07 December 2014

Malu Dipanggil Datuk


Bulan ini banyak sangat kenduri. Nasib baik hari ni tak banyak kenduri - cuma satu kenduri saja JR hadiri. 

Tadi ketika JR gi makan kenduri rumah seorang jiran, terjumpa seseorang bergelar Datuk. Seperti biasa kalau jumpa Datuk ini jangan panggil dia "Datuk". Panggil dia "Datuk" adalah satu kepantangan nombor satu dalam hidupnya. JR pernah dengar alasan mengapa Datuk ini tak sudi dipanggil Datuk:

"Malu aihhhh oghang pangge Datuk. Bila kita mati nanti malaikat bukan nak pangge kita Datuk pun..."

Dia memang seorang Datuk yang peramah dan sangat merendah diri. Kalau sesekali dengar orang panggil dia Datuk, pahamlah kita si-pemanggil itu mestinya orang luar yang tak tau panggilan yang menjadi kepantangan Datuk kita ini.

Tapi mengapa kalau dah tak suka dipanggil Datuk, bila nak dianugerahkan gelaran itu dulu dia tak menolaknya? Alasannya dia tak nak kecilkan hati pihak yang anugerahkan gelaran Datuk itu kepadanya. Nanti dia dilihat sebagai penderhaka pula kerana tak sudi terima anugerah..

Cerita Datuk yang JR jumpa dalam kenduri tadi mengingatkan JR kepada bekas big boss JR masa kerja di KL dulu. Datuk big boss JR ini juga tak suka dipanggil Datuk. Bagi menghormati pangkatnya sebagai big boss, dia lebih selesa dipanggil "cik" atau encik".

Kalau tanda tangan surat pun dia tak gunakan gelaran Datuk, cukup dengan nama dia bin nama ayahnya. Di pintu bilik pejabatnya juga tak dilekatkan nama "Y. Bhg. Datuk Haroun bin ...", cukup dengan "Encik Haroun bin ....".

JR pernah tanya PA Datuk itu mengapa Datuk tak nak gunakan gelaran Datuk? Jawapan PAnya: "Datuk kata aruah orang tuanya menamakan dia Haroun jadi tak ada sebab untuk dia menambah namanya menjadi Datuk Haroun yang seperti tak menghormati nama yang diberi oleh orang tuanya ..". Semudah itu!!

14 comments:

  1. respect dengan orang macam ni!!gelaran bukan boleh dibawa mati ;)

    ReplyDelete
  2. salam kenal jr...

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Asalam JR selesai baca ni Etuza teringat terus sindiran seseorang pemimpin dekat sini. Etuza terlupa sebut title dia..nah dalam ucapan dia betulkan..so bukan lagi sindiran tetapi pembetulan...ada jg yang mahu sangat kena sebut title...dia pula tak suka jika title tak di sebut dulu..hei ada tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu orang itu sangat menyintai dunia melebihi yang lain...

      Delete
  4. Agak merendah diri datuk tu..Etuza Faham kemahuannya..

    ReplyDelete
  5. IM ada cakap kat ibu_suri, kalau IM dah pergi Haji, IM tak mahu orang panggi Haji IM. cukup panggil nama macam sebelum pi haji.

    nabi muhammad pun tak pernah kita dengar orang panggil nabi haji muhammad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak ramai lagi orang yg letak nama 'haji' di depannya kerana dah ramai pak haji dan bang haji termasuk yg berusia belasan tahun...

      Delete
  6. Mmg sukar nak jumpa Hamba Allah yg sebegini kan JR...
    Memahami erti sebenar hidup di dunia ni.

    ReplyDelete
  7. sy besok2 kalu panjang umur cukuplah cucu2 jer yg panggil 'datuk'...kih3...

    ReplyDelete
  8. Sangat jarang jumpa dengan insan yang tidak memandang pada pangkat sebegini. Dalam urusan kerja pun masih ada yang tak puas hati bila tidak menggunakan pangkat yang dia ada atas urusan berkaitan. eemm..
    Moga Datuk tersebut sentiasa di bawah lindunganNYA hendaknya..

    ReplyDelete
  9. Respect! Nak gain respect tak perlu pun gelaran. Org tetap akan respect.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, susah nak jumpa org gini. Org biasanya suka pada gelaran, walaupun gelaran Haji/Hajah...tetap nak sebut.

    ReplyDelete
  11. org muda sekrg ramai yg gila gelaran datuk ... senang nak dpt bisnes katanya ... ermmm

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan cetusan minda, sekarang ni ramai pun membeli gelar ni untuk tujuan bisnes..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....