28 May 2014

Had Kredit TM Punya Pasal


Selama ini JR tak pernah ambil pot pasal had kredit talian telefon dan streamyx kat rumah. Malah jumlah had kredit sebulan pun JR tak ingat. Maklumlah sebelum ini line streamyx TM di rumah tak pernah bermasalah. 5-6 orang berkongsi wifi sekali gus pun internet berjalan seperti biasa, walaupun mungkin slow sikit bila ramai yang berkongsi menggunakannya.

Tapi malam tadi sedang seronok-seronok layari internet, tiba-tiba line internet tak ada. Ingatkan gangguan sementara, tapi bila sampai 30 minit tiada tanda-tanda pemulihan mulalah semuanya jadi kacau, terutama puan isteri yang mata sedang terjegil mengadap drama Korea di laptop. 

JR pegang gagang telefon talian tetap lalu dail 100 untuk menghubungi TM. Tapi...

"Harap maklum, talian telefon dan wifi anda telah ditamatkan sementara. Sila jelaskan bayaran segera.." begitulah lebih kurang bunyi suara perempuan di dalam talian.

Tiba-tiba hati rasa macam nak meletup. TM ni nak kena dengan aku ni!! Aku tiap-tiap bulan bayar bil telefon penuh setia, dia kata aku tak bayar pula? Hati rasa terbakar, kalau Pemuda Umno mungkin pejabat TM dah kena bakar ni.. TM tak pandai jaga hati pelanggan sungguh!

JR pergi belek bil bayaran bulan April-Mei dan semak betul-betul. Memang tak salah lagi, memang bil bulan April Mei telah dibayar:

Jumlah perlu dibayar: RM148.70
Tarikh akhir bayaran: Sebelum 13 Mei 2014
Jumlah bayaran telah dibuat: RM150.00
Tarikh bayaran dibuat: 11 Mei 2014.

Pasal apa TM kata aku tak bayar...grrrrrr....

Pagi tadi JR terus serbu pejabat TM nak minta penjelasan mengapa mereka potong bekalan telefon dan wifi walaupun JR sentiasa setia membuat bayaran setiap bulan kepada mereka.

"Encik boleh explain tak kat saya pasai apa jadi macam ni, pasai apa TM potong bekalan telefon dan wifi walau saya buat bayaran dalam tempoh ditetapkan. Tak kan bayaran tak masuk sedang saya sendiri yang buat bayaran di mesin TM..." kata JR sambil menunjukkan slip bukti bayaran telah dibuat.

"OK...saya check dulu nooo, sat gi saya bagitau sebabnya.." kata lelaki petugas kaunter sambil matanya mengadap komputer di depan.

"Oooo...encik memang bayar bil bulan ini, tak ada masalah...tapi..." kata petugas kaunter.

"Habis kalau tak ada masalah awat line saya dipotong TM?" JR mencelah tanpa beri peluang dia habis memberi penjelasan.

"Encik dah gunakan talian TM melebihi kredit limit. Kredit limit encik RM195.00, penggunaan encik bulan ini RM229.80. Sekarang encik pi kat mesin tu buat bayaran dan lepas ni kami akan sambung balik talian encik". 

Oooo gitu pula, pasal apa aku terlupa tentang kredit limit ni?

"Kalau saya nak naikkan kredit limit saya boleh tak?" 

"Boleh..encik pi kat kaunter belakang tu, isi borang untuk ubah kredit limit."

Jadi begitulah ceritanya. Selama ini penggunaan talian telefon dan wifi di rumah tak pernah melebihi RM200. Sebab itu tak pernah ada masalah talian dipotong. Tapi sekali ni penggunaan dah melebihi RM30 dari kredit limit yang ditetapkan. Patutlah talian dipotong sementara.

Lepas buat bayaran, JR terus balik ke rumah. Takut pula TM buat terlupa untuk sambung bekalan.

JR pegang gagang telefon dan terdengar tone talian dah pulih seperti sediakala. Kemudian on modem dan dapati internet dah berfungsi seperti biasa.

Sedikit Maklumat Tentang Had Kredit Untuk Pelanggan Wifi dan Streamyx TM:

Had kredit talian TM adalah berdasarkan 3 kali ganda daripada jumlah nilai pakej yang dilanggan. Contohnya, jika melanggan pakej Unifi VIP 5 bernilai RM149.00 sebulan, had kredit unifi adalah RM447.00 sebulan. Jika tunggakan melebihi RM447.00 dalam satu masa, akaun unifi akan digantung. 
(Dalam kes JR, pakej streamyx yang dilanggan bernilai RM110, had kredit sepaputnya ialah RM330, tapi kerana TM tak update maklumat pakej yang dilanggan, jumlah had kredit masih tertulis RM195.00 iaitu kadar pakej lama..)
TM akan menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk memberi notis kepada pelanggan mengenai had kredit yang telah mereka gunakan:
  1. Notis pertama apabila pelanggan mencapai had 70% hingga 80% daripada had kredit;
  2. Notis kedua apabila pelanggan mencapai had 90% hingga 100% daripada had kredit; dan
  3. Notis terakhir apabila pelanggan melebihi had 100% daripada had kredit. Pelanggan akan diberitahu supaya menyelesaikan tunggakan dalam masa 24 jam, jika tidak akaun unifi/streamyx akan digantung. (itulah yang terjadi kepada JR!!!)

16 comments:

  1. awat smpai melambung2 bilnya bulan ni JR?.. musti ada sesuatu ni :p

    ReplyDelete
  2. Baru je last week saya urus hal ni utk tepon kat rumah mak saya. Selama ni tak penah ada masalah. Bila call dia jwb lebih had. Tunggakan mmg takde. Pulak. Dia kata mmg sistem mcm tu, asal lebih pakai (termasuk yg blm masuk bil) dia terus potong. Geram pulak saya sebab dah 2x jadi. Patutnya buatla sistem reminder, jangan la main potong terus. Pastu in coming call pun tak boleh terima gak. Susah.

    ReplyDelete
  3. Heheh nasib baik JR tak terbalikan meja kaunter kat TM tu ye.. rupanya ada kredit limit..

    ReplyDelete
  4. kita pakai pakej yang sama, rm110. tapi saya tak pernah guna telefon. deck phone tu sekadar hiasan atas meja je.

    *oh, yang jawab call tu lelaki. patut la terus nak marah. hehehee...

    ReplyDelete
  5. Selama 2 tahun++ saya langgan Streamyx,saya bayar bil on time...cumanya dlm 3-4 bulan ni,dek kerana busy/terlupa, saya lewat la bayar( dari tarikh akhirbayaran nya..lewat 3- 4 hari), tapi masih dlm bulan yg sama, tak tertunda ke bulan berikutnya...Dek kerana sikap saya ni,TM lambat masuk dlm sistem online nya...minggu lepas ada sorang operator TM call saya,suruh bayar bill tertunggak RM250++ ( saya langgan pakej macam JR punya kot, sebulan RM142++ )...tapi sebab saya lewat 2-3 hari bayar dari due date,sistem kata tertunggak..sibuk suruh saya bayar cepat...panas la saya,sebab bil bulan lepassaya dah settle...saya wondering jugak kenapa...rupa rupanya,jawapannya JR dah bagitauni..tentang Had Limit Kredit!! Saya nak check balik bil saya la...nak tgk limit kredit,kalau tak silap saya RM300..

    ReplyDelete
  6. dulu ada lah pakai stremyx...sekarang ni dah tukar ke beruk band....had berukband lagi sadis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita cik eita oii...lagi sadis dan manyakitkan jiwa dan raga...

      Delete
  7. Hadoi..ingat ape cer la tadi. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Jangan lah ikut style cepat terbakar cam orang sebelah....ish...ish.

    ReplyDelete
  9. Ada had kredit pulak ye. Tak tau pulak selama ni. Tu untuk penggunaan internet ke telefon bro JR?

    ReplyDelete
  10. Tahu ada had limit sebab pernah kena sekali.. lepas tu akan lebih beringat tapi ada jugak hampir2 nak sampai had limit.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Lain kali dengaq dulu penjelasan orang... rasanya selalu sgt on movie online tu lah pasai...
    Nasib baik tak p bakaq lagi pejabat TM tu...kalu tak nayaa jaa...
    Ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. noted JR. saya baru alert tang ini. nampaknya saya ada jawapan bila keadaan berlaku pada saya nanti..

    p/s minta izin nak masukkan blog JR dlm bloglist saya:-))

    ReplyDelete
  13. Oo... bagus jgak la JR set kredit limit ni. kalau tak nnt terlebih guna tak sedar plak.

    ReplyDelete
  14. Suspense semacam je baca.... larrr kredit limit nye pasal rupenye^^
    ok la tu, refresh balik pasal hal2 yang berkenaan :D

    ReplyDelete
  15. Haiii pelik la pula saya penggunaan baru 38% tetapi tetap kena potong....kah kah kah.. kincing betul TM. Tak pernah dapat pesanan sms memberitahupun. kalau begini amacam?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....