05 January 2015

Telefon Bimbit Ke Sekolah - Setuju Tak?


JR tak tau pendapat korang macam mana. Mungkin korang tak sependapat dengan JR...

Tapi JR sangat tak setuju dengan cadangan ni:


Tengok anak-anak sentiasa berkepit dengan henfon pintar kat rumah dah merisaukan ibu bapa, kalau henfon boleh dibawa ke sekolah tak taulah macam mana peningnya kepala cikgu. Nanti masa cikgu ajar dalam kelas pun asyik curi-curi nak buka ternet. Atau pun buat-buat nak pergi toilet, tapi pergi toilet tak buka seluar untuk kencing dan berak pun, cuma untuk buka henfon.

Kalau masa ujian dan exam lagilah ramai yang ke tandas kerana 'sakit perut' dan kemudian buka henfon untuk meniru jawapan...

Sebab tu JR setuju dengan pandangan cikgu-cikgu kita:


Kalau henfon perlu dibawa ke sekolah cuma untuk memudahkan murid hubungi ibu bapa dalam kes kecemasan, benarkan murid bawa henfon ke sekolah bukan jawapan terbaik. Murid-murid boleh buat panggilan kepada ibu bapa mereka dengan menggunakan telefon awam yang ada di sekolah masing-masing. 

Cuma masalahnya JR tengok banyak sekolah yang telefon awam tak cukup. Kesian budak-budak tu terpaksa beratur panjang untuk buat panggilan kepada ibu bapa, terutama bila sekolah benarkan murid-murid pulang awal.

Selain dari telefon awam di sekolah tak cukup, telefon awam yang ada juga banyak yang daif dan tak sempurna. Ada yang tak boleh guna langsung, ada pula yang makan kedarah duit gila-gila.

Kalau telefon awam cukup kat sekolah dan semua berfungsi dengan baik, JR rasa tak ada masalah untuk  murid-murid  menghubungi ibu bapa mereka. Kalau telefon awam di sekolah semua OK mereka tak perlu bawa henfon ke sekolah pun..

13 comments:

  1. Elok juga kalau larang bawa talipon ke dalam masjid...he..he..

    ReplyDelete
  2. Kalau dikaji, rasanya lebih banyak buruk dari baiknya...

    ReplyDelete
  3. Mungkin yg terbaik ambil jalan tengah...pada saya la...iaitu benarkan bawa hp, tapi yg tiada line internet..Sebab dari segi komunikasi, ianya penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan henfon baru yg ada di pasaran skrang ada wifi. Susah nk cari henfon baru yg setaraf dengan Nokia 3310 yg cuma boleh buat call dan sms..

      Delete
  4. banyak yang buruk dari baik, possibilities salah guna tu sangat tinggi.taulah remaja, sedang kita yang dewasa ni pun kadang-kadang tak ikut peraturan

    ReplyDelete
  5. Betul juga tu JR perbaiki public telefon di sekolah tu.. kekadang anak CH nak telefon dah tak boleh guna sebab rosak atau duit dah penuh..
    Setuju juga dgn cadangan DZ bawa telefon yg tiada line internet..

    ReplyDelete
  6. dari dulu lagi saya tak bersetuju budak2 sekolah bawa hp kesekolah..banyak buruk dari baiknya...

    ReplyDelete
  7. pergi sekolah utk belajar , itu tujuan utama mrk . pelajar kat msia ni bkn mcm kat negara lain ... blh jadi mcm2 nanti yg masuk fb n u tube . kita dulu x de henfon pun ok je .

    ReplyDelete
  8. kalu dah bawak tipon kat sekoloh rasa nyer lagi susoh murid2 nak fokus..fikiran asik duk ingat nak buke tipon..parah jgak ni

    ReplyDelete
  9. Setuju la tu JR. Biar la mereka belajar guna telefon analog skit.

    ReplyDelete
  10. budak zaman sekarang manalah nak handphone yang hanya ada sms dan call...tak dipandangnya..

    akan banyak lah berlaku kes kecurian kat sekolah...

    ReplyDelete
  11. Tak perlu lah bawak. Nampaknya lebih pada keburukan dari kebaikan.
    Lagipun nanti kesihatan anak-anak terganggu ramai dok datang jumpa doktor.
    Pening dibuatnya.
    Rawatan nya hanyalah -> campak je hp tu ke dinding.
    Ahaksss...ganas ke ayat saya?
    Hehe...gurauan semata.
    Yang penting, jangan terlalu taksub dengan hp ye adik-adik.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....