07 April 2015

Indahnya Hidup Tanpa Peti Ais


Ini kali kedua JR terbaca tentang cerita kampung yang sangat unik itu dalam akhbar yang sama. Kalau peristiwa ini berlaku di zaman Hang Tuah dulu JR tak heran tapi di zaman ini di mana boleh dikatakan semua rumah di Malaysia mempunyai peti ais, ia agak menakjubkan.


Tetapi itulah yang berkaku kepada penduduk Kampung Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tak sebuah rumah pun di kampung itu yang mempunyai peti ais. Dan peristiwa 'kena sumpahan' tak boleh memiliki peti ais itu ada sejarahnya tersendiri:

Ceritanya bermula 40 tahun dulu. Penduduk-penduduk Kampung Kuala Sungai Pinang seramai kira-kira 2,000 orang, kebanyakannya Cina adalah terdiri dari golongan miskin yang bekerja sebagai nelayan. 

Kerana penduduk kampung itu terlalu miskin ramai kanak-kanak tak mampu meneruskan persekolahan. Ibu bapa sangat bimbang dengan masa depan anak-anak mereka yang tak dapat meneruskan persekolahan kerana miskin. 

Di kampung itu ada sebuah kilang ais yang menjalankan perniagaan membekalkan ais kepada penduduk-penduduk sekitar pekan Balik Pulau. Pihak kilang ais yang bersimpati dengan masalah penduduk-penduduk kampung telah bersetuju mewujudkan satu tabung bagi membantu pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu bersekolah. Pihak kilang juga bersetuju untuk membantu membekalkan peralatan dan kelengkapan untuk sekolah rendah kampung itu - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Chye.

Sebagai balasan kepada keprihatinan pihak kilang mewujudkan tabung bagi membantu sekolah dan membantu pelajaran anak-anak mereka, penduduk-penduduk kampung bersetuju rumah mereka tak akan dilengkapkan dengan peti ais. Jika mereka mahukan ais, mereka boleh beli di kilang itu yang beroperasi 24 jam, kalau ketuk tengah malam pun pekerja kilang akan sedia menjual ais untuk penduduk kampung. Bagi penduduk-penduduk kampung yang mahu memiliki peti ais di dalam rumah, mereka perlu pindah dari kampung tersebut.

Mengikut penduduk kampung itu mereka bahagia dengan kehidupan tanpa peti ais. Yang penting pelajaran anak-anak mereka dapat diteruskan dengan bantuan pengurusan kilang ais itu.

Bila JR terbaca kisah ini, JR terpikir adakah jika peristiwa ini berlaku di kampung Melayu, orang-orang Melayu akan sanggup melakukan seperti apa yang dilakukan oleh penduduk-penduduk Cina Kampung Kuala Sungai Pinang? Apakah semangat untuk meningkatkan pelajaran anak-anak di kalangan keluarga Melayu sehebat semangat keluarga Cina?

Bila terbaca kisah itu juga, tiba-tiba JR teringat kepada seorang kawan lama semasa di Tingkatan Enam dulu. Kawan itu bernama Gan. Gan anak seorang nelayan Cina berasal dari Batu Feringgi, sebuah pekan kecil tak jauh dari Balik Pulau. Sebagai anak nelayan, keluarga Gan juga sangat miskin. Dia pelajar pintar sekolah kami dan JR pernah pergi ke rumahnya yang daif, melawat sekitar kampung mereka yang jauh ketinggalan dari arus pembangunan dan bertemu dengan kedua ibu bapanya yang sangat ramah serta  baik hati.

Perkara yang tak dapat JR lupakan bila ayahnya berkata kepada JR, "Hang orang Melayu sangat nasib baik.... belajar senang dapat biasiswa, kalau ada masalah MARA tolong, kerajaan banyak tolong Melayu, kampung Melayu, sekolah Melayu juga banyak kerajaan tolong .. Nasib Gan kurang baik jadi anak Cina, tak dapat biasiswa, balik sekolah kena kerja..."

Memang zaman itu, kami pelajar-pelajar Melayu di Tingkatan Enam semuanya dapat biasiswa kerajaan Persekutuan, termasuk anak pegawai tinggi kerajaan berbangsa Melayu pun dapat biasiswa. Tapi Gan seorang pelajar Cina yang sangat pintar kerana dia anak Cina, tak dapat apa-apa. Bila masuk Universiti di zaman itu juga sama, semua Melayu dapat biasiswa dan Cina seperti Gan perlu berusaha sendiri cari duit untuk belajar sebab zaman itu belum ada PTPTN...

12 comments:

  1. saya tak dapat gambarkan bagaimana hidup tanpa peti ais..bkn utk minum air sejuk..tp utk menyimpan segala keperluan memasak..

    ReplyDelete
  2. Cerita kilang ais tu JR, sgt ber motivasi..Tentang bagaimana harus kita pentingkan pendidikan, tentang bagaimana membalas budi baik( ini pun sebenarnya konsep bersyukur yg Allah suruh)..

    JR tahu apa jadi pada Gan sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lama terputus hubungan dengan Gan. Perkara besar yg saya tau mengenainya dia seorang yang sangat berjaya dalam hidup dan telah memeluk Islam, alhamdulillah...

      Delete
  3. peti ais dan yan tak dapat dipisahkan....amat2 memerlukan ..betul kata kak kamsiah :-))

    ReplyDelete
  4. erm..honestly tak pernah dengar kisah ni.tapi memang kagum dengan inisiatif kilang ais tu. tak sangka orang kampung tu sanggup berkorban beli barang basah tiap-tiap hari demi sebuah janji.respek!

    kata-kata ayah Gan tu betul..tu sebab anak Cina lagi rajin.anak Melayu plak took for granted.Sayang kan...

    ReplyDelete
  5. tiada peti ais?idea yg bagus...tapi perlukan komitmen yg tinggi utk melaksanakannya..

    ReplyDelete
  6. Bangsa cina memang saling membantu untuk maju. Orang melayu pula memang selalu take things for granted......dah berzaman diberi keistimewaan tapi tak menghargai. Bila tiada keistimewwan baru ada daya saing kot.

    ReplyDelete
  7. Sifat saling membantu dalam diri orang Cina buat mereka akhirnya berjaya dalam bidang yang dipilih..
    Orang Melayu.. lebih suka ambil jalan mudah, malah ada yang lebih teruk, dengki tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya..

    psstt: Kami pernah tiada peti sejuk ketika tinggal menyewa dulu.. tak lama, setahun jelah..

    ReplyDelete
  8. Dah biasa hidup senang... sbb tu kurang menghargai apa yg ada.

    ReplyDelete
  9. saya pernah merasa hidup tanpa peti ais sehingga zaman remaja . x de masalah sebenarnya . cuma tak boleh simpan ikan lah . saya juga dapat biasiswa sejak tingkatan 1 hingga 5 sbb tergolong dlm keluarga miskin ...

    ReplyDelete
  10. Terasa sayu membaca artikel ini.. urmm..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....