19 June 2014

Tuhan Nombor Dua


Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman ini. Asyik berkepit dengan telefon pintar. Lepas balik sekolah, mandi dan solat terus pegang telefon pintar. Buat homework sekolah pun kena ada telefon pintar di sebelah. Nak tidur dan lepas jaga tidur pun kena tengok telefon dulu.

Ini bukan masalah anak-anak remaja JR saja, jiran juga kata anak-anak  mereka pun 2x5. Tren zaman ini kot...

Seperti kata seorang kawan, zaman ini telefon pintar dah jadi seperti Tuhan nombor dua. Wajib mengadap selalu. Kalau telefon rosak menangis terisak!

Bila dikatakan kepada anak-anak orang-orang zaman dulu bukan saja telefon pintar tak ada, telefon rumah pun tak ada, mereka seperti tak percaya. Agaknya kalau mereka masuk dalam terowong waktu dan hidup di zaman JR masa muda-muda mesti pengsan punya. Zaman itu yang ada cuma telefon awam. Hanya orang berada punya telefon rumah. Telefon bimbit jauh sekali, belum wujud di zaman itu. Telefon awam bukan ada wifi, bukan ada game, bukan ada kamera, ia cuma semata-mata telefon statik yang di pacak di tepi jalan. Nak gunakannya pula bukan senang, kadang-kadang kena tunggu turn sebab ramai yang beratur tunggu untuk menelefon.

Tapi budak-budak zaman ini tak lekang dengan telefon pintar. Kalau anak ada dua, sekurang-kurangnya kena ada empat telefon di rumah (dua lagi untuk ayah dan ibu). Jika ada enam anak seperti JR, maknanya ada lapan telefon bimbit di rumah (jika semuanya berkumpul di rumah seperti time raya). 

Betullah kata kawan, telefon bimbit dah jadi seperti Tuhan nombor dua. Kalau tak ada telefon bimbit seperti hilang separuh nyawa. Sayangnya Allah  yang memberi kita nyawa cuma mengadap lima kali sehari, telefon pintar pula mengadap dan belek entah berapa puluh kali sehari.

NOTA KAKI: Takziah kepada penyokong-penyokong bolasepak Sepanyol kerana negara ranking nombor 1 dunia itu telah terkeluar dari perebutan pusingan kedua Piala Dunia selepas dikalahkan Chile 2-0 awal pagi tadi. Kepada pemain-pemain Sepanyol, selamat kembali ke Madrid dan jangan menangis atas kapal terbang...

8 comments:

  1. Dia mcm dah jadi tradisi kan. Sana sini tgk orang main henpon touch2. Hmm..

    ReplyDelete
  2. Bukan anak anak jet, org tua pn sama, hihihi

    ReplyDelete
  3. kalau sehari ada 25 jam...25 jam tu la dok belek hp..nasib baik masuk bilik air takde yg bawak hp kt rumah saya ni

    ReplyDelete
  4. Mmg tu la problem ibubapa zaman skrg...termasuklah mak saya yg membesarkan cucu. Dah tak boleh buat apa...

    ReplyDelete
  5. takyah remaja JR, yg dah tua bangka pun ramai bertuhankan gajet...hihihih

    ReplyDelete
  6. Yang peleknya tu bukan anak2 jer...mak bapak pun sama naik...
    Sapa yang nak disalahkan...telefon kah...teknologi kah?!! hehe..

    ReplyDelete
  7. hahaha..betol tu..kalau sehari x tengok tipon rasa macam x soh je hidup...

    ReplyDelete
  8. dalam hal gadget ni kenalah berpada2.. ramai yang kehidupannya musnah disebabkan gadjet

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....