Sebenarnya JR ni bukan minat sangat dengan roti canai. Masa muda-muda dan masih bujang dulu memang suka sangat roti canai. Tapi bila usia dah semakin masuk senja ni, gerun pula tengok minyak berlambak yang dilumur pada roti canai!
Tapi bila 2-3 hari lepas ada kawan kata satu gerai roti canai di Alor Setar, roti canainya sangat sedap dan unik, teringin juga JR nak pi cuba. Nama gerai itu Din Roti Canai, terletak di lorong kecil berhampiran jalan Sekolah Teknik Alor Setar. Lima kilometer saja dari rumah JR.
Ikut kata kawan itu lagi, bukan saja roti canai di gerai itu sedap, tapi ada satu pelaris yang makin menyedapkan rasa roti canainya: pekerjanya seorang awek mat salih yang sungguh cun! Yang menambah kelazatan roti canai itu bila awek mat salih itu bertudung litup, nampak macam gadis Arab..
Dan sebentar tadi ketika buka FB terbaca cerita dan gambar mengenai gerai roti canai itu:
Tolong tebar roti canai
Ramai yang minat nak interview dia
Bantu bancuh air
Sedang ambik order dari pelanggan
Awek Mat Salih itu bernama Chantal Viola berasal dari Rome. Dia adalah pelajar sebuah institusi pendidikan di Itali yang terlibat dalam program pertukaran pelajar Malaysia-Itali. Dia datang ke Malaysia untuk belajar budaya dan bahasa rakyat negara ini. Kononnya sekarang dia dah dapat menguasai banyak perkataan Melayu (loghat Kedahlah kot)..
Malangnya pagi ni JR dah breakfast, jadi tak dapatlah nak rasa air tangan awek mat salih tu. Esok lusa kalau ada masa nak try juga pi makan, nak tengok sama ada roti canai Encik Din kita itu benar-benar sedap atau cuma awek itu yang menjadi bahan penyedapnya... Tapi sebelum pi makan, agaknya elok juga JR belajar 2-3 patah bahasa Itali untuk penyedap mulut ketika berbual dengan awek mat salih itu, hehehehe:
Selamat pagi - buongiorno
Apa kabar? - Come stai?
Apa nama cik? (walaupun namanya dah tau) - Qual รจ il nome signora?
Seronokkah tinggal di Malaysia? - felice di vivere in Malesia?
Terima kasih - grazie
hahahaha...
ReplyDeletebagi hafal dulu dialog bahasa Itali tu dulu JR..
mana tau....keh keh keh...
Oh ya JR, minta izin ya..saya bagitau pasal roti canai awek Itali ni di FB saya sekali...:P
ReplyDeletepssst jr..nak tengok p rasa roti canai ker nak ngorat aweks tu..hehe..maaf yer..gurau aje..
ReplyDeleteAmboih dia... nak speaking itali la tu.... (gurau je) All the best.
ReplyDeletewah pasti sedap ni roti canai..nilah kelebihan masyarakat majmuk Malaysia
ReplyDeletemasyarakat kat sana kena hormati wanita tu ya...tak boleh suka hati ja nanti bergurau bergurau juga ..kan dia dah faham bahasa melayu.hehehe cun ya..
ReplyDeleteterbelit - belit lidah nak sebut ... minah mat salih lak selamba je cakap melayu ... heh heh heh
ReplyDeletewahh..memang cun melecun la awek tu...
ReplyDeleteMoga makin murah rezeki Din roti Canai..
ReplyDeletebang JR kena belajar satu lagi ayat dalam bahasa itali iaitu "awak dah berpunya ke?". hehehee...
ReplyDeleteDah breakfast pun apa salahnya pegi minum je. Boleh le amik gambar skali dgn Chantal. Sebelum dia balik Italy nnt.
ReplyDeleteuyo...gadis mat salih tebaq roti canai....gadis melayu pon x pndai tebaq
ReplyDelete