Syukur alhamdulillah, gaji naik 45%. Kalau dulu gaji RM11,000 sebulan, sekarang gaji dah naik jadi RM16,000 sebulan. Sekali lagi syukur alhamdulillah..
Bila gaji dah naik ringanlah sikit beban sara hidup dalam keadaan poket yang semakin kempis akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang mencanak terutama lepas kena GST 6% sejak 1 April lepas. Sekurang-kurangnya bila gaji naik 45% dapatlah cover sikit kenaikan harga macam-macam benda akibat GST 6% itu:
Tak apalah jika gaji Yang Berhormat Parlimen naik 45%, itu rezeki mereka. Lagi pun ahli Parlimen yang luluskan sendiri kenaikan gaji mereka....memang sangat adillah. Jangan bandingkan mereka dengan kita rakyat marhaen yang tak ada kuasa luluskan kenaikan gaji sendiri, gaji kita bergantung kepada ihsan orang atas, bergantung kepada kedudukan kewangan negara. Bila kewangan negara teruk macam ini, hutang negara naik berkali ganda, tak adillah gaji kita rakyat marhaen ini naik, betul tak..?
Empat hari lepas gaji wakil rakyat Kedah (Ahli Dewan Undangan Negeri) juga naik 50%. Orang Kedah juga tak marah bila gaji wakil rakyat negeri Kedah naik, seperti juga kita tak marah bila gaji wakil rakyat Parlimen kita naik. Itu adalah hak mereka kerana mereka berkuasa luluskan kenaikan gaji sendiri.
Lagi pun Ahli-Ahli Parlimen kita seperti kata seorang Menteri sering ikat perut kerana gaji tak cukup, dulu gaji cuma RM11,000 sebulan. Sekarang bila gaji dah naik RMM16,000, alhamdulillah, mereka tak perlu lagi ikat perut kot...
Lagi pun Ahli-Ahli Parlimen kita seperti kata seorang Menteri sering ikat perut kerana gaji tak cukup, dulu gaji cuma RM11,000 sebulan. Sekarang bila gaji dah naik RMM16,000, alhamdulillah, mereka tak perlu lagi ikat perut kot...
Sekali lagi syukur alhamdulillah...
Syukurlah Malaysia masih aman...
ReplyDeleteKalau banyak komen, pergi duduk kat bulan!
Hehe..abg jr mmg sarkastikkk. :p
ReplyDeleteikat perut pun boroi...klu tak ikat perut??
ReplyDeletesyukur la gaji depa naik byk cmtu.gaji kita je la yg naik ciput.kita x perlu ikat perut wlau gaji ciput...hahahaha
ReplyDeletehaha..ingat gaji Abang JR naik tadi.
ReplyDeletemoga khidmat pun naik 45% juga..jangan gaji naik, prestasi nan hado..
:) Ingatkan gaji sdra JR naik 45%. Dah mula nak rasa jeles dah.. haha
ReplyDeleteHa ah...ingatkan gaji JR
ReplyDelete