27 January 2015

Susahnya Jadi Budak Sekolah Zaman Sekarang!!


Dah jadi kelaziman JR sejak dulu paling lewat pukul 12.00 malam mesti masuk tidur. Kalau letih sangat sebelum pukul 12.00 dah belayar...Pukul 5.15 pagi pula mesti bangun sediakan breakfast untuk budak-budak sekolah.

Malam tadi JR masuk tidur pukul 11.45 malam. Ketika nak masuk tidur nampak anak perempuan JR yang sedang belajar di Tingkatan Empat sedang habiskan kerja rumah di ruang tamu. Malam tadi dia tidur pukul 2.30 pagi, malam ni pukul berapa pagi pula dia nak tidur?

Mungkin kerana minum terlebih air sebelum tidur, pukul 3.15 pagi JR terjaga untuk ke bilik air. Terdengar suara TV masih berkumandang di ruang tamu yang terang benderang.

"Eh..Sha, dah pukul 3.15 pagi ni...tak tidoq lagi ka??" tanya JR kepada Sha yang nampak masih menulis sesuatu dalam buku latihannya di ruang tamu.

"Dah nak habis dah abah... sikit lagi ja, nak habiskan Add Math ni ja. Nasib baik Kimia dah habis tadi. Fizik tak sempat habis, ngantuk sangat ni, esok  cikgu nak marah pun marahlah..."

"Nak tidoq nanti jangan lupa kunci bilik noooo..." pesan JR seperti biasa.

"OK...."

Begitulah budak-budak sekolah zaman sekarang. Di sekolah belajar, balik sekolah cikgu bebankan pula dengan bertimbun kerja rumah. Tapi nak salahkan cikgu pun tak boleh, sistem pendidikan dah begitu - mementingkan kecemerlangan akademik. Apa lagi bagi sekolah-sekolah yang berada dalam ranking tinggi, Pengetua dan cikgu-cikgu akan lakukan apa saja (termasuk beri latihan bertimbun-timbun kepada pelajar) bagi memastikan ranking sekolah mereka akan berada di top 4 sekolah terbaik Malaysia:


Berapa jam sangat budak-budak tu tidur kalau pukul 3.30 pagi masih buat kerja rumah? JR ambik contoh anak perempuan JR yang di Tingkatan 4 itu:

- Bangun tidur pulul 6.00 pagi
- Lepas solat subuh dan breakfast, pukul 6.50 pagi pergi ke sekolah.
- Setiap hari pukul 3.30 petang baru balik sekolah (kecuali Khamis balik pukul 2.10 petang dan Rabu balik pukul 5.00 petang)
- Sampai rumah pukul 4.00 petang lebih...badan dah letih!
- Lepas solat asar mulakan kerja rumah yang bertimbun. Kadang-kadang semua subjek dari BM, BI, Sejarah, Math, Add Math, Kimia, Fizik dan Bio semua ada kerja rumah serentak sehari, kalau nasib baik cuma 4 subjek ada kerja rumah.
- Tidur malam tak menentu - paling awal pukul 1.30 pagi, paling lewat seperti malam tadi pukul 3.30 pagi. Apa yang pasti pukul 6.00 pagi mesti bangun!

Maknannya budak-budak sekolah zaman sekarang cuma tidur purata antara 2.5 jam hingga 4.5 jam atau 5 jam saja. Sejak di sekolah rendah cikgu beritau kita mesti tidur selama 8 jam untuk mendapat kesihatan yang baik tapi kalau cuma tidur 2 hingga 5 jam sehari macam mana nak sihat??

Generasi JR dulu kami bernasib baik cikgu tak bebankan banyak kerja rumah. Ayah JR dulu akan tutup semua lampu rumah setiap malam pukul 10.00 malam, pukul 6.00 pagi JR digerakkan untuk bangun tidur ke sekolah. Maknanya setiap hari JR tidur selama 8 jam.

Tapi zaman itu nak tidur 8-10 jam sehari pun tak ada masalah sebab kerja rumah tak banyak atau hampir tak ada! Bukan sebab cikgu zaman dulu pemalas tapi sistem pendidikannya dah begitu pada zaman itu...

Sebab itu kot orang sekarang muda-muda lagi dah kena berbagai penyakit. Dah la makan tak teratur dan tak seimbang, tidur juga tak teratur dan seimbang...segalanya caca merba....

9 comments:

  1. itu yg bersekolah menengah...sekolah rendah pun homeworknya menimbun...

    ReplyDelete
  2. Masa anak saya belajar 20 tahun dulu pun dah memang gitu. kerja sekolah melambak-lambak. bila dia tak faham nak menyiapkana, sayalah yang terpaksa membantu sambil meletak rotan di sebelah.

    Saya membantunya menyiapkan kerja sekolah hingga saya tersengguk. Dan kerana mengantuk itulah agaknya, cepat naik marah. Nassib baiklah lantai itu keras dan tak reti berkata sakit...

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya antara cikgu pun kena ada persefahaman dan perbincangan. Tak sepatutnya tiap2 matapelajaran perlu ada kerja rumah setiap hari. Itu belum lagi ada aktiviti petang kat sekolah.

    ReplyDelete
  4. Moga Sha sihat dan kuat hendakNYA. Kita tak cukup tidur pun letih waktu siang, apatah lagi budak sekolah.

    ReplyDelete
  5. saya sedih jugak tengok adik saya tingkatan 5 pun camtu. sekolah tetapkan ranking tinggi sangat...

    ReplyDelete
  6. Kualiti hidup dah takde kan JR..
    Budak sekolah dah hidup nya sesak macam orang bekerja.
    Bila masa nak beriadah?
    Bila masa nak bersosial dengan keluarga & kawan2?

    ReplyDelete
  7. betul tu dz..kalau tak siapkan kena denda dgn cikgu...sha ni dah mmg budak pintar jadi tak ada masalah nak mndisplinkan diri...lbh2 lg mata pelajaran susah2 belaka isi kandungannya..yan sendiri pun tak reti nak mnjawab...

    ReplyDelete
  8. Alahaii..siannya.
    Ermmm..memang bukan salah cikgu.
    Sistem pendidikan tu yang membebankan.
    Tapi, saya pun xreti nak bagi cadangan.

    ReplyDelete
  9. JR, rasa macam dah pernah baca je entry ni dulu. Repost ke? hehe.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....