01 May 2014

Seram Malam Jumaat: Pontianak Langkawi


Sesuatu yang JR suka tentang bapa saudara isteri JR ini ialah cara dia bercerita yang boleh membuatkan kita pendengarnya ternganga. Misalnya bila dia bercerita tentang dialog dua orang yang sedang bersembang, gayanya mengajuk cara dua watak bercakap itu rasa betul-betul real.

Pak Teh adalah cikgu pencen. Posting pertamanya masa mula-mula bekerja sebagai guru di tahun 1960an dulu ialah di Langkawi. Tadi masa JR dan isteri ke rumahnya dia banyak bercerita tentang Langkawi, terutama pengalamannya ketika bekerja di sana dulu.

Ketika itu tahun 1960an kata Pak Teh, Langkawi adalah sebuah pulau yang masih mundur. Kedai-kedai tak banyak, atas jalan raya kereta cuma lalu  sekali sekala. Atas jalan raya sebuah traffic light pun belum ada masa tu.

Dua perkara yang tak dapat dilupakannya tentang Langkawi ketika itu ialah banyak ular besar termasuk ular sawa dan tedung yang sering ditemui melintas jalan. Yang paling seram ialah waktu malam.

"Langsiaq banyak waktu malam tahun 1960an. Banyak sangat. Jumpa Langsiaq dah jadi perkara biasa. Selalu nampak terbang dan hinggap atas pokok sambil mengilai. Kerana selalu jumpa, Pak Teh dah jadi tak takut dan mangli terjumpa langsiaq" cerita Pak teh.

* Langsiaq: langsoyar/lngsuir atau pontianak.
* Mangli: dah terlalu biasa sampai tak rasa apa-apa lagi.

Tapi sekarang rasanya pontianak dah tak ada lagi di Langkawi. Dulu pulau tu sunyi, sekarang dah meriah dengan orang ramai termasuk pelancong. Pontianak di pulau itu mungkin dah berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai dengan suasana sunyi sepi. Kalau masih ada pun, mungkin pontianak yang tersesat jalan seperti yang pernah diceritakan oleh seorang artis yang dijumpainya di sebuah hotel di Langkawi yang pernah tersiar dalam satu siri TV tahun lepas..

10 comments:

  1. Ingatkan dia sebut langsir. Tapi seronok tau dapat borak dengan orang camni. Kita yg dengar pun rasa real.

    ReplyDelete
  2. Spesis2 itu dah merajuk sebab dah takde tempat tinggal yang aman ....sekarang pindah dok bandar pulak.

    ReplyDelete
  3. Pak Lang pernah jumpa seseorang yang ceritakan kisah lawak tapi dia langsung tak ketawa. Kita yang dengar ni yang dok terguling-guling ketawa.

    ReplyDelete
  4. Ahahahaaa...org dengaq bahasa tu ternganga...

    ReplyDelete
  5. langsuir tuh kalau pompuan rsnya dia tak kacau ..cuma orang laki jer...heheh..

    ReplyDelete
  6. Lama rasanya tak ke Langkawi. Teringat pulak, tapi tak ada la teringat kat langsuir tu. hehe.

    ReplyDelete
  7. seronok dengar orang macam tu bercerita.. rasa tak puas.. nak lagi nak lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. saya membayangkan Pak Teh bercerita...sambil angkat2 tangan...dengan loghat kedah yg pekat...hahahaha..mmg best!

    ReplyDelete
  9. Macam ada perbezaan khas antara nama2 hantu ni kan...
    Langsuir...pocong....penanggal...macam ikut kategori dan asal usul pulakkan....
    Memang pandai orang dulu2 ni kan...

    ReplyDelete
  10. artis mana tu jr/ apa yg dia cerita.

    skrg pontianak yg takut dekat org ramai2 sgt kat langkawi.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....