13 January 2015

Tikus Pun Pandai Berbahasa Melayu


Pagi tadi bangun tidur dalam pukul 5.20 pagi terus ke dapur. Pergi saja ke dapur, terdengar bunyi riuh rendah atas siling dapur. Binatang tu sedang berlumbalah tu!!

"Cik sitiiiii....." kata JR dengan suara kuat, "Janganlah lumba atas siling nooooo.... bisinglah.. Boleh tak cik siti pi lumba kat luar rumah? Boleh kan..?"

Habis saja JR bercakap suasana yang tadinya bising dengan bunyi tikus berlari atas siling  bertukar menjadi sepi. Seperti biasa tikus atas siling itu sangat friendly, sentiasa mendengar permintaan kami.

Hari Sabtu lepas pun begitu juga. Dalam pukul 10.00 pagi bila JR balik ke rumah dari pasar terdengar seperti bunyi benda digigit atas siling ruang tamu. Entah apa yang sedang digigit oleh cik siti atas siling? Nanti habis siling rumah aku berlubang! 

"Cik sitii..." sekali lagi JR lantunkan suara nyaring tapi lembut, "Jangan gigit-gigit atas tu ye...? Kalau nak gigit-gigit pi la kat dusun sebelah rumah tu, macam-macam boleh gigit..." 

Lepas JR bercakap seperti itu bunyi gigitan atas siling hilang. Terima kasih cik siti!!

Tapi bunyi gigitan itu hilang cuma sekitar 20 minit. Lepas itu terdengar pula bunyi gigitan di penjuru ruang tamu yang lain. Degilnya dia masih nak menggigit!!

"Cik siti.." rayu JR untuk kali kedua, masih dengan suara nyaring, "Tolonglah pi gigit kat dusun luar rumah, makanan mewah di sana. Pi cepat nooooo.."

Lepas itu tak dengar lagi bunyi gigitan atas siling. Nasib baik tikus tu berjaya dipujuk!!

Sebenarnya JR cuma berpandu kepada kata orang tua-tua yang percaya tikus binatang cerdik yang kita boleh berkomunikasi dengan mereka. Cuba pujuk tikus dan jangan sesekali memarahi mereka nanti takut mereka menjadi semakin ganas. Teringat satu peristiwa masa JR bujang-bujang dulu seorang kawan serumah mengamuk sakan bila ada satu tupperware di dapur kepunyaan maknya digigit tikus. Kerana sangat marah dia maki hamun tikus macam-macam.

Tapi esoknya bila bangun tidur kawan itu lebih terkejut bila tengok banyak pakaiannya dalam almari ada kesan gigitan tikus. Satu malam saja misi membalas dendam cik siti telah menghasilkan satu kerosakan yang banyak kepada pakaiannya!

Kira-kira 4 tahun lepas JR ada tengok dokumentari di TV yang mengkaji kehidupan tikus. Terkejut JR tengok rupanya apa yang orang tua-tua kata tentang tikus memang benar. Saintis telah berjaya membuktikan melalui kajian tikus memang binatang cerdik. Mereka mampu berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa mereka sendiri. Sebab itu kalau kita letakkan racun untuk membunuh tikus mereka cuma termakan racun pada percubaan yang pertama dan kadang-kadang kedua saja. Lepas itu jika kita letak lagi racun tikus mereka tak akan datang makan lagi kerana sudah diberitahu oleh rakan-rakan yang lain tempat itu bahaya untuk didekati.

Tikus memang binatang cerdik! Mungkin itu juga sebabnya kalau nak buat eksperimen sains untuk manusia, tikus juga yang digunakan sebagai bahan percubaan? Mengapa tak digunakan ayam, kambing, kucing atau anjing sebagai bahan percubaan??

11 comments:

  1. tikus digunakan sebagai bahan ujikaji sebab antara lainnya ia share genetic composition yg ada persamaan dgn manusia, selain dari segi kos nya murah, dan mudah " diternak" dlm lab ...JR bayangkan harga seekor ayam berapa..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan haiwan mmg ada intelligence mereka sendiri. Dah banyak dah dgr, dolphin, burung gagak, anjing, . Saya pun biasa dgr org kata kena nasihat baik2 kat tikus kalau mereka mengganggu. Lagi satu mungkin aura suara nasihat tu positif dan berbeza dgn aura suara negatif waktu marah tu yg mereka pt detect, sama seperti anjing dpt detect hormon takut kita.

    ReplyDelete
  3. Saya baru saja dapat selessikan masaalah tikus atas siling rumah. bayangkan kalau siling rumah saya dah berlubang angkara ibu_suri nak halau tikus dengan menghentak kayu ke arah siling.

    Saya cuba fikir bagaimana tikus boleh ada atas siling malah kerap terjumpa merayap atas dapur mencuri lauk. Menangkapnya dengan perangkap dah terlalu selalu. yang tak sanggupnya ialah ketika mahu melupuskannya.

    Satu hari saya teringat, ada satu lubang kumbahan di bawah dapur gas saya. Bila di jenguk, sahlah sangkaan saya. Lubangnya tidak di tutup dengan sempurna. Tutup lubang itu, selesalah tidur malam kami berdua dari mendengar dia berlumba lari di atas siling bilik tidur.

    Saya memegang konsep bahawa setiap sesuatu itu berlaku selalunya bersebab...

    ReplyDelete
  4. tikus ni kalau dengar suara orang senyap la kejap..

    ReplyDelete
  5. Teringat pulak cerita chef tikus Ratatouille ke apa tajuknya... :)

    ReplyDelete
  6. Saya pernah bebel2 manja kat cik siti tu.. hubby siap gelak2 lagi tapi kalau kena cara.. takdenya cik siti tu nak gigit/usik barang2 kita.
    Cuma satu je tupperware saya dia sempat gigit2 manja.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. ok, balik kg nanti saya try ckp baik2 dgn tikus2 yg banyak tu..mmg asik main lari2 je atas siling.

    ReplyDelete
  8. teringat kartun tom & jerry lak yg mana sang tikus mmg digambarkan sgt cerdiknya..tak sangka dengan bc entri JR nie dpt bg pengetahuan br ttg che siti..sblm nie pndg remeh jer..lps nie kena beri salam kt dorang nie...heheh

    ReplyDelete
  9. sejak kucing jiran masuk rumah..kes menti ni dah berkurang

    ReplyDelete
  10. tikus selalu masuk dapur dan saya selalu sergah ... haa buat apa tu . tikus memang x boleh dicabar , nanti dia kenakan kita balik ...

    ReplyDelete
  11. confirm ke cik siti kat atas tu, entah entah...... jeng jeng jeng...


    hihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....