wattpad..

11 comments:

  1. TAHNIAH Sha... kipidap....
    Sha, acaner nak g ke wattpad tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jadi penulis, kena buka akaun dengan Wattpad dulu dengan beberapa maklumat peribadi kemudian tulislah mengikut bidang yang kita nak tulis ikut format yg disediakan..

      Delete
  2. lepas tu karya novelnya diadaptasi menjadi filem..fuhhhh masyukkk

    ReplyDelete
  3. saya ni bercita cita nak tulis novel dari form 3... tak sampai-sampai. last sekali tulis blog.... syok sendiri...hehe...

    ReplyDelete
  4. Bagus juga Sha ada minat utk menulis Novel tu JR..
    Bertaraf dunia lagi tu..
    Novel Inggeris tu.. bukan senang nak reka jalan cerita tu..
    Tahniah Sha..

    KIPIDAP..
    DUITDEBES..
    DONGIBAB ..
    :)

    ReplyDelete
  5. Wahh...mesti bangga JR! Tahniah Sha! Novel english gituu..

    Saya ni mmg teringin jd novelis..tp satu chapter pun blm pnh terhasil.. :D

    ReplyDelete
  6. Wahh...mesti bangga JR! Tahniah Sha! Novel english gituu..

    Saya ni mmg teringin jd novelis..tp satu chapter pun blm pnh terhasil.. :D

    ReplyDelete
  7. wah bakat sya dari jr rupanya...knp jr tak teruskan menulis seperti zaman muda dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah tulis novel, ia terlalu berat! Saya cuma pernah tulis cerpen dan sajak yg pernah tersiar di Dewan Pelajar tahun 1970an dulu (masa tu Yan belum lahir lagi rasanya!). Sekarang tak pasti Dewan Pelajar itu masih wujud ke tidak..

      Delete
  8. waaa..bukan senang nak jadi novelis tu..
    otak kena fresg giler2 tu

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah.. tumpang gembira.. ;)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....