14 June 2014

Robin Van Persie: Islam, Kristian Atau Atheist?


Awal pagi tadi korang tengok Piala Dunia tak? JR menonton di TV bersama anak lelaki JR. Puas hati melihat 6 gol dihasilkan apabila Belanda membelasah juara bertahan Sepanyol 5-1. Gol-gol jaringan Belanda dihasilkan oleh Robin Van Persie (minit 44 dan 72), Arjen Robben (minit 53 dan 80) dan Stefan De Vrij (minit 65).

Spain v Holland: live
Menakjubkan...sepakan terbang Robin Van Persie minit 44 yang 
menghasilkan gol pertama Belanda pagi tadi..

Antara pemain Belanda yang paling menonjol di atas padang dalam perlawanan pagi tadi ialah Robin Van Persie atau lebih dikenali sebagai RVP.

Satu hal yang menarik sejak sekian lama ialah persoalan apa agama sebenar RVP. Ada yang berkata RVP seorang Islam kerana isterinya beragama Islam, ada  yang berkata dia masih seorang Kristian.

Isteri RVP ialah seorang wanita keturunan Arab Moroko bernama Bouchra. RVP dan isteri tinggal di London bersama dua anak mereka Shaqueel (bermakna kacak dalam Bahasa Arab) dan Dina Layla (Layla bermakna night beauty dalam Bahasa Arab).


 Van Persie bersama isteri dan anak-anak

Percintaan RVP pada mulanya ditentang hebat oleh keluarga isterinya yang tidak setuju anak gadis mereka berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam. Tapi selepas meyakinkan keluarga isterinya, akhirnya mereka menerima RVP sebagai menantu mereka.

Mengikut tabloid Muslim Daily berita yang selama ini mempercayai RVP adalah seorang Islam adalah tidak benar. Walaupun isteri RVP seorang Muslim, RVP sebenarnya tidak mengikut agama isterinya. Hal ini sama seperti yang pernah dinyatakan RVP di dalam temubual dengan Dutch Football.

Kepada Dutch Football, RVP menafikan keislamannya. Mengikut top scorer EPL musim 2012 itu, agama Islam adalah agama yang baik tapi dia bukan seorang Islam: 
 

“Itu tidak benar. Saya bukan seorang Muslim, bukan juga seorang Kristian atau Yahudi. Saya telah dibesarkan secara bebas. Jika kamu ingin menjadi seorang Muslim, itu harus datang dari hati, bukan paksaan. Saya tidak akan melakukannya (memeluk Islam) hanya untuk menyenangkan isteri saya (yang beragama Islam)” kata RVP.

7 comments:

  1. Dekat luar negara mmg camtu. Suami kristian, isteri islam. Tp kalau suami islam, isteri kena islam jugak.

    ReplyDelete
  2. haha..kalau la peminat2 fanatik WC sanggup bgn bertahajud mcm sanggup bgn layan bola..

    ReplyDelete
  3. orang Arab dah lama dok luar negara...nak kata camna yaa?

    ReplyDelete
  4. Pembetulan JR..bukan SEPAKAN terbang, tapi TANDUKAN terbang...mmg hebat!! terhibur kita tgk kan...kebetulan pula saya mmg penyokong The Oranje :)

    Dan saya pun penyokong MU..
    Tapi,
    Baca entry JR ni baru saya tau RVP ni kawin dgn minah arab Islam...hihihi

    ReplyDelete
  5. Walaupun rumah saya ada 3 jejaka tapi rumah sepi sb jejaka jejaka saya.lebih layan mata dari bolasepak.

    ReplyDelete
  6. Kita doakan agar suatu hari nanti RVP akan terbuka hatinya untuk menerima Islam.

    ReplyDelete
  7. tahu keputusan 5-1 tu dari twitter pagi tadi. bila tengok balik aksi terbang dia, rasanya perdana menteri kita patut menyesal sebab tersilap pilih team. hehehee...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....