02 June 2014

Terkini Dari JAKIM: Cadbury HALAL Dimakan!!!


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lepas. Sehubungan dengan itu Jakim menyatakan dua produk itu HALAL dimakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata  sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini yang didapati mempunyai DNA babi adalah kerana ia  sudah tercemar disebabkan tidak  diambil terus dari kilang Cadbury.



Kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin tentang soal halal haram dan  begitu tersentap dengan Cadbury sebelum ini, JR harap mereka dapat mengelakkan diri dari mendekati perkara-perkara haram lain, selain dari babi, misalnya:

- Menjaga pergaulan lelaki perempuan yang bukan muhrim kerana ia adalah haram.
- Jangan   mendekati arak, judi dan zina kerana ia adalah haram.
- Jangan menghisap rokok yang telah difatwakan haram sejak 19 tahun lalu.
- Jangan mendekati rasuah yang juga haram dalam Islam.
- Jangan membuat pinjaman dari institusi kewangan yang ada unsur-unsur riba yang jelas haram.
- Banyak lagi perkara-perkara haram lain selain dari babi harus dipatuhi oleh orang Islam...

10 comments:

  1. yg last sekali tu... terbaikk... ;)

    ReplyDelete
  2. sangatlah mengelirukan dorang nie...bg yang masihrs was2 eloklah tinggalkan rsnya..

    ReplyDelete
  3. ingatkan MH370 jer buat u turn..isu camni pun ada u turn jugak..alahai pak menteri..:)

    ReplyDelete
  4. betul tu JR.
    lagi satu, hal cadbury ni org terus takut nak makan. Tapi mknn lain yg sah2 tak penah mohon sijil halal, lalu pulak makan. heran!

    ReplyDelete
  5. Erkk! Halal pulak tetibe. Oke, fine. Memang takkan makan. Was2 tu still ade dalam hati. Hohoho

    ReplyDelete
  6. Kalau masih rasa was2...lebih baik jangan makan..
    Banyak benda lain yang sah2 halalan toiyyiba nya yang boleh di makan...

    ReplyDelete
  7. Kejap haram kejap halal ....apa ke halnya.

    ReplyDelete
  8. yg kelakarnya, ramai dah was was...alahaiiii..mati kebulur ke kalau tak makan coklat? :)

    ReplyDelete
  9. Main2 je isu halal haram ni. Kejap halal, kejap haram. Aihh... ni yg aku confused ni.

    ReplyDelete
  10. Rasa pelik bila membaca baris yang ini "didapati mempunyai DNA babi adalah kerana ia sudah tercemar disebabkan tidak diambil terus dari kilang Cadbury." urmm....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....